Assalamualaikum...
Hari ni nak cerita pasal satu produk kegemaran saya, Ostematrix atau nama singkatan nya Oste.
Saya mula ambil produk ni masa Ogos 2016. Baru je... Sebelum ni saya ambil 1 produk brand farmasi :), tapi tak nampak kesan positif yang nyata. Kemudian bertukar kepada secara alami (natural).
KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT
1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.
2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis.
Pengambilan Kalsium diketahui dapat :-
- Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
- Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
- Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
- Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan
MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH
1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis
3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.
(source: http://www.cantiksihatsemulajadi.com/2014/04/wanita-kebaikan-dan-manfaat-kalsium.html)
Saya memang semenjak muda remaja lagi ada masalah kaki selalu lenguh-lenguh, maklum lah orang tak minum susu jadinya memang kurang kalsium.
Sakit-sakit badan tu memang tak yah nak cakap la. Paling kerap simpul biawak dan kebas kaki.
Sampai la masa nak benikah, duduk bersimpuh sikit punya lama tak begerak-gerak, sampai sesemut kaki. Bila habis akad nak duduk depan tok kadi untuk sarung cincin dan lafaz taklik, bangun-bangun jatuh tersepuk balik sebab kaki kebas. Lepas tu nak jalan lagi tak rasa kaki langsung sampai terkehel terseliuh...
Masa ni lepas kahwin tak ambil supplement kalsium lagi, bila mengandung je 2 bulan lepas tu, terus cuba nak minum susu. Masa ni try anmum coklat yang dalam kotak tu... Tapi tak boleh nak telan... Aduh... Bila bincang dengan Doktor, dia beri pil kalsium. Bermula la rutin makan pil kalsium ni. Sampai bersalin...
Masa pantang anak pertama pun beli pil kalsium dan vitamin d. Tapi masih lagi alami masalah yang sama. So berhenti ambil pil. Bertukar kepada alami.
Sumber kalsium ada banyak, antaranya susu, sayur brokoli, yogurt, cheese, badam dll.
Tapi nak makan yang semulajadi nak beri cukup kalsium, agak mencabar. Jadinya bila keadaan semakin teruk, sebab menyusukan anak, saya pun cari alternatif lain. Research dan tanya pada kawan-kawan, ramai yang cadangkan Oste ni. Maka saya pun cuba la... Alhamdulillah, Kesan nya amat lah memberangsangkan.
Lepas habis botol ke 2, dan bila order botol ke 3, terus ambil keputusan nak jadi ahli. Sebab bila kita percaya dengan 1 produk, kita pun nak orang lain pun cuma juga. Mana tahu serasi.