Salam.....
Hari Jumaat, hari yang mulia...
Topik kita hari ini, sedekah.
Siapa percaya dengan bersedekah RM1, kita akan dibalas berlipat kali ganda? Di balas pahala sudah semestinya, tapi akan dibalas juga dengan kesenangan dunia...?
Pada aku ini bukan lah bermaksud, kita sedekah RM1, kemudian tiba-tiba ada dapat projek RM1juta... Memang ada yang berlaku dengan kuasa Allah (aku penah baca), tapi jangan pula kita mengharap macam itu juga. Apabila tidak dapat RM1ribu (nilai aku kecilkan sikit), kita terus kata, tipulah tu....
Tidak dapat balasan apa pun tak apa, kita cuba sedekah dengan ikhlas-ikhlasnya... Tapi Insya-Allah akan di balas juga nanti.
Rezeki Allah ni luas, tak dapat dari segi wang ringgit, kita dapat
kesihatan yang elok,
kebahagiaan berpanjangan,
kesenangan hati sentiasa,
perjalanan karier yang baik
dan banyak lagi.
Malah kadang kala,
ada pula yang baik hati mahu sentiasa sahaja belanja kita sarapan lah,
belanja makan malam lah,
beri hadiah la (^_<)....
Ha seronok kan rezeki Allah bagi....?
Buat masa ini, ada 3 projek utama yang memerlukan dana:
WAKAF PERMAIDANI
SYRIA WINTER AID
ICT 4 EDUCATION
Kalau sumbangan untuk projek Tabung Give, Gain & Grow:
WAKAF 4 UKHWAH (ISNIN)
wang sumbangan yang terkumpul pada setiap hari ISNIN akan digunakan untuk penyediaan TELEKUNG WAKAF, AL-QURAN WAKAF, PERMAIDANIWAKAF, SELIPAR WAKAF DAN LAIN-LAIN PERKARA YG BOLEH DIWAKAFKAN.
OUT & ABOUT 4 UKHWAH (SELASA)
wang sumbangan yg terkumpul pada setiap hari SELASA akan digunakan untuk menampung dana mencuci TELEKUNG WAKAF
HUMANITARIAN AID 4 UKHWAH (RABU)
wang sumbangan yg terkumpul pada setiap hari RABU akan digunakan untuk project-project kemanusiaan seperti bantuan kebakaran, bantuan makanan, bantuan perubatan
NATURE 4 UKHWAH (KHAMIS)
wang sumbangan yg terkumpul pada setiap hari KHAMIS akan digunakan untuk project-project yang berkaitan dengan pemuliharaan Alam sekitar dan project Out door bersama anak-anak dari Rumah Kebajikan.
EDUCATION AID 4 UKHWAH (JUMAAT)
wang sumbangan yg terkumpul pada setiap hari JUMAAT akan digunakan untuk project-project perkaitan dengan pembangunan pendidikan seperti menyediakan keperluan komputer kepada rumah-rumah anak yatim/fakir miskin, membiayai bantuan persekolahan dsbnya.
GATHER 4 UKHWAH (SABTU)
wang sumbangan yg terkumpul pada setiap hari SABTU akan digunakan untuk project-project 'gathering' bagi meraikan anak-anak yatim/fakir miskin seperti menyambut hari lahir mereka, sambutan Mawlid, berbuka puasa, hari raya dsbnya.
HUMAN DEVELOPMENT 4 UKHWAH (AHAD)
wang sumbangan yg terkumpul pada setiap hari AHAD akan digunakan utk membantu pembangunan dan ekonomi keluarga miskin serta membiayai program-program pembangunan usahawan utk insan yg memerlukan.
Tabung ini akan dibuka sepanjang masa namun pada setiap hari tabung ini akan dipecahkan mengikut kategori project seperti di atas. Sebagai Contoh:
jika sahabat menderma pada hari Isnin, bermakna wang sahabat akan digunakan untuk project wakaf.
Kepada yang berminat untuk membuat sumbangan RM 1 boleh masukkan melalui:
CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz
Email : telekungproject@gmail.com
WHATSAPP/SMS only: +60193337151
.
.
.
.
Oh, saya sangat gembira hari ini.... Sebab apa? Sebab ada orang bermurah hati hantarkan saya hadiah yang 'super awesome'. Alhamdulillah seronok sangat. Ini lah yang saya dapat: