Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

KELEBIHAN RAMADHAN Copyrights © Ashtech Holdings Sdn Bhd http://www.ashtech.com.my

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Saturday, July 30, 2011

Pemenang GA kite......

Hai semua........

hm GA pun tdh tamat. diharap hadiah akan sampai ke tangan pemenang dengan selamat (ye encik posmen...) kalau pada 2hb hadiah tak sampai lagi, pemenang2 sila kontek i ok......

anyway, pemenang2 nye ialah:
1) Restless bitch
2) Kasut pink
3) Renee meow

tapi tak lupa juga untuk peserta terawal kita (cik emie deraman).... hehehehe, encik bee telah bermurah hati (setelah dipujuk berkali2, hahahaha) untuk memberi sesuatu....... sempena hadiah perkahwinan dia..... harap emie suka.....

Friday, July 29, 2011

3 Doors Down - Here Without You



ini dia pemenang tempat pertama...... TAHNIAH!!!!!

suka sgt lagu ni......

oh lega....

hm... lega2.....
hari ni line streamyx sudah okey setelah di komplen beberapa kali (dekat 2 minggu takde line).... hmmmmp....
boleh la melayari internet seperti biasa selepas ini....... hwahwahwa...
masa untuk blogwalking....

Sabhi Saddi Nadiku



ini pula pemenang ke-2....... tahniah juga....



kita nantikan pemenang pertama nanti......

DEWA 19 - LARUT




ini dia pemenang ke-3 GA kite.... tahniah <3


Saturday, July 23, 2011

GA dah tutup.....

Terima kasih diucapkan pada semua rakan2 yg sudi join GA ni...
hehhehe... ingat kan takde yg nak join.... maaf lambat feed-back wpun janji tamat 20july tu.... line streamyx area perak ada masalah, jd tak dapat online....

okey, ni senarai nama peserta2 GA:

1) cik emie - sedetik lebih (anuar zain)

2) nina isofea - because you love me (celine dion)

3) kasut pink - nadiku (sabhi saddi)

4) renee meow - larut (dewa19)

5) restless bitch - here without you (3 doors down)

6) zimie - dealova (dewa19 once)

(kalau ada lagi yg tak di tulis, sila bg tau secepat mungkin)

hehehe, wpun tak ramai, tapi amat berterima kasih pada semua..... sayang semua....

kesemua peserta diminta untuk email nama penuh, alamat, dan no phone ye sebelum hari isnin jam 11.59mlm.....

pemenang akan diumumkan kemudian (sebelum 29july 11.59malam). terima kasih semua.

Wednesday, July 20, 2011

pleaselovemeunconditionally 1st Giveway: Lagu jiwa lagu cinta.

Salam semua.....

Sempena kempen 'Bersih' hari ni (wpun i'm totally against it), dan bagi membersihkan akaun2 sebelum kupon2 ini expired (kerana saya bercadang nak gunakan nye pada hari ini, tp takut lak nak turun KL), maka GA ini pun diwujudkan lah.....

Syarat2 penyertaan;
1) be my follower
2) make a simple post tentang GA ini dan link back kepada blog ini / entry ini.
3) upload 1 music video lagu CINTA kegemaran anda (tak kira la bahasa apa sekalipun) dalam entry yg anda buat tu
4) tag 2 org rakan, dan make sure mereka tau di tag.
5) leave your link here
Tarikh tutup penyertaan adalah pada: 20 July 2011

Pemenang akan di pilih oleh en.bee dan adik pempuan saya.
Maaf ye saya tak reti guna program ramdom2 tu... huhuuhu, jd saya gunakan tenaga manusia untuk pilih mana2 lagu yg best untuk dijadikan pemenang. boleh la ye....


Hadiah2 nye adalah berupa kupon:

Tempat ke3: 2 keping kupon Groupon bernilai RM48 setiap satu
Hydro Spa Theraphy + Aromatherapy Facial
di Spring Dew, Amcorp Shopping Mall, PJ
Exp date: 9 Oct 2011

Tempat ke2: 2 keping kupon I Love Discounts bernilai RM65 setiap satu
Sothys Instant Glow Facial + Extraction + Eye & Neck Therapy + Scalp & Shoulder Massage + Foot bath + Refreshment
di Glow Beauty Sanctuary, The Strand Kota Damansara, PJ
Exp date: 18 Aug 2011

Tempat pertama: 2 keping kupon Milkadeal bernilai RM68 setiap satu
Balinese Full Body Massage + Full Body Scrub + Herbal bath
di Emperor Spa, Damansara Utama, PJ
Exp date: 26 Aug 2011

semua di jemput untuk memeriahkan GA ini ye... huhuu (^__^)V


Thursday, July 14, 2011

GA countdown: 6 more days

salam semua......

ini just short entry... nak remind mana2 rakan yg nak joint GA saye ada lagi masa.....

harap ramai2 lah join untuk memeriahkan lagi GA ini ye....

p/s: haha, mungkin ada yg takut tak sempat pasal dah nak expired dah kupon tu... tp Insya-allah tarikh tutup contest 20 July ni dan saya akan pos secepat mungkin (dan harap2 sampai sebelum 30 July ye....) \(^_^)/



Saturday, July 9, 2011

Friday, July 8, 2011

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu lirik by RioChikagu



lagu ni pernah dengar.... tp tak ingat ada dalam cerita apa..... baru2 ni dengar ringtone seorg rakan, lantas tertarik pula.... hahahha. so enjoy la ye lagu ni sementara tuan punya blog nak siapkan kerja dulu....

idea....

sebenarnye, ada banyak benda nak share dan tanya pendapat org lain... tp sbb bz dan letih sgt, idea nak menulis tu terbantut okey.... jd mcm takde mood.
hm... cepat la 12 july berlalu.... habis je tarikh ni, boleh pikir nak settle hal2 berkaitan majlis kahwin pula.... banyak benda yg KIV dah ni....
mula2 ingat ujung minggu ni nak turun KL (untuk terjah Pameran Pengantin dan shopping barang hantaran) tp takut lak ada demonstrasi jalanan.... dengar2 banyak jalan ditutup untuk 9hb tu dan juga jalan jem kat sesetengah area kat sana.... betul ke?
adeh..... rugi lak beli kupon untuk massage & wat facial di damansara.... mungkin boleh bg hadiah nanti pd sapa2 yang nak sebelum expired date kupon tu....
hm.... hm, ingat nak wat contest atau GA la next week.... hahahaha, ada yg mau join ke?

Thursday, July 7, 2011

oh~~~~

hm, lama betul tak ber'blogging' atau blog walking.

nak kata sibuk, tak le sesibuk mana. cuma internet line kat kawasan ni ada prob la pulak.... pihak yg terlibat pulak lambat amik tindakan sampai beberapa kali aku komplen...

haish.....

baru je mlm ni okey \(^.^)/.......

jd mlm ni nak blogwalking dulu ke

blog kamu,

kamu,

dan ye kamu juga....

hahahahha V(^__^)V