Salam....
Banyak sangat sosial media sekarang ni... aku yang dah tua ni tak terikut semuanya.... hahaha.
Friendster (gambar ikhsan google)
ICQ chatroom (gambar ikhsan google)
Dulu zaman aku ada chatting, friendster dan blog sahaja. Kemudian timbul facebook. Facebook ni 'user-friendly' sikit berbanding yang lain. sebab itu lah terkenal...
Facebook (gambar ikhsan google)
Sekarang ni timbul pula Instagram, Twitter, WhatsApp, Telegram, WeChat dan lain-lain... Serabut la pulak... Ok, aku ada Email, Blog dan Facebook je. Instagram ada juga, tapi tak aktif. Sebab utamanya ialah tak reti nak guna.... WhatsApp ada juga untuk mesej adik-beradik... Dan kawan-kawan rapat sahaja...
Sekarang ni trend yang aku lihat kat Malaysia ini, follow Artis yang di benci dalam Insta, kemudian kutuk bila dia muat naik gambar atau status. Contohnya macam Che Ta (ni aku baca dalam facebook la). Korang ni dah kenapa? Kalau tak suka tu, jangan la ikuti Insta ke Fb dia... Buat dosa saja-saja je main kutuk kawan tu kaw-kaw. Tak ada kerja dah ek?
Aku ni facebook pun follow artis yang aku minat je, macam Aaron Aziz, Erra Fazira, Nora Danish... Dah itu je. Itu pun pengikut senyap (sillent follower ^__^) sahaja...
Kenapa nak follow yang kita tak minat? Kenapa aku kata tak minat, sebab gaya kutuk tu sikit punya kaw2 memang aim untuk menusuk ke jiwa raga lah... Kalau kita suka seseorang tu, dia buat salah pun kita senyap je, tak pun tegur perlaha-lahan atau secara peribadi (macam private massage ke...). Kalau dah tak suka tu, tak salah pun nampak macam-macam cacat cela... Haish... Takut tengok dengan sifat zaman sekarang yang terlalu berterus terang. Seram i....
No comments:
Post a Comment