Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Monday, October 17, 2011

Memilih tarikh yg baik mengikut kelendar islam.

jumpa info ni dalam blog Kina, jadi copy la (sbb info ni bagus)....

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.


Update 18 Oct 9.20am:

1stly nak mintak maaf sbb share info yg tak diketahui sumber kesahihan nya. sory ye guys. Luckly ada yg menegur. Thanks.

But like i said before, saya tak kan delete post sebab prinsip saya dalam hidup ni, apa yg dah terjadi tak boleh nak padam2 lagi dah. sama saya apply dalam blogging. sbb wpun boleh padam, org yg dah baca lak mcm ne nanti.... so saya tak padam lah. cuma saya add email yg ditujukan pada saya ni, pasal kalau saya extract keluar mana2 ayat, nanti org tak faham apa yg cuba disampaikan.

hahaha. takpe saya tak marah pun. bersyukur lagi ada yg menegur. so guys, jgn percaya sgt la benda yg saya post di atas ye....

once again, sory banyak2 esp nurulain. and yg menegur tu, thanks...


sy komen kat sini jela ye.. senang tayah awak nak delete comment sy nnt. eheh. papepon sy nak mintak maap awal2 kalo awak kecik atie dgn teguran sy kat bwh nnt..
err. huhu. seme hari adalah hari yg baik. tade hari yg tak elok. korang nak kawen, korang kawen jela pd bila2 pon.

boleh pilih hari, tp pilih dr segi hari weekend atau musim cuti ke, reasonnye utk kesenangan org2 yg nak meraikan korang kawen nnt. takpon nak pilih digit yg cantik ke, spy senang nak ingat anniversary.. tak kisah la.
TAPII.. jgn sekali2, pilih tarikh sbbkan ingat ade certain hari yg tak elok, yg bawa malang. cth tamo pilih 3hb, 4hb.. etc sbb takut kenduri tak berjln dgn lancar plak. jgn berpandukan list2 yg ntah pape tah. pls la. sy tgk pon naik geram. T_T

prasan tak org cine, org india derang jumpe tukang tilik utk tetapkan ari yg 'sesuai' utk derang berkawen. ade yg dah pilih tarikh siap2 pestu consult dgn tukang tilik, tukang tilik ckp hari yg dipilih hari yg malang, pengantin mule la takut2, kene la tukar tarikh lain, kad seme dah print dah. kene la adjust balik. rugi byk duit sbb percayakan tukang tilik. based on what? KEPERCAYAAN YG KARUT.

pe kes nak rase takut pd hari plak wak? so kalo list ni dipraktikan, tak ke nnt mengikut agama derang? think about it. awak islam kan? islam tidak memilih hari wak. yer hari jumaat hari yg paling mulia disisi Allah, tp itu tak bermakna hari2 yg lain tu hina pon. paham?

izan, sy rase baik awak delete jela posting tu. sbb bila awak sebar bende yg tak betul, awak yg akan tanggung dosa nye nnt. coz u dah start share bende ni. tgk la cik nurulain tu, sbbkan awak.. dia jd takut. just bcoz tarikh dia jatuh pd hari yg tak baik. padahal hari dia pilih tu elok aje. tade masalah pon. tp sbbkan list ni.. org2 yg tak cetek ilmu agama nye senang percaya. awak tak kesian ke?

khurafat percaya bende2 mcm ni. boleh plak awak nak letak kate2 terakhir plak dlm komen "Kesimpulannya jangan lah kita memilih tarikh dengan mengganggap tarikh tu keramat atau tidak baik. Untuk mendirikan masjid itu satu niat yang baik. Hai, nak kawen tu kawen aje la..hehe..Cuma ia bergantung kepada setiap individu dan apa sebab musababnya. Jangan pula sampai terpesong dari akidah dengan mempercayai perkara khurafat. Wallahualam.", dah terlambat dah wak. kalo tamo rely pada info tu, kenapa pg letak? contradict tau wak.

sy ni menegur sebagai sedara muslim awak. so pls. sy harap2 awak tak tersentap. bende ni chain reaction. awak share, org lain akan share bende same jgk. Kina share dulu, awak ikut, pestu org lain akan turut serta sebar bende yg bukan2 ni. lg2 kalo jenis yg suke share tanpa selidik terlebih dahulu.

btw.. INFO yg awak share tu TAK BAGUS LGSG. malah MENYUSAHKAN org.

oh anyway.. kalo nak delete, pls buat entry baru dan explain balik.. ape yg benar. sbb takut ade org yg dah bace blog awak ni, dia dah hadam ape yg dibace, dan dia ingat "OH BTOL LA TU". so better u explain bende ni tak patut diikut.

anyway, sblm nak share pape, pastikan info tu adalah info yg betul, ok? lg2 soal agama dan bende2 yg boleh merosakkan iman kite.

sy mule2 nak pendam aje. biar org lain tegur. tp isk taleh la wak. takut tade org yg tegur awak. sy kalo dah ternmpk tu kene tegur jgk la. huhuhu.


update 24.10.11 (1.52pm)
saya ada tanya ustaz pasal ni, ini jawapan dari ustaz berkenaan:

Salam, menentukan hari tertentu itu baik atau buruk bukan kerja manusia sebab itu
bermakna telah mencampuri hak Allah. Tidak ada hari yang tidak baik, hari sial, bulan sial. Semua hari adalah baik, tergantung pengisiannya. Diisi dengan amaln soleh atau maksiat. Org zaman jahiliyah mendakwa tdk elok kahwin pd bln Syawwal. Lalu Rasulullah SAW sengaja kahwini Aisyah RA pd bln Syawwal utk menghapus kepercayaan khurafat itu. Ternyatav Aisyah menjadi isteri baginda yang paling disayangi. Anggapan ada hari tdk elok boleh membawa syirik dan khurafat. Oleh itu nasihat ustaz jangan percaya info internet diatas walaupun dikatakan dari Ja'far al-Sadiq. Ust bimbang itu tulisan Syiah. Wslm




update 25.10.11 (1.20pm)

untuk lebih pemahaman sila baca

33 comments:

cik nurulain said...

bc info ni jd takut. :(

sbb...tarikh Islam tukar maghrib kan? i nikah malam. tarikh i tu dia kata tarikh yg tidak bgus. :(

Glory jane said...

cik nurulain: ini untuk panduan je.

cik zimie: amin.... saya pun amik dari kina ni.

Glory jane said...

oh, lupa lak ayat Kina yg akhir tu:
Kesimpulannya jangan lah kita memilih tarikh dengan mengganggap tarikh tu keramat atau tidak baik. Untuk mendirikan masjid itu satu niat yang baik. Hai, nak kawen tu kawen aje la..hehe..Cuma ia bergantung kepada setiap individu dan apa sebab musababnya. Jangan pula sampai terpesong dari akidah dengan mempercayai perkara khurafat. Wallahualam.

Unknown said...

betul2 yang penting niat kita untuk berkahwin tu kena betul kan :)

adieha said...

izan pls check ur email.

Glory jane said...

saya tak kata sapa2 yg salah. saya yg salah pasal share info yg agak kontroversi atau serious....


info ni dari:

1) Isi bersumber dari kitab 'Ajaibu al-Makhluqat wa gharaibu al-Maujudat, karya al-Alim al-Imam Zakariya bin Muhammad bin Mahmud al-Qazweni, 600-682 H. Mesir, 1980 M/1401 M. dan kitab Makarimul Akhlak, karya Asyaikh Al-Jalil Radhiyuddin Abi An-Nashr al-Hasan bin al-Fadhal ath-Thabrasi, Bairut, 1973 M/1392 H.
2) Sumber: Perguruan Islam Pondok Tremas Pacitan “Sepercik Kesabaran”

cik nurulain said...

at first ms bc tu mmg sy tkut. siap call mak btau. gila btul.

then mak kata, x pyh pcaya sgt. smua bnda di tgn tuhan.

then sy pk blik, hurm, betul gak. mcm nk kemalangan pun, mcm mana kita bhati2 pun klu da Allah nak mcm tu, dia jd gak. dun worry. tak pyh appologize...

sbb nk pcaya atau x tu tplg pd individu. :) dun stop sharing oke?

.::gurlycious::. said...
This comment has been removed by the author.
.::gurlycious::. said...

think positive la wahai umat manusia...
jgn terlalu percaya sehingga taksub atau takut kalau tarikh yg dipilih tidak sesuai...
berkenaan dengan SEMUA hari adalah hari yang baik adalah benar... itu tidak dinafikan tapi tidakkah anda semua berfikir berkenaan dengan hari MEMOTONG KUKU... kita disunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat...

ada tiga hari SUNAT untuk potong kuku:-

1. JUMAAT - Nescaya keluar dosa masuk pahala dan rahmat;
2. ISNIN - Nescaya keluar gila dan penyakit masuk sihat;
3. KHAMIS - Nescaya keluar penyakit dan masuk penawar.

dan tidak digalakkan memotong kuku pada hari yg lain...


1. SABTU - Nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk penyakit;
2. AHAD - Nescaya keluar kekayaan dan masuk kemiskinan;
3. SELASA - Nescaya keluar sihat dan masuk penyakit;
4. RABU - Nescaya keluar was-was dan masuk kepapaan..



kenapa tidak pula dipertikaikan hari-hari ini..... diharap semuanya dapat berfikir baik dan buruk sesuatu perkara...:)

noury said...

Knp nk ambek serious benda mcm ni...just fun saja ok...kepada pemilik blok ini....thanks kerana share. ..pedulikan apa org ckp ok..kpd yg baca blog ini ada akal guna ...sbb tarikh ni drpd kitab purba...sy ada salinannya...

Glory jane said...

Noury: iye ke noury... kitab apa tu ye? hehe. just kepochi sikit.

whiterwa said...

Tahniah sbb berani mngaku kesilapan & pbetulkn secara terang2an. Setiap org pon buat silap kn sbb niat asal juz nk sharing. Xpe la.. yg baik jd kn tauladan, yg buruk jdikn sempadan. Smoga jd pringatan buat semua blogger. ^_^

Unknown said...

Assalam, terimalah kongsian blogger ni sebagai ilmu dan panduan yang baru bagi kita, yang mampu mengisi akal yang kosong. Tarikh2 tu hanya sebagai panduan, tak perlu la nak dipanic, nak ditakut atau nak dikalut. Sumber dia juga dari kitab yang ditulis oleh Imam yang muktabar.
Saya tak nampak pun kat mana kesalahan blogger ni :)
anyway, semoga blogger ni terus istiqomah menulis utk berkongsi ilmu. JazakAllahu khoiran.

bear yu said...

Sy n fmly beli atau mulakn sesuatu perniagaan dn kenduri kahwin ikut tarikh islam.. Klu bukan kita umat islam yg ikut n tengok tarikh islam sapa lg nk ikut. Agama lain pun ada kelendar mereka sendiri..hari dn tarikh tu ada baik dn tidak.. Klu x nape haji buat pd waktu nya nape x buat bln lain.. Kenapa kita kena ada tarikh blh puasa dn tidak...sesuatu yg terjadi ada sbb.. Sekadar brkongsi pendapat..mencari ilmu itu lebih baik, drpd mencari logik akal.

lovely said...

Asskm.. tq for the info :-)

lovely said...

Asskm.. tq for the info :-)

Nur said...

Tq for the info. I pecaya ada tarikh baik dlm islam ni. Mcm nk berbekam ,pon ada tarikhnya kn.

Rozo said...

Sebagai panduan. Terimakasih

Abang Joe said...

Info yang bagus.

Anonymous said...

Khurafat.

Suhili Nain said...

Padam keseluruhan artikel khurafat ini.. bercanggah dengan aqidah Islam.

"APA YANG TERJADI TIDAK BOLEH DIPADAM LAGI?"

Daripada mana anda belajar perkara sedemikian?

Dalam Islam, kalau anda sudah sedar benda ini tidak betul, anda perlu padam sebagai langkah taubat. Itu lebih baik daripada sekadar beritahu benda ini tidak betul.

Kalau anda tidak padam, ada orang mungkin akan tetap percaya benda ini. Dan itu perkara yang tidak elok.


Sebagai contoh lain, taubat daripada dedah aurat, maka seseorang itu perlu padam gambar dedah aurat yang dia pernah muat naik di FB, Instagram dll.



Perkara ini berat, membabitkan dosa besar, nasib di akhirat. Lupakan prinsip kamu seketika, padam artikel ini.

Unknown said...

👍👍👍👍Saya setuju...

Cik Jen said...
This comment has been removed by the author.
Cik Jen said...


Bertabah la awak .. lain orang lain pendapat.. Jika keterlaluan pendapat abaikan saja.. Jangan pening fikirkan arahan orang lain.. Awak sudah perbetulkan semua.. kami faham 😊

ZacfiQ said...

saya setuju sangat.. islam itu indah dan mudah. kenapa kita perlu untuk rumitkan. jika tidak tahu akan sesuatu bertanyalah pada org yang lebih arif akan hal itu. jika mahukan lebih lagi, berdoalah kepada Allah mintak petunjuk akan hal yg diinginkan itu. mudah bukan. elakkan dari berdebat akan hal yg kita tidak megerti , jika berterusan tidak akan ada penyelesaian juga malah membuat syaitan bertepuk tangan di sebelah diri kalian ada la. segala percakapn saat berbahas jarang org berckp mengunakan akal dan dari hati, kebnyakknnya bercakap melalui akal , nafsu dan ego diri semata2 sbb masing2 nk menang. itulah manusia. skadar memberi pendapat . baik buruk itu dua hal yg bermakna dan bermanfaat buat diri kita, kerna dri situ kita akan lebih bnyak fhm akan sesuatu ilmu yg kita bhaskan

HANA said...

Agredd

Unknown said...

Saya belajar ilmu Bintang 12 dalam kalendar Islam Hijriah. Ni satu dari Ilmu Tok Mat Lela. Ia berkisar ttg panduan hidup dan sifat manusia. Mmg sy ikut panduan ni semua. Alhamdulillah. Apa yg penting amalan kita sebagai hamba Allah 5 waktu harus jaga. Insyallah.

MariyaM hussin said...

Saya nikah pun pada 6 jamadil akhir bersamaan 9 January Ayah mertua yg pilihkan

Rosliza Sapiei said...

Alhamdulillah ..setuju

Anonymous said...

Pedulikan jan komen 2 negetif..org yg gelabah biawak je makna org tu tksub..psl hari pun nk gaduh2..nama pun bloger ikut suka pemilik nk tulis apa..kalau rasa nk ikut ikut..tknk ikut just cuma buat baca sahaja..

Anonymous said...

Ini bukan kepercayaan karut marut. Ini adalah petua. Sedangkan bulan ada bulan haram .. dalam setahun ada 4 bulan haram. Hari pun ada. Memang ramai yg anggap karut. Beza orang bijak dengan orang bodoh ialah orang bijak tahu jalan kt depan ada singa buat ape lalu kt situ lagi... orang bodoh tak endahkan dia kata mana ada karut semua tu .. dia pun lalu ... ini adalah petua melangkah

Anonymous said...

Thanks

Anonymous said...

Betul