Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Wednesday, December 31, 2014

2015



Semoga tahun 2015 ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...






Wednesday, December 24, 2014

Mini Giveaway #1 dari blogger Syeeda Saniey

Salam....

Berita baik bagi penggemar Adijuma...
Ini ada mini GA dari blog syeedasaniey.blogspot.com

Giveaway berlangsung sehingga 24/12/2014 jam 11.59 malam.

Jom ramai-ramai sertai.

Tuesday, December 23, 2014

Hadiah-hadiah GA yang dimenangi Nov & Dec ni :)

Salam...

Lama tak berblog. Sibuk sikit dengan urusan peribadi....

Ok. Entry kali ni nak cerita pasal hadiah GA yang dapat akhir November dan awal December ni.

Hadiah no6 dari GA di entry ini. Dari Blog dapurjirankuberasap.
Dapat keychain... yeay... Thanks ye Bbwana & Adiena...



Kemudian, dapat pula wang cash RM100 dari GA ini. Penganjur Blog Portal Pengembara Jalanan.
Peminat Filem siap bank-in kan hadiah. Hehehe


Dan dapat lagi hadiah Top Commentor November no3 dari Blog Emilayusof.com
Yeah... Dapatlah buku ini untuk anak-anakku dan poskad. 



Dapat juga hadiah bag organizer ni untuk hadiah Top Commentor  no1 December dari Blog Kak Em juga...
Yahuuu... ini untuk mak dia.. :P


Alhamdulillah. Untuk semua penganjur, terima kasih banyak-banyak. Semoga murah rezeki dan diberkati dunia akhirat... :)

Wednesday, December 17, 2014

Giveaway By Eny Abdullah – Komen Banyak-Banyak, Share Banyak-Banyak

Blog Eny Abdullah.

Cara nak sertai Click JOIN GIVEAWAY.....

1. Follow Cooking & Photography Blog Eny Abdullah - http://enyyusnizar.blogspot.com/ 
3. Follow Instagram Eny Abdullah - 





Money

Friday, December 12, 2014

Hobi Baru - Postcrossing

Salam :)

Sekarang ni ada tambah 1 lagi hobi... Bukan 1, tapi 2 dalam 1 (eh, dah pek macam minuman segera pula)... 



Postcrossing Logo


Saja je join ni sebab macam seronok dengar cerita kawan-kawan yang sertai ni... Selain dapat kumpul poskad cantik-cantik dari luar negara (al-maklum lah, nak bercuti sendiri tak dapat), dapat juga setem dan kadang-kadang ada yang rajin hantar duit syiling... Ha, best kan...?

Setakat ini, aku baru hantar 9 poskad, dan terima 2 poskad, satu dari Jerman, satu lagi dari Rusia.



Lazada & kamera....




Salam (sambil T__T)

Ok Lazada... Kenapa kau godaku.... 

Kamera idaman harga dah turun lagi... tak sampai 1k pun.... Bergetar-getar jiwa raga ni... Tangan rasa gatal je nak klik.... 


Argh.... geram....

Thursday, December 4, 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Salam....


Eh, Blog Iday ada buat contest tau... Hadiahnya cash dan voucher....
Best.. Best...Best....


Nak tau macam mana nak join? Sila KLIK SINI.



Dah hujung tahun ni, banyak pula jualan murah kan? Hm... Lazada pun buat macam-macam promosi... Bergetar jiwa ni nak klik macam-macam... Tapi.... Ongkosnya tak berapa nak ada :(




TAPI....

Blogger-Contest

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.


Wah.... Seronoknya.... Boleh la beli macam-macam barang dengan harga yang lebih murah.....

Kalau la ada RM1212, apa yang korang nak rembat di Lazada?


Cer pikir, cer usha, cer cita...
.
.
.
.
.
.
.
.



Kalau lah aku ada RM1212, aku tak nak banyak... Nak 1 ni je idaman kalbu.




Aku memang dah lama mengidam nak kamera ni... Siap dah test try cuba lagi... Pegang-pegang, shoot sekali dua, lepas tu letak. Tak sampai 10 saat, angkat lagi... Lepas tu letak semula. Dekat 5 ke 6 kali lah... Sampai sales girl tu jeling semacam je, aku pun angkat kaki blah... Sambil dalam hati menangis sayu.... T__T Sayu memikirkan $ yang tak berapa nak ada dalam dompet ni....

Kamera ni sesuai untuk sesiapa sahaja, terutamanya yang baru berjinak-jinak untuk lebih serius dalam bidang fotografi atau kata lainnya 'beginners' macam aku ni. 

Aku ni baru nak melangkah lebih jauh dalam bidang fotografi ni, jadi nak cari satu kamera DSLR la sebelum masuk kelas belajar fotografi. Hajatnya ingin mencari kamera yang agak mudah dan harga berpatutan... Survey banyak-banyak kamera, kamera Canon Eos 1200D ni, yang aku berkenan sangat-sangat. Kalau tengok harga kat kedai dalam RM1590.00. Ada potongan sikit, boleh la dapat dalam RM1260. Tapi kat Lazada ni murah la pulak kan... Itu yang gatal je tangan nak klik. Haish... 
Kalaulah ada Rm1212 tu... 
Ala, kalau dapat RM200 pun okey apa, buat topup duit aku nak bli kamera ni... hihi... Dah bertambah jimat :)
Kawan-kawan, tolong doakan hajat aku tercapai :).


Contest hingga 12 Dec 2014 tau... Jom la join.






Wednesday, December 3, 2014

GIVEAWAY KUSARAH 2014


Salam.... Its
yeay..... Kali ni blog sapa pula ye?
.
.
.
.
.
.
.
.
Pemilik blog http://kusarah.blogspot.com ada buat GA.... Jom kita ramai-ramai sertai GA ni...
*klik banner untuk join

Syarat-syarat penyertaan;
  • Warganegara Malaysia
  • Seorang blogger sama ada lelaki atau perempuan
  • Patuhi semua syarat yang ditetapkan
Start : 25 November 2014
Deadline : 25 December 2014
Winner Announce : 27 December 2014 (My Birthday! Tick on your calendar :p)


PRIZES

Top Refferral; [ 1 Winner ]
  • Tribal Blouse
  • 2x Button Badge

Top Comment in your entry (more than 40 comment); [ 1 Winner ]
  • 2x Chiffon Shawl 

Random Winner; [ 5 Winner ]
  • 5x Mystery Gift

Thanks ye penganjur 

avatar, crush, emoticon, happy, in love, love, monster, monsters, smile, valentine icon

1st Anniversary Giveaway Mind Meld

Salam....


Ha, nak tau tak... Ada GA menarik ni.... 
.
.
.



Ha, jom ramai-ramai kita sertai 
ini....

Sila Klik di Banner atau Klik SINI.


MANIS GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

Salam.....
Ada satu lagi GA menarik ni... Jom kita tengok:

.
.
.
.
.
.

Saya nak hadiah: Jam dinding 

Jom kita memeriahkan lagi GA di blog Mama Darwiish ni.

Nak sertai Klik di Banner atau Klik SINI
Maklumat GA:
Syarat Penyertaan :
1. Mempunyai blog.
2. Mempunya akaun Facebook.
3. Tinggal bermastautin di Malaysia.
4. Mematuhi semua arahan penyertaan.

Cara-cara Penyertaan :
1. Buat satu entri dengan tajuk MANIS GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH.
2. Copy & paste banner di GA di atas dan backlink kan ke entry GA ini.
3. Anda boleh buat pilihan hadiah. Dibawah entri tuliskan"Saya nak hadiah ............"
4. Follow & Add blog dan Fanpage para penganjur dan penaja.
5. Hantar link penyertaan di ruangan komen entri ini sahaja.
6. Follow beberapa blog, fanpage dan Instagram





Terima Kasih kepada Penganjur dan Penaja hadiah. 


Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak.

Salam, 
Ada perkongsian daripada rakan untuk tatapan bersama..insyallah kita sama-sama cuba menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak kita...

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. 
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Monday, December 1, 2014

Wedding Color 2015 (Part 1)


Salam.... 

Hari ini sudah 1 December 2014... Pejam celik pejam celik, kejap saja masa berlalu... Bulan 12 ni, banyak sungguh jemputan kenduri kahwin... 

Apa warna kegemaran pengantin tahun 2014 ye?
Kalau aku tengok dalam facebook kawan-kawan, kebanyakkan nya memilih warna ungu, turkois, merah jambu lembut, biru lembut, oren, kelabu/ perak, hijau zamrud.


http://www.invitesweddings.com/b/top-10-wedding-color-trends-for-spring-2014.html




Jadi, bagi pengantin tahun 2015 pula, apa warna yang menjadi pilihan kamu semua?
kalau tak ada idea lagi, ini ada sedikit cadangan....


http://www.elegantweddinginvites.com/top-10-wedding-color-scheme-ideas-2015-wedding-trends-part-one/#

top 10 wedding color ideas for spring 2015 trends #elegantweddinginvites
http://www.pinterest.com/pin/98164466854027302/

Metallic gold and teal tiffany inspired vintage wedding color ideas 2015. Cantik kan?
metallic gold and teal tiffany inspired vintage wedding color ideas 2015 #weddingcolors #goldwedding #elegantweddinginvites
http://www.pinterest.com/pin/560698222332369395/



Monday, November 24, 2014

2nd GiveAway by Naomielicouz

Salam...



Eh? Siapa Si Cantik Manis ni?


.
.
.
.
.
.
Ini lah pemilik Blog Naomielicouz...
Dia ada buat GA tau. Hadiahnya dua selendang (shawl) yang bernilai RM50...

Jom kita pakat-pakat join... Klik banner atau Klik SINI
Tarikh tamat: 20Dec 2014

Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa

Salam...........


lagi dan lagi....
.
.
.
.
.
.
.
.



GA akan tamat pada 30 Dec 2014 tau... Cepat-cepat jangan terlambat...

Antara senarai hadiahnya:

   

    

Mari ramai-ramai sertai...
Saya Tag:

Biar pesan berkali-kali, asal tak menyesal di kemudian hari.

Salam....

Aduh sedih rasa hati bila baca berita macam ni...
Kes terlanggar anak, kes tertinggal anak dalam kereta, kes anak hilang, kes anak di dera pengasuh dan yang sewaktu dengan nya... Aduh, sayu....

Tiba-tiba rasa teringat kat anak sendiri... Ya Allah, minta di jauhkan segala bala dan bencana tu...
Ada tengok video yang bapa undur kereta terlanggar anak kat fb, tapi tak sampai hati nak tengok sampai habis. Sayu sangat, rasa macam nak pecah hati ni tengok....

Moga kita semua di jauhkan dari pengalaman ngeri macam ini. Moga mana-mana kejadian yang terjadi pada ibubapa di luar sana agar tabah. 


GiveAway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous




Ha... Post hujung tahun ni asyik GA je kan....

Seronok juga kan? Seronok sebab ada banyak blog-blog menarik yang aku baru terokai & seronok sebab banyak hadiah-hadiah percuma untuk dimenangi...

Ok la, ini ada satu lagi GA yang menarik: Mari...

.
.
.
.
.
.
.

Salam Sejahtera,


Jom sertai GA RM150 Zalora Voucher terbaik ni dari SueAKGoGeous. Buat enam langkah-langkah berikut:

  1. Buat satu entri bertajuk 'Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous'.
  2. Publishkan entri tersebut dan masukkan URL ke ruangan komen di bawah.
  3. Follow blog SueAK.
  4. Follow Google Suriana abdul kadir.
  5. Klik sini sini sini sini dan sini tunggu sehingga hadis loading.
  6. Masukkan blog SueAKGoGeous ke dlm bloglist anda.

Satu pemenang utama akan mendapat Online Voucher Coupon Code dari Zalora bernilai RM150.


Manakala dua pemenang saguhati akan mendapat Marybrown Lunch Box.
Tarikh GA ini ialah dari 21/11/2014 sehingga 12/12/2014.
Tiga pemenang bertuah akan diundi dengan random.org dan akan dimumkan pada 13/12/2014.
Marilah mari pergi sertai!
.
.
.
.
Terima Kasih Penganjur :)