Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Tuesday, November 19, 2013

Permata Hati Mama dan Baba (Part 2: Hospital Batu Pahat)

Salam,


My tired look 12hours after czer


My baby 4days old


My baby 1 month


My baby 45days (lepas bercukur)


Ok, back to our journey.....

My review tentang hospital Batu Pahat (Wad Kelas 2):

1) Keadaan bilik: ok la. so-so. but no complain from me. coz you get more than what you pay la...
But nasihat bagi org yg nak keselesaan & privacy. this definitely not for them. opt for 1st class or go private hospital. sbb bilik ni suppose 6 org per room tapi nurse letak 8 org, so tirai tu tak leh nak tarik kena kat org la. tirai sentiasa buka. dan sempit sikit dgn katil la, bby cot la. dgn laci lagi..

TAPI nak komplen sikit sbb tak leh nak charge hset.... aduh... tahu la plug tu n guna untuk brg2 hospital, tapi plug yg kosong tu bg la guna unt cas hset jap... kalau ada emergency nak plug brg hospital, kami patient mmg faham tu keutamaan nye. kami tak kan argue punye. tapi bg la kami nak cas hset kejap je... hset aku masa ni bleh la pulak bateri tinggal 1 bar je masa ni (ye la tak expect nak terus admit ward kan mmg tak prepare la). so pesan kat ayah unt bawak kan charger. sekali nak cas tak leh pulak nurse tak bagi...

aduh... dah la kita nak call suami lagi, pjbt nak call sbb dah janji dgn boss unt sentiasa on coming call incase ada emergency kat farm, nak sms dgn anak buah unt clarify small2 matter working related, nak baca surah2 dlm aplikasi hset, nak semak check list brg baby, nak baca zikir2 sambil letak earphone kat perut, nak inform kawan2 dah masuk ward, sedara mara dll, nak tangkap gambar nak masuk dlm fb, blog... hehehe... skrg ni zaman IT, tak kan nk guna getget kecik pun tak leh? tak kan nak kena ada simpan extra bateri? ala, masa tu tak femes lagi powerbank bagai... aku tak tau pun ape benda tu masa tu... kalau tak mmg dah beli dah...

2) Layanan nurse: pun so-so.
Lucky for me masa ni ada adik2 nurse praktikal... diaorg ni mmg la helpful. ok 1 aku nak pesan kat mummy2 to be tu, TOLONG lah cari tmpt2 yg buat kursus untuk ibu2 mengandung tentang delivery & breast feeding. aku nye knowledge 0. Teori ada la tu pun dari pembacaan... takde aplikasi amali or tmpat rujukan untuk bertanya...

aku penah tanye nurse kat KK masa aku week 25, then masa week 36 pasal ni, dia leh jawab nanti bila dah dkt nak bersalin dia terangkan pasal ni... heloooo, masa tu aku dah 36 minggu dah, doc kata bila2 masa je. memang takde penerangan apa... nak cari kelas2 berbayar masa tu mmg payah la kat area Selama ni.... yg aku respek kat KK Bagan, BP sbb dia ada je sentiasa wat presentation kat wad ibu2 mengandung tentang ni (masa aku check up kat sana ada tgh bagi penerangan pasal BF).

Lg pun masa tu mmg tak tau mana nak cari peer bf counsellor la, group KIM la, memang tak tau.... skrg ni dah ada la... tp tu yg aku kesal, knowledge masa tu mcm 0.

Adik nurse praktikal ni la yg ajar aku cara nak menyusukan baby... masa ni aku baru kuar bilik surgery (dlm 1jam) so lps doc check dia kata after 8 jam baru leh gerak2. tapi masa tu dah immediate letak baby kat sisi, dan my baby nangis nak susu... aku lak tak leh nak gerak lagi, baby dah jerit kuat.... nurse buat dono je... so, call la hubby suh masuk dlm untuk tolong... hubby angkat nak baby, aku pun terus je duduk nak nyusukan sambil duduk (err mmg tak tau nak susukan camne sambil baring), nasib ada adik2 tu nampak dan tak bagi aku gerak2 sgt lagi dan ajar nak nyusu sambil baring...
ajar camne nak latch dgn betul...





adeh... sengal aku ni... teoritically aku tau, tapi nak kena org tunjuk dan betulkan posisi kita masa tu baru konfident....

tu pun adik tu ajar kejap je sbb dah nak kul 8 diaorg nak balik.... aku terkontang kanting la.... dgn susu lak tak nak kuar, Mohammad Rizq lak jerit tak puas hisap... sampai luka teruk nipple. Nurse dtg tgk marah sbb latch salah nipple dah luka, then marah2 suh buat betul2 baru baby leh isap susu.... Heloo.... i'm first time mother la.... teknik tu tak mahir lagi...

aku tak tunggu 8 jam dah bangun duduk bangun duduk angkat dan letak baby sbb masa ni suami dah tak di benarkan masuk lagi..... nasib la... demi mu anak mak rela wpun nak bentan dah masa tu... senak kat tempat czer tak leh nak cakap la... tapi tahan je.

ok, ni tips nak tau betul tak cara kita bf tu:
http://www.parents.com/baby/breastfeeding/tips/breastfeeding-latch/

Masa tu ada la ibu depan aku mmg tak larat bangun, dia dah kuar bilik surgery (emergency sbb tak leh nak push kuar wpun dah ada bukaan 6-8cm) awal beberapa jam dari aku, bila dah cukup 8 jam, nurse paksa dia bangun duduk kat kerusi... tgk pun tau dia mmg tak larat lagi, mcm nak terhuyung hayang dia duduk.. mmg tak larat sungguh. nurse marah sbb manja sgt... duh.... kami (aku dgn geng elektif czer yg lain) tolong dia bangun, basuh muka tukar baju... sian kat dia. masa ni dah kul 11pm dah... then kami tolong dia naik atas katil nak tido... mlm tu dia nak bangun ke tandas, dia panggil nurse, diaorg leh buat tak dengar je.... aku pun masa ni baru tido sbb Rizq asik nak ngempeng je (dia lapar, susu tak kuar, cian sgt my baby), aku tak dgr dia panggil. sampai terkencing atas tilam ibu tu, then ada sorg kwn terjaga dan tolong dia bangun tukar baju semua dan panggil nuse.... masa dia cerita kami ni geram sungguh kat nurse masa tu....

i have a very painful BF journey at a beginning. next time kita story mory bab tu lak....

now, aku nak cite bab nurse... hehehe. ok, now the memory not so painful mcm masa 2-3 months awal dulu... skrg dah setahun, aku cm dah rasional sikit. cuma terkilan dgn sikap2 nurse mcm tu.... Bukan manja sbnarnye, cuma ada mommy yg lembut sikit & delicate nature... mmg diaorg mcm tu.... bukan semua org tough ye... At-least tolong la bantu sikit2... kami bukan nye selalu panggil pun... in fact, tak berani panggil pun sbb takut kena marah.... ada sekali tu dia marah, "you all ni asik nak suh nurse tolong je.. usaha la sendiri... kat sini takpe la ada nurse, nanti kat umah,youall buat la sendiri" buek... tipu... kat umah ada suami, ada mak nak tolong la... bukan berpantang sorg ye....

then, sblm ni (part 1) aku ada cite kan ada sorg ibu chinese yg pecah air ketuban masa daftar kad wad bersalin kan? ibu tu masuk wad lepas aku dah sehari czer... dia menangis, so kami tak berani nak tanye. nurse marah2 dia sbb ckp dia lembik asik nak menangis je... ape la ckp mcm tu... sbnarnye aku tgk she was trying very hard not to cry, tp tak lepas.... kami tanye la kat suami dia, suami dia ckp tak dpt tgk anak lagi, doc tak bagi. anak kat NICU... ptg tu dia nangis tak nak mkn nak tgk anak, tapi nurse tak bagi... so kami suh suami dia g tanye doc sendiri... then tah camne tah esok pagi lagi dia dah takde... dia nak g tgk anak gak wpun patut nye masa tu nurse tak bg sbb doc nak round kul 7... tgk2 kul 7 lebih tu dia blk meraung2 so tanye la kat suami dia kenapa, suami dia dgn air mata meleleh ckp anak dah takde dia dpt tgk kejap je... alahai, sedih nye.... nape la nurse tak bg tgk awal2, cian mummy tu....

ada lg 1 kes aku tak puas hati (ewah kes org lain, aku yg tolong tak puas hati nye, hehehe). ada la satu amoi chinese ni muda lagi umur 16 beranak, yg respeknye boyfriend dia (aka bapa baby dia) yg tolong jaga anak tu, asal nangis je dodoi2 kan, si ibu ni main i-pad. so, tiap kali baby dia nagis, amoi dia suh boyfriend dia masuk tolong la, tapi nurse lak marah2... mmg la org lain tak senang nak rehat, tp pada aku biar la, dia tak kacau org lain, dr dia biar baby dia nangis, anak aku pun bangun nanti (dah la susah nak bg Rizq tido). tu takpe lagi... Nurse siap ckp, "tu bukan nye laki u, eh u dgn dia takde apa2 tau, boleh break lagi. u ni kecik2 lg nak beranak, tak tau apa lagi, asik main game je. jgn harap kan lelaki tu je tau. dia bkn laki u lagi." Boleh? adoi, tu dah langgar batas2 tu, sampai semua org tau diaorg tu tak kahwin lagi. malu la amoi tu...

tolong la pertingkat kan sikit layanan/ kesopanan dlm layanan tu... bukan semua, tp kebanyakkan nye mcm tak ikhlas je keja... ada yg siap gossip pasal doc, ckp kuat2 sampai patient dengar & tahu diaorg bg gelaran kat doc mcm...

1 lagi, jgn la berkira dgn wad. tau la wad biasa ni selalunye org miskin... tp kami pun manusia gak kan...? tak layak ke kami dpt layanan yg elok sikit...  bukan nak dilayan mcm puteri, tak tak, tak perlu... layan je kami sebagai ibu yg dah keletihan berjuang untuk lahirkan sorg lagi khalifah Allah di mika bumi ni...

3) Layanan Doktor- ok je doc kat wad ni... cuma doc kat wad paed je aku tak berkenan... hehehehe (sbb Baby Rizq masuk balik hospital masa umur 20 hari nanti). Doc semua muda2...

4) BF friendly- definately breastfeeding friendly, or sometime too friendly....

sampaikan biar je baby dgn ibu. wpun baby menangis tetap paksa ibu susukan, dgn alasan semua org ada susu... tapi, tak nak spend masa unt ajar ibu2 ni... ops, sory bukan tak nak spend masa, tp ajar kejap, contoh nye, picit nipple ckp ha, ada ni susu, dah try susukan baby... owh, mcm tu je ke? atau tgk nipple dah crack, hm ni salah latch la ni, cuba awak bg latch betul2 bg masuk semua mulut kat kawasan hitam tu. ha try nipple yg lg satu... hai, nipple pun mcm tak kuar je cmne nak bg susu kat baby ni... boleh?

if you decide to be BF friendly hospital, please2 get a bf counsellor / peer untuk ronda2 wad bersalin dan ajar ibu2 ni... we need support, not scold.

Jangan sampai terlalu bf friendly, sampai ada ibu2 bagi anak minum air kosong dgn sudu sbb tak sampai hati tgk anak meraung menangis.... terlalu nak bf friendly sampai ada ibu seludup botol dan formula milk untuk bancuh dlm laci nak bg kat anak. ini bukan cerita di buat2, aku tgk dgn mata kepala sendiri... sedih....


No comments: