Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Sunday, October 30, 2011

Tag men tag......

Salam semua.......

okey, tak tau sapa yang start game ni, tapi ada 2 org tag aku..... jadi mari la join sekaki.
jom layanz......

Syarat-syarat nya adalah :-

1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Jom berkenalan dgn Plain Jane:

1) nama Plain Jane di pilih pasal aku ni org biasa je.... tak cantik sgt tp cantik la jugak.... hahaha, vain. lagi satu sebab dulu cikgu bahasa inggeris (dari Australia) tak boleh nak sebut izan jadi dia panggil e-jane ;P

2) suka sangat tgk rancangan masak2 @ mkn2 tapi tak reti nak masak wpun suka makan... hahahaha

3) sangat la suka shopping (wpun duit takde) bila stress, kalau dpt window shipping pun dah rasa sihat walafiat.

4) suka baca novel omputeh (yg melayu tak minat sangat pasal banyak jln cite mellow2 sgt). kalau baca novel yg best, tak makan, tak mandi, tak tido pun takpe.

5) aku tak rasa aku ni manja pun, tp org lain selalu kata aku ni anak manja mak ayah, manja bila bercakap dgn tunang kat phone, bla bla bla...hm, entah la.....

6) suke sangat dengan keja aku sekarang ni.... mcm serasi la.... ini first job selepas graduate dan tak tukar2 lagi sampai sekarang.... cuma kadang2 environment keja je yg buat jadi meluat.

7) lupe nak cerita, umur dah tua, 29 tahun, tapi tak kahwin2 lagi pasal masa dulu nak bagi carier stabil dulu baru nak kahwin. tapi bila aku stabil, en.bee lak stumble. jd tgu dia stabil lak.... kiranye kami bercinta nak dekat 5 tahun dah.... tp takpe, semakin hari semakin sayang.... cewah.

8) aku ni garang juga, bak kata adik aku "uda ni garang tapi baik hati"..... betul3x

9) oleh sbb suka makan, aku tak cerewet sgt, apa org bagi, aku hentam. asalkan halal.

10) dulu cite2 nak jadi tukang masak atau pemandu pelancong atau polis. tapi tak kesampaian....

11) oh, kenduri kahwin saya maulidurrasul nanti, 5 feb (insya-Allah), jemput la dtg ...
.
.
.
.
.
.
.
okey, jawab soalan dari org yg men'tag'....... (adoi kena jawab 22 soalan)

(dari Zimie)

1) Adakah anda rasa anda HOT?
Defenetely yes.... sizling hot.... brrrrr. hahaha.

2) Upload gambar dekat wallpaper laptop/pc yang anda guna sekarang.
takde gambar. background black.....

3) Bila kali terkahir anda makan fastfood? Berikan nama restoran/kedai tersebut.
hari jumaat 28/10/2011- Pizza hut

4) Korang masa kecik-kecik cita-cita nak jadi apa sebenarnya? Berjaya capai tak?
oh, mcm kata tadi cita2 nak jadi chef, tourist guard, and policewoman.... tak tercapai pun.

5) Lagu terakhir yang anda dengar?
lagu rock tak tau tajuknye. kumpulan blink 182. tak minat pun, tp en.bee pasang dlm keta ari jumaat masa keluar dinner dgn dia.

6) Macam mana life korang sekarang? Best ke tak best. Rate 1 (kureng) sehingga Rate 10 (sangat best asbestos meletops)
9.5..... hahaha, tak cukup 0.5% pasal ada personal target @ azam yg tak tercapai lagi.....

7) Pernah pergi luar negara tak? Listkan semua negara yang korang pernah pergi. :D
Singapore and Chiang Mai Thailand

8) Selain nama sendiri, anda dipanggil apa ya?
Uda, Jane, Ayang

9) To bride to be, kenapa korang nak kahwin?
hahaha, hm.... nak kata apa yek? sbnarnye bos pun ada tanye gak. dia kata u nak apa lagi, u dah ada semua. kalau tak kahwin pun takpe...... tah le.... aku cuma rasa:
he complete my life. thats all.

10) Perasaan ketika anda jawab tag ni.
Mula2 tu, rasa malas sgt... tp bila dah buat tu rasa seronok jugak.... hahahaha. thanks zimie for tagging me.




(dari nurulain lak)

1. berapa tinggi and berat korang? MESTI JAWAB TAU. hahaha (gelak jahat)
Tinggi 162cm, berat 68kg...

2. apa yang korang insecure pasal diri korang (gemuk ke, muka tak flawless ke, pendek ke, apa-apa je)
perut ni, buncit la...... tension tau. ada tips ke?

3. korang kerja bidang apa? and bakal suami kerja bidang apa? hehe.
kerja bidang agro-pertanian, tunang lak pengangkutan

4. pernah tak korang terdengar orang kutuk korang dengan pasangan tak sepadan belakang korang? ce cerita sikit kalau pernah.
pernah... tp wat bodo jer. keluarga kitaorg okey jer, nape yg takde kena mengena nak sibuk....
lagi teruk penah org buat pakai bomoh nak bagi kami pisah. baru je tau ni bulan lepas pasal jumpa gambar dgn nama kami kat belakang gambar dgn gula yg dah tinggal separuh dalam kain hitam.
tah apa2 tah nak dengki kat kitaorg. tapi nasib baik tak jadi apa... bersyukur sgt. Allah tu Maha Pelindung.

5. apa tema wedding impian korang?
Purple

6. apa tema actual wedding korang (kalau lain dengan impian lah. kalau sama, skip je)
Purple-gold untuk nikah, purple-white or purple-blue untuk sanding

7.. apa pengalaman paling mencabar masa buat wedding preps ni?
nak pilih tarikh bertandang....... tak tetap2 lagi... hm, nak bebel2 pun ada, tp nak buat apa, tu fiance & in-laws yg kena wat keputusan.....

8. setakat ni, ada tak vendors or apa-apa regarding weddings yang korang dah close deal tapi regret gila-gila, kalau boleh nak reverse masa?
takde... pasal wpun tinggal 3 bulan, tapi still terkapai2 nak decide & survey vendor....

9. setelah buat wedding preps ni ada berminat tak nak ceburkan diri dalam bisnes berkaitan weddings (supply doorgift ke, printing services ke, bridal ke, photography ke...)
err.... ada,. tp aku minat bab makan2 je ni..... kalau wat desert table @ buffet untuk kenduri nanti marbeles, ingat nak supply desert @ candies buffet tau.... tp aku tak reti nak buat sendiri la pulak desert2 tu.....

10. secara jujur nya, mana yang korang beratkan buat masa ni? persiapan wedding ke persiapan selepas wedding macam rumah ke, perkakas rumah ke. JUJUR ye?
persiapan wedding. pasal, wedding nanti melibatkan banyak pihak.... tak mau ada yg tak berpuas hati....
kalau rumah untuk kami ber2 jer. ada tilam bantal dan tv pun kami boleh hidup dah..... hahahaha

11. apa harapan korang terhadap majlis korang dan perkahwinan korang.
harapan untuk majlis, semoga ia berjalan lancar dan tetamu mendoakan kebahagiaan kami....
harapan untuk perkahwinan semoga kami terus saling sayang menyayangi dan bahagia. menjadi kekasih di dunia dan akhirat.

.
.
.
.
.
.
.
ok done... nak bg soalan lak untuk org lain:

1) kenapa korg suka ber'blogging'? apa istemewanye dia berbanding facebook, twitter or frendster?

2) bila kali terakhir kamu cakap i love u (dalam apa jua bahasa pun)? pada sapa kamu ucap kan tu?

3) apa hobi kamu? kenapa suka buat hobi tu?

4) pernah tak beli barang (yg mahal ke murah ke) tp lepas tu tak guna? barang apa? kenapa beli?

5) tempat menarik dalam malaysia yg pernak di lawati? apa istimewanye tmpat tu?

6) tempat perlancongan best luar negara? apa yg best nye?

7) benda palin pelik penah tengok @ dengar, ada tak? cerita sikit?

8) makanan paling sedap pernah di makan? kat mana?

9) masa sekolah dulu glamer cite2 hantu.... cer cerita 1 kisah yg paling kamu ingat....

10) kenapa kamu tergerak hati nak layan tag ni??

11) ha, akhir sekali: berikan saya (at least 1) tips mengempiskan perut.... hahahaha




skrg sesi men'tag' la pulak..... er, banyak nye 11 org lak tu.... sapa2 yg kena tag tu, kalau rajin buat la ye.... pastu bg tau tau... nak baca....












ok. done....


Wednesday, October 26, 2011

to do list....

hm.... sangat la banyak benda nak di buat pada cuti raya haji ni..... oh.....

1) beli langsir
2) beli kain untuk buat baju adik beradik (untuk makcik2 - done)
3) beli jubah untuk mak dan baju ayah
4) kemas bilik pengantin & kosongkan
5) survey perabot untuk bilik pengantin
(still thinking & counting money nak beli set penuh atau katil with meja solek je)
6) survey butik pengantin dan MUA dan henna
7) survey door gift
8) DAN ada kenduri hari raya haji tu......

T_T cuti 5 hari je.... sempat ke ni.......

to do or not to do....?

cantik kan baju cik lijah ni......? (drooling...)


sebenarnye sangat la berkenan dgn beadwork & flower patching baju cik lijah ni..... dan berazam nak add bead & flower kat baju nikah aku yg simple ni :

boleh bayangkan???..... nak buat sendiri tgn tak berapa kreatif.....




ada la 1 blog ni ambil upah beadwork and ada similar design dgn cik lijah (bead kat bahu, across body, kat lengan) cuma dia lebih bead dari 3D flower and aku suke sgt.... so request la quotation and hohoho upah bead-work kat baju jer RM350. tambah veil lagi RM200.

err apa pendapat kawan2 sekalian? berbaloi tak? tapi design yg di buat tu gorgeous giles.... T_T

Gatal tangan....

hm... tangan rasa gatal sgt nak klik beli brg (voucher, beg, baju, mainan, buku dll) 2-3 hari ni.....

urgh....

tiap hari p survey blogshop2 tgk kalau ada brg2 berkenan...

hm, dan memang berkenan sgt banyak brg....

wpun bukan keperluan pun..... nafsu semata2.... brrrr....

Monday, October 24, 2011

I like....


cincin oh cincin.....



Tuesday, October 18, 2011

say hi again.....

hi guys,
sory kepada mana2 pihak yg terbaca info pasal "memilih tarikh yg baik" sebelum ni.


untuk pengetahuan semua, saya ada update sikit kat bawah tu ye.... maaf sgt2 kepada yg terbaca atau tercopy sebelum ni....

info ni saya tak pasti kesahihan nye, walaupun ada claim kata bersumber dari sini:

1) Isi bersumber dari kitab 'Ajaibu al-Makhluqat wa gharaibu al-Maujudat, karya al-Alim al-Imam Zakariya bin Muhammad bin Mahmud al-Qazweni, 600-682 H. Mesir, 1980 M/1401 M. dan kitab Makarimul Akhlak, karya Asyaikh Al-Jalil Radhiyuddin Abi An-Nashr al-Hasan bin al-Fadhal ath-Thabrasi, Bairut, 1973 M/1392 H.

2) Sumber: Perguruan Islam Pondok Tremas Pacitan “Sepercik Kesabaran”

tapi saya tak pasti pasal saya sendiri takde kitab2 ni untuk check. jadi maaf sekali lagi.

Islam ni agama yg mudah. dan dari kaca mata islam, seluruh hari adalah baik, tiada hari yg buruk, lebih2 lagi yg boleh mendatangkan malapetaka. takada juga dalil yg jelas ataupun mana ajaran dalam islam yg mengatakan ada hari yg baik dan buruk.

tetapi mencari sesuatu yg lebih baik @ terbaik bukanlah sesuatu yg dilarang dalam islam, namun tidak boleh dgn cara yg tidak sesuai dgn syariat islam seperti meminta nasihat tukang tilik @ dukun.

okey la... tu saja nak bagi tau.



update 25.10.11 (1.20pm)

untuk lebih pemahaman sila baca

Monday, October 17, 2011

Memilih tarikh yg baik mengikut kelendar islam.

jumpa info ni dalam blog Kina, jadi copy la (sbb info ni bagus)....

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.


Update 18 Oct 9.20am:

1stly nak mintak maaf sbb share info yg tak diketahui sumber kesahihan nya. sory ye guys. Luckly ada yg menegur. Thanks.

But like i said before, saya tak kan delete post sebab prinsip saya dalam hidup ni, apa yg dah terjadi tak boleh nak padam2 lagi dah. sama saya apply dalam blogging. sbb wpun boleh padam, org yg dah baca lak mcm ne nanti.... so saya tak padam lah. cuma saya add email yg ditujukan pada saya ni, pasal kalau saya extract keluar mana2 ayat, nanti org tak faham apa yg cuba disampaikan.

hahaha. takpe saya tak marah pun. bersyukur lagi ada yg menegur. so guys, jgn percaya sgt la benda yg saya post di atas ye....

once again, sory banyak2 esp nurulain. and yg menegur tu, thanks...


sy komen kat sini jela ye.. senang tayah awak nak delete comment sy nnt. eheh. papepon sy nak mintak maap awal2 kalo awak kecik atie dgn teguran sy kat bwh nnt..
err. huhu. seme hari adalah hari yg baik. tade hari yg tak elok. korang nak kawen, korang kawen jela pd bila2 pon.

boleh pilih hari, tp pilih dr segi hari weekend atau musim cuti ke, reasonnye utk kesenangan org2 yg nak meraikan korang kawen nnt. takpon nak pilih digit yg cantik ke, spy senang nak ingat anniversary.. tak kisah la.
TAPII.. jgn sekali2, pilih tarikh sbbkan ingat ade certain hari yg tak elok, yg bawa malang. cth tamo pilih 3hb, 4hb.. etc sbb takut kenduri tak berjln dgn lancar plak. jgn berpandukan list2 yg ntah pape tah. pls la. sy tgk pon naik geram. T_T

prasan tak org cine, org india derang jumpe tukang tilik utk tetapkan ari yg 'sesuai' utk derang berkawen. ade yg dah pilih tarikh siap2 pestu consult dgn tukang tilik, tukang tilik ckp hari yg dipilih hari yg malang, pengantin mule la takut2, kene la tukar tarikh lain, kad seme dah print dah. kene la adjust balik. rugi byk duit sbb percayakan tukang tilik. based on what? KEPERCAYAAN YG KARUT.

pe kes nak rase takut pd hari plak wak? so kalo list ni dipraktikan, tak ke nnt mengikut agama derang? think about it. awak islam kan? islam tidak memilih hari wak. yer hari jumaat hari yg paling mulia disisi Allah, tp itu tak bermakna hari2 yg lain tu hina pon. paham?

izan, sy rase baik awak delete jela posting tu. sbb bila awak sebar bende yg tak betul, awak yg akan tanggung dosa nye nnt. coz u dah start share bende ni. tgk la cik nurulain tu, sbbkan awak.. dia jd takut. just bcoz tarikh dia jatuh pd hari yg tak baik. padahal hari dia pilih tu elok aje. tade masalah pon. tp sbbkan list ni.. org2 yg tak cetek ilmu agama nye senang percaya. awak tak kesian ke?

khurafat percaya bende2 mcm ni. boleh plak awak nak letak kate2 terakhir plak dlm komen "Kesimpulannya jangan lah kita memilih tarikh dengan mengganggap tarikh tu keramat atau tidak baik. Untuk mendirikan masjid itu satu niat yang baik. Hai, nak kawen tu kawen aje la..hehe..Cuma ia bergantung kepada setiap individu dan apa sebab musababnya. Jangan pula sampai terpesong dari akidah dengan mempercayai perkara khurafat. Wallahualam.", dah terlambat dah wak. kalo tamo rely pada info tu, kenapa pg letak? contradict tau wak.

sy ni menegur sebagai sedara muslim awak. so pls. sy harap2 awak tak tersentap. bende ni chain reaction. awak share, org lain akan share bende same jgk. Kina share dulu, awak ikut, pestu org lain akan turut serta sebar bende yg bukan2 ni. lg2 kalo jenis yg suke share tanpa selidik terlebih dahulu.

btw.. INFO yg awak share tu TAK BAGUS LGSG. malah MENYUSAHKAN org.

oh anyway.. kalo nak delete, pls buat entry baru dan explain balik.. ape yg benar. sbb takut ade org yg dah bace blog awak ni, dia dah hadam ape yg dibace, dan dia ingat "OH BTOL LA TU". so better u explain bende ni tak patut diikut.

anyway, sblm nak share pape, pastikan info tu adalah info yg betul, ok? lg2 soal agama dan bende2 yg boleh merosakkan iman kite.

sy mule2 nak pendam aje. biar org lain tegur. tp isk taleh la wak. takut tade org yg tegur awak. sy kalo dah ternmpk tu kene tegur jgk la. huhuhu.


update 24.10.11 (1.52pm)
saya ada tanya ustaz pasal ni, ini jawapan dari ustaz berkenaan:

Salam, menentukan hari tertentu itu baik atau buruk bukan kerja manusia sebab itu
bermakna telah mencampuri hak Allah. Tidak ada hari yang tidak baik, hari sial, bulan sial. Semua hari adalah baik, tergantung pengisiannya. Diisi dengan amaln soleh atau maksiat. Org zaman jahiliyah mendakwa tdk elok kahwin pd bln Syawwal. Lalu Rasulullah SAW sengaja kahwini Aisyah RA pd bln Syawwal utk menghapus kepercayaan khurafat itu. Ternyatav Aisyah menjadi isteri baginda yang paling disayangi. Anggapan ada hari tdk elok boleh membawa syirik dan khurafat. Oleh itu nasihat ustaz jangan percaya info internet diatas walaupun dikatakan dari Ja'far al-Sadiq. Ust bimbang itu tulisan Syiah. Wslm




update 25.10.11 (1.20pm)

untuk lebih pemahaman sila baca

bagaimana memilih layah @ veil yg sesuai?

oh... i buat research okey pasal nak join contest cik lijah tu.... hehehehe, nak tau gak veil mcm mana yg sesuai dgn bentuk badan i yg sihat dan muka yg agak bulat ni.... huhuhu.

benda2 yg nak kena tau?

1) face shape & body shape:
8 basic shape : Oval, round, Oblong, Heart-shape, Diamond, Square, Rectangular @ Triangular
  • muka Diamond atau Oval- boleh jer pakai veil apa2 asalkan compliment your gown & proportion
  • muka Bulat- veil yg sesuai yg fall along the side of face to help narrow it. huhuu
  • Square lak- kena nakpak kan lembut jadi veil yg panjang lebih sesuai
  • Oblong face- kena bagi nampak lebar cket muka. dicadangkan waterfall veil plus wide tiara
  • Heart-shape or triangular face- elok pakai back piece
  • Rectangular face- try voluminous veil.
kalau ada dada yg besar @ pinggang tak berapa nak ramping, pakai veil yg panjang sehingga ujung jari atau lebih sbb nak bagi ilusi bahan yg panjang (so, tak nampak lebar sgt kot).

pear shape lak lebih sesuai dgn veil yg separas bahu, siku atau pinggang sbb ini akan menarik org untuk melihat bahagian atas anda yg lebih kecil dari pinggul anda yg agak lebarrrr.

well, kalau full figure (i imagine yg badan ada shape sikit & gebu2 kot), stick to 1 tier, narrow width sbb tak nak tambah volume lagi pada body.

ha, kalau anda tinggi boleh pakai veil yg panjang cket, tapi yg rendang (rendah) sesuai yg paras pinggang dan ke atas.

hahaha, mcm2 kan. alah, kalau dah cantik tu, pakai apa pun cantik jugak.... kan?

2) the dress
well, veil should compliment your dress. first, cari mana key point baju anda (contoh: bust panel, or button back detail). jadi panjang veil tu & material nye berkait dgn detail pada baju kita.

selain itu, deco pada baju juga perlu di amik kira. am nye, kalau baju @ tudung dah sarat dgn detailing (beaded, lace ect), elok lah guna veil yg simple to look more flattering. kalau baju simple, boleh la guna veil yg more elaborate.

jadi, baju berkait rapat dengan panjang, lebar, kaler, tier dan deco pada veil yg akan kita pakai....

3) the veil

a) material
majoriti veil dibuat dari fabrik nylon tulle or netting untuk ilusi jarang la (tutup tapi boleh see-tru). tp ada gak yg dibuat dari material organza, chiffon, or silk.

b) color
well, it tentu nye keler kena dekat2 nak sama dgn kaler baju, baru lah matching.

c) length & width
am nye, veil kena jatuh minimum 3" dari leher baju untuk nampak tinggi and lebih stylish like this:

Scoop  Back
jangan sampai nampak kulit kita la....

dan juga, ia akan nampak lebih cantik jika jatuh atas 3" atau bawah 3" dari hujung-corak-detail-belakang-baju (mcm bunga2, riben, beaded, embroidery, lace) like this:

Above Waist Below Waist


weil, panjang veil ada berbagai2.... pilih lah panjang ikut kesesuaian masing2......

d) one-tier or 2-tier
well ikut la citarasa nak 1 tingkat ke, 2 tingkat ke, bertingkat2 ke...

e) beaded or non
Beading on Floor Beading from Waist Beaded from Top
selalunye, kalau baju dah fully beaded, veil tak perlu sarat dgn bead. sbb kitauan beaded kat baju dah boleh nampak malalui veil (fabrik tulle). tp boleh je tambah sikit2, mcm hujung saja ke.... kalau beaded penuh atas sampai bawah, selalunye untuk very formal english evening wedding la.

f) edged or not to edge
ada juga yg suka jahit, atau letak lace di hujung.... sesetengah org pula tak suka, pasal nak veil tu ringan dan 'terawang2'

4) veil placement
kat mana nak letak veil pun nak kena tau. ada yg suka letak kat sanggul, ada yg letak depan sikit juga.....
Good Placement Bad Placement


bagi pengantin bertudung, boleh juga memakai veil. kalau pandai bergaya, tak nampak sarat sangat pun.... well, ada juga veil yg pelik2, tp still maintain ayu, like this:

Hijab Scarves and Veil Styles by Jailan Atef Picture 4



Some Instruction:
1) Try on lots of veils at your initial dress fitting - you can choose from tulle or organza, decorated with everything from lace or satin to crystals.

2) Choose a veil that complements your dress and doesn't obscure any special detail. Simple gowns look radiant in either a plain or ornate veil, but if you will be wearing a more elaborate dress, consider topping off your ensemble with a plain veil.

3) Select from a variety of styles: a short blusher, a Spanish-inspired lace mantilla, a multilayered flyaway, the popular fingertip (a veil that ends at the fingertips), a cascading waterfall, or the ballet/waltz style (which ends at the ankles).

4) Use the type of wedding ceremony as another guide. At a very formal wedding, splurge on a full-length veil of any kind; at a formal wedding, don a long veil; exude simplicity at a formal daytime wedding with a fingertip veil or hat; wear a shorter fingertip veil or hat in a semiformal ceremony.

5) Aim for a narrow cut, which creates an illusion of length and slimness, as well as delicate trim and less poof.

6) Have a friend with you to examine the look of your veil from every possible angle. A veil that flatters your face may not flatter the back of your gown, and vice versa.



  • info fron:

    Thursday, October 13, 2011

    macam-macam hal

    memang macam2..... banyak hal yg terjadi sampaikan aku tak sempat nak update blog or buat apa2 pasal wedding preparation..... haish....
    tinggal berapa bulan je lagi... tp semua tak settle lagi... hm....
    tension.... tambah2 pulak kamera hilang.... lagi la tension.... baru je pakai tak sampai setahun.... mamang takde rezeki tau.....
    entah kenapa tah, banyak sgt perkara yg berlaku bulan ni.... terjadi pada org lain tp aku secara tak langsung terpaksa terlibat sama, then rentetan dari tu benda lain lak terjadi kat aku.... hm...
    mula2 berdepan dgn pengkhianatan, rasa sedih mcm nak nangis, pastu memang marah.... hahaha, tp bila cerita kat en.bee dia lak yg jd marah sgt... bila dia marah bg pihak aku, aku automatik jd tak marah ^___^. hehehe.
    mcm yg aku ckp sblm ni, nak maafkan tu mudah, tp nak lupakan apa yg org buat kat kita ni susah.... ape2 hal pun, berserah pada Allah.

    Friday, October 7, 2011

    My Dream Veil Contest By Non-Cinderella Story

    Salam semua,


    Sebenarnye dah lama nak join My Dream Veil Contest By Non-Cinderella Story ni... cuma takde idea jer.... semua veil nampak cantik... semua berkenan. hahahah. undecided (coz rambang mata)....

    setelah merujuk pelbagai gambar dari pelbagai sumber, inilah yang saya mau.....




    Potongan:

    nak berpotongan yang bentuk 'D', tapi hujung nak curve sikit tak mau tajam....




    Warna:

    Oleh sebab baju dah kaler yellow-orange-brown, dan tudung kaler light cream, so decide veil nak kaler seakan baju la.... tapi kalau kaler light sikit pun tak apa....







    Jenis:

    Okey, kain nak meterial chiffon mcm yang cik lijeh punye, pasal fall in love dgn veil ini. nampak lembut dan terletak je.....







    pastu nak one tier. tak nak yg bertingkat2.... nak yg simple jer.....



    Panjang pula nak sampai bawah sikit dari pinggang, kiranye mid-hip la......







    kiranye mcm veil yg biasa la, ada patch flower (tak mau 3D flower, hahaha) and bead kat atas kepala tu, dari depan sampai paras sanggul. dan kat bahagian tepi sikit2 je bunga2 sampai bawah...... mcm gambar ni la....




    Then bahagian edge belakang lak nak letak beads mcm ni kat keliling.... tapi jgn rapat2 sangat la, jarak2 sikit (1-1.5 inci) antara 1 pearl ke pearl yg lain....






    okey siap..... harap2 ada la tuah, pasal nak buat sendiri takut tak menjadi pulak.... nak tempah rasa mahal la pula....





    okey, sekarang ni nak tag 3 org lak...... insan yg ditag ialah: