Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Friday, November 14, 2014

Kuasa Sedekah....

Salam.....

Hari Jumaat, hari yang mulia... 

Topik kita hari ini, sedekah.



Siapa percaya dengan bersedekah RM1, kita akan dibalas berlipat kali ganda? Di balas pahala sudah semestinya, tapi akan dibalas juga dengan kesenangan dunia...?

Pada aku ini bukan lah bermaksud, kita sedekah RM1, kemudian tiba-tiba ada dapat projek RM1juta... Memang ada yang berlaku dengan kuasa Allah (aku penah baca), tapi jangan pula kita mengharap macam itu juga. Apabila tidak dapat RM1ribu (nilai aku kecilkan sikit), kita terus kata, tipulah tu.... 


Photo: Invest harta akhirat mmg mencabar sebab ramai yang tak nampak 'GERAN' nya...... tapi percayalah.... apa yang kita 'LEPASKAN' dan 'BERIKAN' seikhlasnya kerana ALLAH itulah yang akan kekal bersama kita... ISLAM ITU CUKUP INDAH, telah diulang-ulang memberitahu agar kita semua tidak pulang 'miskin' ke sana....

Biarlah miskin di dunia, tetapi kaya di akhirat daripada kaya di dunia dan muflis di akhirat sebab bila dah sampai sana: NO U-TURN makanya.... jom u-turn ke arah kebaikan mulai saat ini. 

Wallahuallam.... sekadar berkongsi artwork yang hebat dari insan yang hebat.... tak sia-sia guna bakat dan bakat yang dimanfaatkan akan menjadikan insan ini 'kaya' di sana......

Apapun semua bermula dari diri masing-masing, DAH TAHU dan TERUS MAHU atau DAH TAHU tapi nanti-nantilah dulu, atau DAH TAHU tapi BUAT-BUAT TAK TAHU SEBAB TAK MAHU...... hidayah itu memang perlu diraih.... kena cari dan minta daripada Allah, tak boleh tunggu-tunggu takut nanti dah CHECKMATE, baru nak AMBIL TAHU dah terlambat walaupun MAHU...... :)

Salam Ukhwah,
Azila Aziz

Tidak dapat balasan apa pun tak apa, kita cuba sedekah dengan ikhlas-ikhlasnya... Tapi Insya-Allah akan di balas juga nanti. 


Rezeki Allah ni luas, tak dapat dari segi wang ringgit, kita dapat 
kesihatan yang elok, 
kebahagiaan berpanjangan, 
kesenangan hati sentiasa, 
perjalanan karier yang baik 
dan banyak lagi. 

Malah kadang kala, 
ada pula yang baik hati mahu sentiasa sahaja belanja kita sarapan lah, 
belanja makan malam lah, 
beri hadiah la (^_<)....

Ha seronok kan rezeki Allah bagi....?

Jom rakan-rakan semua, kita join Kak Zila Telekung Projek ini dengan aktiviti-aktiviti nya. 




Buat masa ini, ada 3 projek utama yang memerlukan dana:
WAKAF PERMAIDANI
SYRIA WINTER AID
ICT 4 EDUCATION



Kalau sumbangan untuk projek Tabung Give, Gain & Grow:


 WAKAF 4 UKHWAH (ISNIN)
wang sumbangan yang terkumpul pada setiap hari ISNIN akan digunakan untuk penyediaan TELEKUNG WAKAF, AL-QURAN WAKAF, PERMAIDANIWAKAF, SELIPAR WAKAF DAN LAIN-LAIN PERKARA YG BOLEH DIWAKAFKAN.

 OUT & ABOUT 4 UKHWAH (SELASA)
wang sumbangan yg terkumpul pada setiap hari SELASA akan digunakan untuk menampung dana mencuci TELEKUNG WAKAF

 HUMANITARIAN AID 4 UKHWAH (RABU)
wang sumbangan yg terkumpul pada setiap hari RABU akan digunakan untuk project-project kemanusiaan seperti bantuan kebakaran, bantuan makanan, bantuan perubatan

 NATURE 4 UKHWAH (KHAMIS)
wang sumbangan yg terkumpul pada setiap hari KHAMIS akan digunakan untuk project-project yang berkaitan dengan pemuliharaan Alam sekitar dan project Out door bersama anak-anak dari Rumah Kebajikan.

 EDUCATION AID 4 UKHWAH (JUMAAT)
wang sumbangan yg terkumpul pada setiap hari JUMAAT akan digunakan untuk project-project perkaitan dengan pembangunan pendidikan seperti menyediakan keperluan komputer kepada rumah-rumah anak yatim/fakir miskin, membiayai bantuan persekolahan dsbnya.

 GATHER 4 UKHWAH (SABTU)
wang sumbangan yg terkumpul pada setiap hari SABTU akan digunakan untuk project-project 'gathering' bagi meraikan anak-anak yatim/fakir miskin seperti menyambut hari lahir mereka, sambutan Mawlid, berbuka puasa, hari raya dsbnya.

 HUMAN DEVELOPMENT 4 UKHWAH (AHAD)
wang sumbangan yg terkumpul pada setiap hari AHAD akan digunakan utk membantu pembangunan dan ekonomi keluarga miskin serta membiayai program-program pembangunan usahawan utk insan yg memerlukan.



Tabung ini akan dibuka sepanjang masa namun pada setiap hari tabung ini akan dipecahkan mengikut kategori project seperti di atas. Sebagai Contoh:
jika sahabat menderma pada hari Isnin, bermakna wang sahabat akan digunakan untuk project wakaf.



Kepada yang berminat untuk membuat sumbangan RM 1 boleh masukkan melalui:

 CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek

 MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz 

Email : telekungproject@gmail.com
WHATSAPP/SMS only: +60193337151


Photo: Al-Imran:92

Firman Allah, bukan kata-kata manusia dan tercatat dalam manual kehidupan <3 AL QURAN.... 

Catatan sebelum tidur, selamat malam semua sahabat yg dikasihi.

Salam Ukhwah,
Azila Aziz

.
.
.
.

Oh, saya sangat gembira hari ini.... Sebab apa? Sebab ada orang bermurah hati hantarkan saya hadiah yang 'super awesome'. Alhamdulillah seronok sangat. Ini lah yang saya dapat:


Terima Kasih Kak Emila. Sayang 200%

No comments: