Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Wednesday, January 22, 2014

Remedi Kurus & Pelansingan + Sihat Cara Sunnah


Adapun, sang faqir ingin berkongsi remedi(ramuan) alamiah untuk ikhtiar bagi masalah kegemukan atau berat badan berlebihan.

Bahan yang sang faqir kongsikan adalah bahan yang mudah diperolehi, senang diamali, dan mujarab secara alami, insyaALLAH.

REMEDI UNTUK MENGURANGKAN & MENGAWAL BERAT BADAN

Bahanannya adalah :
Madu Lebah
Kurma
Minyak zaitun
Cuka epal
Minyak Habbatus sawda'

Kaedahnya: 
Sebelum tidur malam
- Madu lebah 1 hingga 3 sudu besar + Cuka Epal 1 hingga 3 sudu besar, dicampur ke dalam secawan air 100ml.
Diminum sebelum tidur. Pastikan tiada pengambilan sebarang pemakanan berat atau ringan sejurus selepas minuman ini diminum. (Sebaik mungkin pastikan membuang air besar sebelum sarapan)

Selepas Bangun Dari Tidur (Sebelum sarapan)
- Minum air putih 150ml (sebelum berkumur). Madu Lebah 1 hingga 3 sudu besar + Minyak Zaitun (EVOO) 1 hingga 3 sudu besar + Pati Habbatus Sawda' 1 hingga 3 sudu kecil, digaul kesemua bahan ini dalam satu cawan atau piring, kemudian ditelan. Tidak digalakkan berlapikkan air, air diminum setelah 15-20minit bahan di atas di telan.

Semasa Sarapan
- Displinkan diri memakan kurma sekurang-kurangnya 7 biji dan segelas air putih 200ml.

Selepas Makan Tengahari
- Ulangi langkah seperti sebelum tidur.

Sebelum Maghrib
- Minyak zaitun (EVOO) 1 hingga 3 sudu besar, di telan.

Malam sebelum tidur, ulangi langkah seperti yang tertera di atas.

Nisbah setiap bahan, 3 sudu minyak zaitun = 1 sudu madu lebah. 1 sudu madu = 1 sudu kecil minyak Habbatus Sawda'.

Tempoh pengambilan remedi ini bergantung kepada tahap kegemukan dan masalah berat badan individu. Sebaiknya diamalkan secara konsisten.
Dalam tempoh masa 14 hari, insyaALLAH akan diperlihatkan kesannya. 

Berat badan akan menurun secara yang alami tanpa ada kemudaratan. InsyaALLAH.

Elakkan atau kurangkan pengambilan minuman sejuk dan berkarbonat. Kurangkan memakan daging pada waktu malam. Aktifkan diri dengan riadah, walaupun riadah ringan. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segala urusan.


*Ramuan di atas SESUAI untuk penderita gastrik dan TIDAK SESUAI untuk ibu hamil.


copy dari Fb Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

No comments: