jumpa info ni dalam blog
Kina, jadi copy la (sbb info ni bagus)....
HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.
01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.
02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.
03hb: Hari yang tidak bagus.
04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.
05hb: Hari yang tidak bagus.
06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.
07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.
08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.
09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.
10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.
11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).
12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.
13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.
14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.
15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.
16hb: Hari yang tidak bagus.
17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).
18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.
19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.
20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.
21hb: Hari yang tidak bagus.
22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.
23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.
24hb: Hari yang tidak bagus.
25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.
26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.
27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.
28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).
29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.
30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.
Update 18 Oct 9.20am:
1stly nak mintak maaf sbb share info yg tak diketahui sumber kesahihan nya. sory ye guys. Luckly ada yg menegur. Thanks.
But like i said before, saya tak kan delete post sebab prinsip saya dalam hidup ni, apa yg dah terjadi tak boleh nak padam2 lagi dah. sama saya apply dalam blogging. sbb wpun boleh padam, org yg dah baca lak mcm ne nanti.... so saya tak padam lah. cuma saya add email yg ditujukan pada saya ni, pasal kalau saya extract keluar mana2 ayat, nanti org tak faham apa yg cuba disampaikan.
hahaha. takpe saya tak marah pun. bersyukur lagi ada yg menegur. so guys, jgn percaya sgt la benda yg saya post di atas ye....
once again, sory banyak2 esp nurulain. and yg menegur tu, thanks...
sy komen kat sini jela ye.. senang tayah awak nak delete comment sy nnt. eheh. papepon sy nak mintak maap awal2 kalo awak kecik atie dgn teguran sy kat bwh nnt..
err. huhu. seme hari adalah hari yg baik. tade hari yg tak elok. korang nak kawen, korang kawen jela pd bila2 pon.
boleh pilih hari, tp pilih dr segi hari weekend atau musim cuti ke, reasonnye utk kesenangan org2 yg nak meraikan korang kawen nnt. takpon nak pilih digit yg cantik ke, spy senang nak ingat anniversary.. tak kisah la.
TAPII.. jgn sekali2, pilih tarikh sbbkan ingat ade certain hari yg tak elok, yg bawa malang. cth tamo pilih 3hb, 4hb.. etc sbb takut kenduri tak berjln dgn lancar plak. jgn berpandukan list2 yg ntah pape tah. pls la. sy tgk pon naik geram. T_T
prasan tak org cine, org india derang jumpe tukang tilik utk tetapkan ari yg 'sesuai' utk derang berkawen. ade yg dah pilih tarikh siap2 pestu consult dgn tukang tilik, tukang tilik ckp hari yg dipilih hari yg malang, pengantin mule la takut2, kene la tukar tarikh lain, kad seme dah print dah. kene la adjust balik. rugi byk duit sbb percayakan tukang tilik. based on what? KEPERCAYAAN YG KARUT.
pe kes nak rase takut pd hari plak wak? so kalo list ni dipraktikan, tak ke nnt mengikut agama derang? think about it. awak islam kan? islam tidak memilih hari wak. yer hari jumaat hari yg paling mulia disisi Allah, tp itu tak bermakna hari2 yg lain tu hina pon. paham?
izan, sy rase baik awak delete jela posting tu. sbb bila awak sebar bende yg tak betul, awak yg akan tanggung dosa nye nnt. coz u dah start share bende ni. tgk la cik nurulain tu, sbbkan awak.. dia jd takut. just bcoz tarikh dia jatuh pd hari yg tak baik. padahal hari dia pilih tu elok aje. tade masalah pon. tp sbbkan list ni.. org2 yg tak cetek ilmu agama nye senang percaya. awak tak kesian ke?
khurafat percaya bende2 mcm ni. boleh plak awak nak letak kate2 terakhir plak dlm komen "Kesimpulannya jangan lah kita memilih tarikh dengan mengganggap tarikh tu keramat atau tidak baik. Untuk mendirikan masjid itu satu niat yang baik. Hai, nak kawen tu kawen aje la..hehe..Cuma ia bergantung kepada setiap individu dan apa sebab musababnya. Jangan pula sampai terpesong dari akidah dengan mempercayai perkara khurafat. Wallahualam.", dah terlambat dah wak. kalo tamo rely pada info tu, kenapa pg letak? contradict tau wak.
sy ni menegur sebagai sedara muslim awak. so pls. sy harap2 awak tak tersentap. bende ni chain reaction. awak share, org lain akan share bende same jgk. Kina share dulu, awak ikut, pestu org lain akan turut serta sebar bende yg bukan2 ni. lg2 kalo jenis yg suke share tanpa selidik terlebih dahulu.
btw.. INFO yg awak share tu TAK BAGUS LGSG. malah MENYUSAHKAN org.
oh anyway.. kalo nak delete, pls buat entry baru dan explain balik.. ape yg benar. sbb takut ade org yg dah bace blog awak ni, dia dah hadam ape yg dibace, dan dia ingat "OH BTOL LA TU". so better u explain bende ni tak patut diikut.
anyway, sblm nak share pape, pastikan info tu adalah info yg betul, ok? lg2 soal agama dan bende2 yg boleh merosakkan iman kite.
sy mule2 nak pendam aje. biar org lain tegur. tp isk taleh la wak. takut tade org yg tegur awak. sy kalo dah ternmpk tu kene tegur jgk la. huhuhu.
update 24.10.11 (1.52pm)
saya ada tanya ustaz pasal ni, ini jawapan dari ustaz berkenaan:
Salam, menentukan hari tertentu itu baik atau buruk bukan kerja manusia sebab itubermakna telah mencampuri hak Allah. Tidak ada hari yang tidak baik, hari sial, bulan sial. Semua hari adalah baik, tergantung pengisiannya. Diisi dengan amaln soleh atau maksiat. Org zaman jahiliyah mendakwa tdk elok kahwin pd bln Syawwal. Lalu Rasulullah SAW sengaja kahwini Aisyah RA pd bln Syawwal utk menghapus kepercayaan khurafat itu. Ternyatav Aisyah menjadi isteri baginda yang paling disayangi. Anggapan ada hari tdk elok boleh membawa syirik dan khurafat. Oleh itu nasihat ustaz jangan percaya info internet diatas walaupun dikatakan dari Ja'far al-Sadiq. Ust bimbang itu tulisan Syiah. Wslm
update 25.10.11 (1.20pm)
untuk lebih pemahaman sila baca