Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Monday, October 17, 2011

Memilih tarikh yg baik mengikut kelendar islam.

jumpa info ni dalam blog Kina, jadi copy la (sbb info ni bagus)....

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.


Update 18 Oct 9.20am:

1stly nak mintak maaf sbb share info yg tak diketahui sumber kesahihan nya. sory ye guys. Luckly ada yg menegur. Thanks.

But like i said before, saya tak kan delete post sebab prinsip saya dalam hidup ni, apa yg dah terjadi tak boleh nak padam2 lagi dah. sama saya apply dalam blogging. sbb wpun boleh padam, org yg dah baca lak mcm ne nanti.... so saya tak padam lah. cuma saya add email yg ditujukan pada saya ni, pasal kalau saya extract keluar mana2 ayat, nanti org tak faham apa yg cuba disampaikan.

hahaha. takpe saya tak marah pun. bersyukur lagi ada yg menegur. so guys, jgn percaya sgt la benda yg saya post di atas ye....

once again, sory banyak2 esp nurulain. and yg menegur tu, thanks...


sy komen kat sini jela ye.. senang tayah awak nak delete comment sy nnt. eheh. papepon sy nak mintak maap awal2 kalo awak kecik atie dgn teguran sy kat bwh nnt..
err. huhu. seme hari adalah hari yg baik. tade hari yg tak elok. korang nak kawen, korang kawen jela pd bila2 pon.

boleh pilih hari, tp pilih dr segi hari weekend atau musim cuti ke, reasonnye utk kesenangan org2 yg nak meraikan korang kawen nnt. takpon nak pilih digit yg cantik ke, spy senang nak ingat anniversary.. tak kisah la.
TAPII.. jgn sekali2, pilih tarikh sbbkan ingat ade certain hari yg tak elok, yg bawa malang. cth tamo pilih 3hb, 4hb.. etc sbb takut kenduri tak berjln dgn lancar plak. jgn berpandukan list2 yg ntah pape tah. pls la. sy tgk pon naik geram. T_T

prasan tak org cine, org india derang jumpe tukang tilik utk tetapkan ari yg 'sesuai' utk derang berkawen. ade yg dah pilih tarikh siap2 pestu consult dgn tukang tilik, tukang tilik ckp hari yg dipilih hari yg malang, pengantin mule la takut2, kene la tukar tarikh lain, kad seme dah print dah. kene la adjust balik. rugi byk duit sbb percayakan tukang tilik. based on what? KEPERCAYAAN YG KARUT.

pe kes nak rase takut pd hari plak wak? so kalo list ni dipraktikan, tak ke nnt mengikut agama derang? think about it. awak islam kan? islam tidak memilih hari wak. yer hari jumaat hari yg paling mulia disisi Allah, tp itu tak bermakna hari2 yg lain tu hina pon. paham?

izan, sy rase baik awak delete jela posting tu. sbb bila awak sebar bende yg tak betul, awak yg akan tanggung dosa nye nnt. coz u dah start share bende ni. tgk la cik nurulain tu, sbbkan awak.. dia jd takut. just bcoz tarikh dia jatuh pd hari yg tak baik. padahal hari dia pilih tu elok aje. tade masalah pon. tp sbbkan list ni.. org2 yg tak cetek ilmu agama nye senang percaya. awak tak kesian ke?

khurafat percaya bende2 mcm ni. boleh plak awak nak letak kate2 terakhir plak dlm komen "Kesimpulannya jangan lah kita memilih tarikh dengan mengganggap tarikh tu keramat atau tidak baik. Untuk mendirikan masjid itu satu niat yang baik. Hai, nak kawen tu kawen aje la..hehe..Cuma ia bergantung kepada setiap individu dan apa sebab musababnya. Jangan pula sampai terpesong dari akidah dengan mempercayai perkara khurafat. Wallahualam.", dah terlambat dah wak. kalo tamo rely pada info tu, kenapa pg letak? contradict tau wak.

sy ni menegur sebagai sedara muslim awak. so pls. sy harap2 awak tak tersentap. bende ni chain reaction. awak share, org lain akan share bende same jgk. Kina share dulu, awak ikut, pestu org lain akan turut serta sebar bende yg bukan2 ni. lg2 kalo jenis yg suke share tanpa selidik terlebih dahulu.

btw.. INFO yg awak share tu TAK BAGUS LGSG. malah MENYUSAHKAN org.

oh anyway.. kalo nak delete, pls buat entry baru dan explain balik.. ape yg benar. sbb takut ade org yg dah bace blog awak ni, dia dah hadam ape yg dibace, dan dia ingat "OH BTOL LA TU". so better u explain bende ni tak patut diikut.

anyway, sblm nak share pape, pastikan info tu adalah info yg betul, ok? lg2 soal agama dan bende2 yg boleh merosakkan iman kite.

sy mule2 nak pendam aje. biar org lain tegur. tp isk taleh la wak. takut tade org yg tegur awak. sy kalo dah ternmpk tu kene tegur jgk la. huhuhu.


update 24.10.11 (1.52pm)
saya ada tanya ustaz pasal ni, ini jawapan dari ustaz berkenaan:

Salam, menentukan hari tertentu itu baik atau buruk bukan kerja manusia sebab itu
bermakna telah mencampuri hak Allah. Tidak ada hari yang tidak baik, hari sial, bulan sial. Semua hari adalah baik, tergantung pengisiannya. Diisi dengan amaln soleh atau maksiat. Org zaman jahiliyah mendakwa tdk elok kahwin pd bln Syawwal. Lalu Rasulullah SAW sengaja kahwini Aisyah RA pd bln Syawwal utk menghapus kepercayaan khurafat itu. Ternyatav Aisyah menjadi isteri baginda yang paling disayangi. Anggapan ada hari tdk elok boleh membawa syirik dan khurafat. Oleh itu nasihat ustaz jangan percaya info internet diatas walaupun dikatakan dari Ja'far al-Sadiq. Ust bimbang itu tulisan Syiah. Wslm




update 25.10.11 (1.20pm)

untuk lebih pemahaman sila baca

bagaimana memilih layah @ veil yg sesuai?

oh... i buat research okey pasal nak join contest cik lijah tu.... hehehehe, nak tau gak veil mcm mana yg sesuai dgn bentuk badan i yg sihat dan muka yg agak bulat ni.... huhuhu.

benda2 yg nak kena tau?

1) face shape & body shape:
8 basic shape : Oval, round, Oblong, Heart-shape, Diamond, Square, Rectangular @ Triangular
  • muka Diamond atau Oval- boleh jer pakai veil apa2 asalkan compliment your gown & proportion
  • muka Bulat- veil yg sesuai yg fall along the side of face to help narrow it. huhuu
  • Square lak- kena nakpak kan lembut jadi veil yg panjang lebih sesuai
  • Oblong face- kena bagi nampak lebar cket muka. dicadangkan waterfall veil plus wide tiara
  • Heart-shape or triangular face- elok pakai back piece
  • Rectangular face- try voluminous veil.
kalau ada dada yg besar @ pinggang tak berapa nak ramping, pakai veil yg panjang sehingga ujung jari atau lebih sbb nak bagi ilusi bahan yg panjang (so, tak nampak lebar sgt kot).

pear shape lak lebih sesuai dgn veil yg separas bahu, siku atau pinggang sbb ini akan menarik org untuk melihat bahagian atas anda yg lebih kecil dari pinggul anda yg agak lebarrrr.

well, kalau full figure (i imagine yg badan ada shape sikit & gebu2 kot), stick to 1 tier, narrow width sbb tak nak tambah volume lagi pada body.

ha, kalau anda tinggi boleh pakai veil yg panjang cket, tapi yg rendang (rendah) sesuai yg paras pinggang dan ke atas.

hahaha, mcm2 kan. alah, kalau dah cantik tu, pakai apa pun cantik jugak.... kan?

2) the dress
well, veil should compliment your dress. first, cari mana key point baju anda (contoh: bust panel, or button back detail). jadi panjang veil tu & material nye berkait dgn detail pada baju kita.

selain itu, deco pada baju juga perlu di amik kira. am nye, kalau baju @ tudung dah sarat dgn detailing (beaded, lace ect), elok lah guna veil yg simple to look more flattering. kalau baju simple, boleh la guna veil yg more elaborate.

jadi, baju berkait rapat dengan panjang, lebar, kaler, tier dan deco pada veil yg akan kita pakai....

3) the veil

a) material
majoriti veil dibuat dari fabrik nylon tulle or netting untuk ilusi jarang la (tutup tapi boleh see-tru). tp ada gak yg dibuat dari material organza, chiffon, or silk.

b) color
well, it tentu nye keler kena dekat2 nak sama dgn kaler baju, baru lah matching.

c) length & width
am nye, veil kena jatuh minimum 3" dari leher baju untuk nampak tinggi and lebih stylish like this:

Scoop  Back
jangan sampai nampak kulit kita la....

dan juga, ia akan nampak lebih cantik jika jatuh atas 3" atau bawah 3" dari hujung-corak-detail-belakang-baju (mcm bunga2, riben, beaded, embroidery, lace) like this:

Above Waist Below Waist


weil, panjang veil ada berbagai2.... pilih lah panjang ikut kesesuaian masing2......

d) one-tier or 2-tier
well ikut la citarasa nak 1 tingkat ke, 2 tingkat ke, bertingkat2 ke...

e) beaded or non
Beading on Floor Beading from Waist Beaded from Top
selalunye, kalau baju dah fully beaded, veil tak perlu sarat dgn bead. sbb kitauan beaded kat baju dah boleh nampak malalui veil (fabrik tulle). tp boleh je tambah sikit2, mcm hujung saja ke.... kalau beaded penuh atas sampai bawah, selalunye untuk very formal english evening wedding la.

f) edged or not to edge
ada juga yg suka jahit, atau letak lace di hujung.... sesetengah org pula tak suka, pasal nak veil tu ringan dan 'terawang2'

4) veil placement
kat mana nak letak veil pun nak kena tau. ada yg suka letak kat sanggul, ada yg letak depan sikit juga.....
Good Placement Bad Placement


bagi pengantin bertudung, boleh juga memakai veil. kalau pandai bergaya, tak nampak sarat sangat pun.... well, ada juga veil yg pelik2, tp still maintain ayu, like this:

Hijab Scarves and Veil Styles by Jailan Atef Picture 4



Some Instruction:
1) Try on lots of veils at your initial dress fitting - you can choose from tulle or organza, decorated with everything from lace or satin to crystals.

2) Choose a veil that complements your dress and doesn't obscure any special detail. Simple gowns look radiant in either a plain or ornate veil, but if you will be wearing a more elaborate dress, consider topping off your ensemble with a plain veil.

3) Select from a variety of styles: a short blusher, a Spanish-inspired lace mantilla, a multilayered flyaway, the popular fingertip (a veil that ends at the fingertips), a cascading waterfall, or the ballet/waltz style (which ends at the ankles).

4) Use the type of wedding ceremony as another guide. At a very formal wedding, splurge on a full-length veil of any kind; at a formal wedding, don a long veil; exude simplicity at a formal daytime wedding with a fingertip veil or hat; wear a shorter fingertip veil or hat in a semiformal ceremony.

5) Aim for a narrow cut, which creates an illusion of length and slimness, as well as delicate trim and less poof.

6) Have a friend with you to examine the look of your veil from every possible angle. A veil that flatters your face may not flatter the back of your gown, and vice versa.



  • info fron:

    Thursday, October 13, 2011

    macam-macam hal

    memang macam2..... banyak hal yg terjadi sampaikan aku tak sempat nak update blog or buat apa2 pasal wedding preparation..... haish....
    tinggal berapa bulan je lagi... tp semua tak settle lagi... hm....
    tension.... tambah2 pulak kamera hilang.... lagi la tension.... baru je pakai tak sampai setahun.... mamang takde rezeki tau.....
    entah kenapa tah, banyak sgt perkara yg berlaku bulan ni.... terjadi pada org lain tp aku secara tak langsung terpaksa terlibat sama, then rentetan dari tu benda lain lak terjadi kat aku.... hm...
    mula2 berdepan dgn pengkhianatan, rasa sedih mcm nak nangis, pastu memang marah.... hahaha, tp bila cerita kat en.bee dia lak yg jd marah sgt... bila dia marah bg pihak aku, aku automatik jd tak marah ^___^. hehehe.
    mcm yg aku ckp sblm ni, nak maafkan tu mudah, tp nak lupakan apa yg org buat kat kita ni susah.... ape2 hal pun, berserah pada Allah.

    Friday, October 7, 2011

    My Dream Veil Contest By Non-Cinderella Story

    Salam semua,


    Sebenarnye dah lama nak join My Dream Veil Contest By Non-Cinderella Story ni... cuma takde idea jer.... semua veil nampak cantik... semua berkenan. hahahah. undecided (coz rambang mata)....

    setelah merujuk pelbagai gambar dari pelbagai sumber, inilah yang saya mau.....




    Potongan:

    nak berpotongan yang bentuk 'D', tapi hujung nak curve sikit tak mau tajam....




    Warna:

    Oleh sebab baju dah kaler yellow-orange-brown, dan tudung kaler light cream, so decide veil nak kaler seakan baju la.... tapi kalau kaler light sikit pun tak apa....







    Jenis:

    Okey, kain nak meterial chiffon mcm yang cik lijeh punye, pasal fall in love dgn veil ini. nampak lembut dan terletak je.....







    pastu nak one tier. tak nak yg bertingkat2.... nak yg simple jer.....



    Panjang pula nak sampai bawah sikit dari pinggang, kiranye mid-hip la......







    kiranye mcm veil yg biasa la, ada patch flower (tak mau 3D flower, hahaha) and bead kat atas kepala tu, dari depan sampai paras sanggul. dan kat bahagian tepi sikit2 je bunga2 sampai bawah...... mcm gambar ni la....




    Then bahagian edge belakang lak nak letak beads mcm ni kat keliling.... tapi jgn rapat2 sangat la, jarak2 sikit (1-1.5 inci) antara 1 pearl ke pearl yg lain....






    okey siap..... harap2 ada la tuah, pasal nak buat sendiri takut tak menjadi pulak.... nak tempah rasa mahal la pula....





    okey, sekarang ni nak tag 3 org lak...... insan yg ditag ialah:







    Thursday, September 29, 2011

    hai again....

    lama tak update blog..... banyak benda nak story tp ada hal tergempar lak terjadi sehari 2 ni buzy amat... sempat lg blogwalking, cuma tak sempat nak karang tulis blog jer..... hahahaha.
    mcm2 hal berlaku kat dunia ni.... aku tak tau yg aku ni naive or memang dunia ni penuh dgn manusia durjana.....? bila dah berlaku dpn mata or pd org yg kita kenal, baru terbukak sikit mata tu.....
    okey la, enough of that. till we meet again. bubye....

    Saturday, September 17, 2011

    Wanita2u 2nd Giveaway

    Salam....

    Penah ke blog Wanita2u?

    Atau

    Penah pakai LIMITED EDITION LUNA BLEU CABANA BOY BODY MIST?


    Atau
    Ke2-2 nye sekali.....?

    Well, sekarang la masanye untuk anda ke blog Wanita2u sebab Kak Fash ada buat GA sempena Aidilfitri ni.....

    Hadiah nye?
    Body mist kat atas tu le.......

    Syarat2 nye:
    Blogger
    Jadi follower blog Wanita2u. Skip jika anda sudah jadi follower.
    Buat simple post mengenai giveaway ini dengan kata-kata anda sendiri. Anda boleh menambah atau menggunakan banner di atas dan salin syarat-syaratnya.
    Anda perlu letakkan url post ini ke dalam blog post anda.
    Buat sticky post mengenai giveaway ini sehingga 17 September 2011.


    jgn lupe ye..... jom ramai2 join cepat2 sbb tarikh tutup nye 17/9/2011 ni je..... okey....

    Monday, September 12, 2011

    Spanx Pre-Order By Kerry Blogshop

    Sapa penah pakai Spanx, sila angkat tangan..... hm, ada 1, 2, 3, 4, 5.... dan ramai lagi. OMG ramainye pakai.... patut la badan diaorg nampak solid jer.....

    FYI, aku ni tak penah tau apa itu Spanx..... hahaha <-----(gelak untuk kejakunan diri sendiri....). sampai la baca dalam blog 1 blogger ni, yg nak pendapat rakan2 yg lain nak beli spanx jenis apa?


    masa aku tgk gambar spanx tu, aku tertanya2, sama ke dgn corset or girdle? hahaha. sbb purpose nye sama untuk efek body shape, kan? tp semua aku tak penah try, sbb tak penah rasa perlunye pakai sampai la ke satu tahun tu.....

    masa tu, abang aku yang sulong nak kahwin, dia pun nak belikan la baju kebaya untuk dayang2 nye (adik2 perempuan dia yg seramai 3 org ni).... lepas je along bagi tau tu, aku terdiam..... alamak, macam mana ni...

    dalam diam2, aku plan nak hasut yg lain supaya tak nak pakai kebaya..... mcm2 aku buat.
    cakap yang angah aku badan dah naik la....
    ejek usu yg tomboy tu dia tak sesuai pakai kebaya nanti nampak mcm nyah le....
    bagi tau ayah yg pakai kebaya tak elok, nanti pakai ketat2 seksi, auww....
    tp plan gagal......

    kenapa la aku ni beria2 tak nak pakai kebaya?

    em, sebab takut nampak hodoh, okey..... i tak tipu tau.

    My body shape is like this........


    Kebaya pulak bentuk mcm gini.....

    well, mana boleh fit, okey......

    aku ni bukan lah berbadan sihat sangat. tapi ukur lilit perut agak bbbeeeeesaaaaar dan leeeebbaaaaaar, tau....? kebaya2, tak sesuwai, okey. nanti lemak2 i terbojol keluar sana sini tau.

    dari kecik sampai la dah besar panjang, aku memang tak penah nak pakai kebaya. bak kata org Jane & Kebaya tak ngam, bagai langit dengan bumi, jauh panggang dari api.

    tapi oleh kerana, adik-beradik yg lain nak juga, terpaksa la ke plan B dalam tempoh masa yg singkat.... anak member aku penah kata, nak cari apa, tanya lah Mr.Google... Taip2, terus jumpa Kerry Blogshop ni.... ha, mcm2 ada.... i like.

    nasib ada Kerry membantu..... terus i jadi cengini tau:

    Well, nampak tak lemak2 i..... non ado kan..... hehehe. bak kata Dato' Ct, Percayalah......


    Sila2 lah ke Kerry Blogshop jika nak Tiru Macam Saya.........




    Er... ini bukan gambar aku sebenar.... gambar2 diperoleh dari:

    Monday, August 29, 2011

    Friday, August 26, 2011

    Raya oh raya.....


    waaa.... di saat org berpusu2 nak balik kg, siapkan kuih raya, packing2 beg, kemas2 rumah........
    aku masih di sini..... di pejabat. tgh bz siapkan kerja dan terus bekerja sehingga last day ari ahad 28hb....

    T__T

    keja melambak lagi tak siap. tak tau la bila nak siap.
    mcm ni maybe stay-up kat ofis until late at night....
    dgn kerja bertimbun, bos lak call suruh cari maklumat (nak hari ni gak), menangis woo....
    bila buzy, ade je extra kerja yg dia bagi.... tensi weh....

    kuih memang tak buat langsung, maybe beli je on the way balik kampung nanti....
    baju nasib baik ada dah 2 pasang yg en.bee bagi.....
    duit raya pun tak tukar lagi, mintak2 angah ada tukar duit lebih....
    rumah kat cni tak payah kemas.... takde sapa nak dtg kot, hwa hahaha....

    orait.... nak continue kerja... bubye

    Thursday, August 25, 2011

    JOM PHOTOBOOK Giveaway by KedaiGambarKami! 17 Aug - 25 Aug 2011

    GA datang lagi....... kali ni


    Mari3x...... Nak tau tak Kedai Gambar Kami ada buat GA..... Hadiah nye photobook free....
    Yeay! best kan kalau dpt buat photobook free...?

    Ada 2 kategori:
    A: Untuk clients yg pernah menempah photobook
    B: Terbuka pada semua pengunjung......

    hahaha.... tak pernah lagi jadi pelanggan Kedai Gambar Kami ni wpun pernah cekidaut website nye sbb nak cari OP untuk wedding nanti.
    ape2hal pun jom la join GA JOM PHOTOBOOK reramai....

    Syarat Kategori B :
    1.Terbuka kepada semua pengunjung/fans KedaiGambarKami 2.Mestilah seorang blogger , warganegara Malaysia.Yang menetap di luar negara juga bo
    leh join tetapi kos pengeposan ke luar negara hendaklah ditanggung sendiri. 3.Create satu entry sticky mode khas utk giveaway ini. 4.Masukkan banner contest beserta link entry ini. 5.Nyatakan kenapa anda layak menang.Dalam entry anda mesti ada perkataan JOM PHOTOBOOK! Tinggalkan link entry disana.

    Kenapa saya layak menang?
    Er... sebenarnye takde reason yg specifik sbb tak pernah buat photobook. selalu cuci gambar mcm biasa je kat kedai.... pastu masuk dalam album.... ketinggalan kan? sekarang ni ada can teringin juga nak buat. hahaha.