Mintak maaf jika keterangan terlalu panjang..tp luangkan la masa untuk membaca info yg sgt berguna ini...
Beraya di rumah saudara-mara, dan seperti biasa soalan cepu cemas anak dah berapa bulan?, berat berapa kg?, minum susu badan ke campur susu formula?, dan yg paling best soalan bila baby nak kena cucuk lagi? .
Hihi, soalan lain semua saya boleh jawab tapi yg last tu pasti ramai terkejut bila di beritahu saya memilih untuk tidak suntik vaksin anak saya. Respond pertama yg akan kedengaran adalah kenapa tak cucuk?, bahaya la tak cucuk!!?, dan yang pasti mesti nak tahu sebab apa tak cucuk vaksin, tak sayang anak ke??..
Hehe, maaf la sebab sy tak sempat nak buat list reason sy memilih untuk tidak vaksin anak, lepas ni insyaAllah sy akan printkan siap2 sebab musabab mengapa sy tidak ambil vaksin untuk penjelasan ye..
1). Sebab utama sy tidak ambil vaksin adalah kerana tiada satu pun vaksin yg di sahkan HALAL di Malaysia buat setakat ini. ramai di antara kita makan mcD/Kfc pun intai logo halal jakim, takkan nak suntik anak sendiri buat buta je mata tu. Namun, jika ada sila berikan nama dan pengeluar vaksin tersebut, then sure i will think again about that..
2). Alhamdulillah setakat ini anak sy telah di kurniakan vaksin yang paling baik pernah ada di atas muka bumi ini iaitu vaksin SUSU IBU. Thats mean my baby fully breastfeeding. So, sy amat percaya dan yakin bahawa susu ibu adalah imunisasi terbaik untuk setiap bayi mengikut apa yang disarankan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 233. Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi anak2 kita daripada sebarang penyakit merbahaya pada masa kini mahupun pada masa akan datang, sesungguhnya Dia lah yg Maha Melindungi lagi Maha Mengetahui.
3). Kandungan vaksin. Sy rasa antara sepuluh ribu ibubapa yg menghantar anak untuk di suntik mungkin hanya seorang terfikir untuk melihat, membaca dan memahami akan kandungan didalam vaksin. Sebagai contoh, sy berikan isi kandungan,
Vaksin Polio content ; 2phenoxyethanol, formaldehyde, neomycin, streptomycin, polymyxin B, monkey kidney cells, Eagle MEM modified medium, calf serum protein.
Ok wait2, cuba baca sekali lagi, "monkey kidney cells, Eagle MEM modified medium, calf serum protein"? apekejadah tu? answer? senang sahaja jawapannya hanya ada 2, first, bagi ibubapa yg terlalu banyak makan fastfood terutama mcD,kfc,pizzahut,burgerking,etc. pasti akan memberikan jawapan ah lantaklah janji anak aku sihat!! sihat?betul ke anak anda sihat??
Jawapan kedua pula, monkey kidney cells adalah sel-sel buah pinggang monyet, Eagle MEM modified medium adalah M.E.M burung helang yang separuh diubahsuai, calf serum protein adalah serum protein anak lembu. Hurm, cuba fikir sejenak, apakah tujuan memasukkan sel-sel buah pinggang monyet, M.E.M burung helang yang separuh diubahsuai, serum protein anak lembu ke dalam tubuh badan bayi kita? Apa tujuannya? Adakah anda memerlukan pHD untuk memikirkannya? Apa pula hukum memasukkan sel-sel buah pinggang monyet, mem burung helang yg diubahsuai, serum protien anak lembu yg saya pasti tidak di 'sembelih' mengikut cara Islam tetapkan?? Setakat ini jika anda mulai merasa ragu-ragu mengenai kandungan vaksin Polio ini saya cabar anda ke mana2 klinik/hospital dan dapatkan label kandungan vaksin tersebut. Baca dengan mata kepala anda sendiri baru anda perlu percaya. Di dalam Islam sendiri menyarankan apabila anda mendapat sesuatu berita itu kaji dan selidik dahulu KESAHIHANNYA, baru buat keputusan dan terpulanglah kepada anda untuk menentukannya. Mungkin saya perlu selitkan sekali kandungan Vaksin Campak a.k.a
M.M.R (Measles, Mumps & Rubella) ;
content vitamins, amino acids, fetal bovine serum, sucrose, sodium phosphate, glutamate, recombinant human albumin, chick embryo cell culture, WI-38 human diploid lung fibroblasts, neomycin, sorbitol, hydrolyzed gelatin. Ok please read again, ' recombinant human albumin, chick embryo cell culture, WI-38 human diploid lung fibroblasts '. Apakah??, recombinant human albumin adalah campuran albumin(sel darah) manusia, chick embryo cell culture adalah sel emrio kultur ayam, WI-38 human diploid lung fibroblasts adalah WI-38 diploid fibroblas paru-paru manusia yg mana code WI-38 sy pun tidak tahu kod apa dan sy sendiri tertanya2 dari mana datangnya diploid paru-paru manusia yg di masukkan ke dalam berjuta-juta vaksin MMR di seluruh dunia?.(adakah paru-paru ini di dapatkan melalui bedah siasat kematian?) Wallah'ualam...
* Please educated before vaccinated!
p/s : Learn from experience, Not learn to repeat the mistakes.
Ini ulasan dari Dr Hairin Anisa Tajuddin (peadiatrician)
Assalam everybody....
Sebelum kita pergi secara detail tentang pembuatan vaksin, mari kita lihat hukum vaksinasi dlam Islam spt dlm muzakarah tahun 1989 :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Program imunisasi campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus dan polio adalah harus di segi syarak kerana berdasarkan kaedah درء المفاسد مقدم على جلب المصالح" menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan " dalam perundangan Islam.
Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-penyakit tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci, sekiranya vaksin daripada bahan suci tidak diperolehi atau sukar diperolehi, maka penggunaan vaksin yang sedia ada adalah diharuskan.
Keterangan/Hujah:
Imunisasi adalah satu-satunya cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit seperti campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus atau polio. Mengikut kaedah fiqhiah iaitu درء المفاسد مقدم على جلب المصالح “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”, maka program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah sampai kepada peringkat hajat. Maka program tersebut adalah harus, kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar. Oleh hal yang demikian penggunaan vaksin dalam imunisasi itu adalah harus dari segi syarak.
Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 :
ولاتلقوابأيدكم الى التهلكة
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan".
Maka sebelum kita memutuskn sesuatu itu haram & tidak boleh, kita perlu ada ilmu yg mendalam & dalil yg cukup.
Saya ingin bertanya, adakah semua yg tanpa logo halal itu...Haram???
Ada beberapa produk yg diluar kuasa jakim utk mmberikan logo halal spt ubat2an. Adakah anda pernah lihat logo halal pd antibiotik?? Berbeza dgn supplement @ produk makanan & kosmetik yg perlu mndapat logo halal. Sedangkan semua vaksin yg diperkenalkan di malaysia telah mendapat hukum penggunaannya drpd mereka yg arif, & bukan orang2 biasa spt kita utk MENSAHIHKAN hukum. Tentang semua vaksin yg ada skrg telah lama di bawa ke Muzakarah oleh para alim ulama kita. Hanya vaksin yg menggunakan unsur khinzir shj yg disahkan haram & tidak diberikan di Malaysia.
Ok sekarang kita pergi kpd sejarah pembuatan vaksin....
Pada abad sblm 19 iaitu 1700-1800, kadar kematian terutama bayi & kanak2 berumur 5 tahun amat tinggi kerana serangan kuman2 spt batuk kering,batuk kokol, lumpuh polio & sbgainya. Kita perlu percaya setiap musibah, adalah ujian Allah swt kpd hambaNya. Tetapi Allah swt Maha Penyayang krn Dia mengurniakan akal yg cerdik kpd para saintis utk mengkaji cara utk mengurangkn kadar kematian tersebut. Contohnya saintis Islam yg bernama Ibnu Nafis yg menemui vaksin cholera pd tahun 1830an...maka bioteknologi perubatan berkembang untuk mencari penyelesaian & penemuan vaksin satu persatu e.g BCG ditemui pada 1927...
Sebelum anda melatah tanpa ilmu, saya akan berkongsi ilmu tntg cara vaksin bertindak melalui 2 jenis:
1) Vaksin yg menggunakan particle/sebahagian protein dari kuman & ia dimasukkan ke dlm tubuh kita.
Apabila tubuh kita mengenal bhgn tersebut, tubuh menghasilkn antibodi yg spesifik utk kuman tersebut.
Jika kuman sebenar datang menyerang, antibodi yg telah terhasil kan melawan kuman yg menyerang.
2) Vaksin yg menggunakan virus hidup yg telah dilemahkn...macam ular yg dah hilang bisa. Virus hidup ini dimasukkan ke badan kita & tubuh kita akan menghasilkn antibodi yg juga specifik kpd virus ini.
Contohnya, mumps rubella, measles...tapi, sbb kuman ni dah lemah, antibodi yg dihasilkn oleh tubuh akan membunuhnya.
Tubuh kita ada memory cell yg akan menyimpan data tentang kuman yg kita telah terdedah secara natural @ vaksinasi. Tapi, bila kuman menyerang secara natural, hakikatnya lebih sakit & boleh bawa kematian kpd bayi @ kanak2 yg belum kuat sistem imunisasi tubuhnya. Apabila telah diberikan vaksin, memory cell akan menyuruh semua askar tubuh kita menghasilkn antibodi & membunuh kuman yg menyerang.
Justeru, vaksinasi adalah langkah pencegahan terbaik sblm ramai kanak2 dijangkiti. Malah, kuman zaman sekarang banyak yg sudah kebal antibiotic.
Saya percaya sangat dengan penyusuan ibu sangat baik untuk bayi. Sebab itu saya berjuang dlm penyusuan ibu. Namun, bukan semua antibodi yg specific utk semua kuman di dunia ada dalam susu ibu. Yang banyak dlm susu ibu adalah IgA yg menghalang perlekatan kuman & toksin terutama dlm usus bayi. Namun, antibodi yg specific spt IgM & IgG hanya sedikit. Kandungannya amat bergantung kpd kandungan antibodi specific dlm tubuh ibu. Jika ibu tiada antibodi e.g pertusis & bayi pula dijangkiti pertusis....bayi akan mengalami simptom yg boleh mmbawa maut!! Kita orang dewasa punya askar yg kuat utk melawan kuman...tetapi bayi tidak kuat!! Malah, vaksin yg kita dapat sms kecil bukannya mmberi perlindungan sepanjang hayat..antibodi yg terhasil dulu sudah berkurangan dlm tubuh kita. Justeru, para ibu janganlah ingat kita ada semua antibodi dr vaksin yg kita pernah dapat. Kita orang dewasa bolehlah mengamalkan semua mknn sunnah spt madu, kurma...tpi bayi kecil belum boleh diberikan mknn tersebut. Mereka perlu dibantu dgn pemberian vaksin juga utk mencegah.
Sekiranya anda khuatir tentang proses pembuatannya, maka anda kena belajar dulu untuk jadi saintis, baru anda boleh mengatakan keburukannya.
Anda tidak faham apa maksud rekombinan sbb itu anda melatah.
Ok, rekombinan adalah teknik yg menggunakan unsur asal spt mengambil serum @ darah manusia utk mendapatkan DNA, & melakukan pengubahsuaian spt memotong, menyambung rngkaian DNA tersebut & menghasilkan rekombinan serum albumin. Pengklonan berlaku utk menghasilkn produk yg banyk & bukannya saintis menggunakan serum manusia yg sebenar!! Ok, ttg monkey kidney cell : mereka yg cerdik pandai telah menghasilkan kultur sel dari yg sel yg sebenar dari monkey. Sel asal dikembang biakkan utk jadi banyak dlm makmal & digunakan pula utk membiakkan virus. Para saintis tidaklah kejam samgat nak bunuh beribu ribu monyet just utk produce vaksin. Mereka mengambil cell asal tu pun bukan dengan membunuh monyet tersebut. Dan yang saintis ambil, bukan sel monyet tuh untuk masuk dlm tubuh manusia. Mereka ambil particle bacteria @ virus yg telah dibiakkan itu je...mcam kita tanam sayur, kita bukan makan tanahnya kan... Kita ambil sayurnya aje....
Then, Eagle MEM modified medium tuh pulak bukannya ambil cell dari helang!!! Klu tak tau...bertanya dulu yer!! Itu adalah larutan medium yg digunakan utk mengkultur sel secara sintetik!! Eagle tuh adalah sempena nama saintis yg menemui kaedah tersebut iaitu Harry Eagle. Hmm...tuh laa, cepat sangat buat spekulasi!!
Serum protein anak lembu...bukan perlu membunuh anak lembu utk dapatkan darahnya. Macam kita diambil darah, adakah doktor bunuh kita dulu? Hehe...lawak betul pemikiran anda yg benci sgt dgn vaksin nih. Dah tak perlu pikir pasal sembelih @ tidak!!
Ok, human lung fibroblast tuh, mereka saintis nak buat kajian perlu mengikut protokol & etika perubatan. Mereka bukan semberono ambil tisu paru2 manusia then bagi kat baby!! Mereka ambil tisu fibroblast dr paru paru2 janin yg telah keguguran. Itupun mereka ambil setelah mendapat keizinan dari ibu bapa yg tidak mahu menanam fetus yg lebih kurang 10-16 minggu. Tisu paru2 tersebut di kultur & dibiakkan dgn banyak...untuk menjadi medium pembiakan bacteria @ virus. Mereka bukan mengambil beribu ribu janin utk ambil fibroblast tuh. Kalian ni ingat senang ke nak ambil tisu fibroblast dr janin yg kecil mcm tuh.?? Sbb itu mereka guna teknik kultur!! Ada faham?? Dan macam monkey kidney cell tuh juga, bukan mereka ambil lung fibroblast tuh masuk dlm vaksin! Mereka ambil virusnya aje.
Then, dlam insert kertas dlm vaccine tersebut amat tulus memberitahu professional perubatan ttg apa medium & bahan kimia yg digunakan dlm proses pembuatan vaksin. Mereka yg bukan ahli perubatan tidak layak & sepatutnya membaca apa yg tertuilis sbb bila anda membacanya, semua akan jadi melatah macam kes nih lah.
Pernah tak anda tengok mee segera & mknn segera yg anda makan dgn tulusnya menceritakan cara pemprosesan & apa sebenarnya bahan kimia yg digunakan?? Tak da kan?? Mereka sbnrnya menggunkan bahan kima yg juga merbahaya pada manusia spt saccharin, cyclamate (dlm proses minuman segera), nitrosamin (proses buat keju, korney, ham) dll yg semua toksik. Tapi, klu mereka bgtau, pasti semua manusia dah tak beli produk makanan dr kilang. So, fikir fikirkanlah, sebenarnya apa yg anda mkan termasuk sayur yg anda beli kat pasar tuh pun semua mengandungi bhn kimia berbahaya. Tapi tubuh kita pandai, & insya Allah mampu utk menyahbuangkn toksik tersebut dgn amalan pemakanan Rasulullah saw.
Berblik kpd vaksin, memang bahan kimia tersebut ada digunakan utk pembuatannya. Klu tak da bahan kimia dalam dunia nih, tak taulah kita semua nih jadi macam zaman neopolitan lagi kot...semua guna sumber bahan asli...
Formaldehyde bukan dimasukkan dlm vaksin tetapi digunakan dlm proses mengkulturkan sel supaya sentiasa segar utk pembiakan virus. Klu saya cerita panjang ttg bahan kimia yg lain, alamatnya saya tak makan & mandi berhari2 sbb ceritanya terlalu panjang. So, dipendekkan disini, tiada bahan kimia, tiadalah sebarang produk dari kilang di muka bumi ini ok...Wassalam
Maaf, saya baru kesempatan buka FB sekejap nih. saya mmg x nafikan yg orang yahudi sgt

jahat & cuba menghancurkan islam. Namun, dr segi vaksin, ia adalah program diseluruh
dunia tidak kira agama & bangsa. Logik akalnya, klu mereka gunakan vaksin utk hancurkan
umat Islam, mereka x beri vaksin kpd kanak2 seagama dgn mereka & tak berikan vaksin
secara worldwide....mereka akan berikan pd umat Islam aje. Sebenarnya, cara mereka nak
nenghancurkan Islam adalah menggunakan orang Islam yg berpemikiran sekular, & orang
Islam yg munafik itulah yg menghancurkn Islam secara terang & secara bersembunyi.
Bukan mereka guna vaksin utk perangi orang Islam...
Just sharing. WHO statistic showed increasing number of wild polio virus from 223 to 355, this incidence found from pakistan, nigeria, kenya, afghanistan, cameroon, syria, ethiopia. The people from these countries are coming to Malaysia for many reasons, esp for job seeking, but we dont know how they have been protected with vaccine before they come, they may carry this virus all over the world.
I'm just afraid that, if more babies unvaccinated, our community has reduce in herd immunity, & thats it!!! this wild polio virus may attack unvaccinated babies & children in next few years...the incidence later in one unfortunate child will be stated in WHO statistic record is from Malaysia. Once incidence started, the number will grow...I'm very scared. So, please parents, prevention is better than cure.
Dalam fiqah, perubatan dalam islam, ia bukan bersifat ta'abudiyyah (tunduk & patuh kpd perintah Allah tanpa mengambil kira ia rasional @ tidak...e.g solat).
Perubatan mengikut Islam adalah ia mengambil kira rasional serta berdasarkan sbb & kepentingan @ maslahat yg dapat difahami oleh mukalaf. Maslahat2 yg dikehendaki syarak dlm Islam adalah menjaga kepentingan al-daruriyyat, al hajiyyat & tahsiniyyat.
Ketiga2 kepentingan itu bertujuan memelihara agama, akal, jiwa, keturunan & harta.
Penjagaan kesihatan sbg contoh pentingnya menghindarkan kesulitan drpd meninpa manusia. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan darurah & hajiyyah bahkan ia menjangkau kpd perkara2 tahsiniyyah.
Apa itu daruriyyat : tujuannya menghindarkan kemudharatan kpd agama, nyawa, akal, keturunan & harta. Sebarang tindakan yg mencabul 5 perkara itu, dipanggil mafsadah (merosakkan). Apabila keperluan ini tak dipedulikan, manusia tak boleh hidup normal. Bila ujud keperluan ini, diharuskan perkara terlarang iaitu RUKHSAH.
Hajiyyat : keperluan yg dapat menghindarkan kesulitan yg dihadapi dlm kehidupan sekalipun tidak mengancam keselamatan 5 perkara di atas. Keperluan ini mengharuskan apa yg dilarang. Contoh vaksin.
Tahsiniyyat : keperluan yg hanya menambah keselesaan bukannya menghindarkan kesukaran i.e perancang keluarga.
Maka ayat Allah dlm surah Al -Baqarah, ayat 85, maksudnya Allah mahukan kamu beroleh kemudahan & ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Rujukan ; buku Fikah perubatan
Kepada yg anti vaksin atas alasan agama, fikirkanlah nyawa & kesihatan anak2 anda & anak2 orang lain juga.
Asal satu perkara adalah harus sehingga ada dalil yg menunjukkan keharamannya.

1 comment:
Thanks for writinng this
Post a Comment