Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Wednesday, December 28, 2011

prosedur nikah di Johor

hai semua (erk, ada ke lg org yg baca blog ni?....

lama nye aku menyepi... banyak sebab.
1) streamyx sangat slow
2) buzy kerja
3) takde gambar nak update. kamera hilang....
4) asik2 balik kg atas urusan rasmi dgn pejabat agama.... hahaha.

ok, back to the topic.

1st: dah settle borang kebenaran nikah dgn pejabat agama johor..... cuma nk bawa borang ke tok kadi @ juru nikah saje.

jd bagi B2B Johor yg tak tahu lagi prosedur nye, ini ada step2 nye:

1) ambil borang di pejabat agama. kalau kat batu pahat, tingkat 1 kaunter 1@2. bayaran RM5. borang dalam tulisan jawi, tapi boleh isi dgn huruf rumi.... then isi2 semua.

2) buat HIV test (buat di mana2 klinik kerajaan. ada yg kena buat appoinment dulu, ada yg boleh walk-in je. kami walk-in je. jgn ke hospital pulak ye...) borang dr jabatan agama masuk dlm sampul, yg dr klinik tu kepil kan je sekali. oh, jangan buat awal sangat pasal kena 3 bulan sebelum tarikh nikah ye.

3) pergi kursus kahwin (kat mana2 pun takpe janji yg di iktiraf jabatan agama). kepil kan sekali sijil asal dgn 2 salinan, pasal nanti nak di cop pd sijil asal tu.

4) pergi ke ketua kampung masing2, untuk buat surat akuan bujang. dah ada kat ketua kampung, tinggal isi dan bayar Rm5 je. lepas dia cop, p la photostate 1 salinan.

5) bawa sekali borang kebenaran pihak lelaki yg dah lulus tu untuk di kepil kan pada borang tu. photostate 1 salinan barang yg depan tu.

6) jgn lupa pula 2 salinan kat penganalan b2b, 2 wali, 2 dari setiap saksi (2 org lelaki yg bukan adik-beradik)

7) bagi anak perempuan sulong kena bawa juga salinan sijil nikah ibubapa.

8) hantar kat kaunter 3@4 untuk disemak dan di beritahu bilik temuduga.....

9) jangan panik. soalan asas sahaja. soalan mungkin berbeza2 ikut nasib. aku cuma di suruh mengucap berserta maksud, niat solat subuh, zuhur dan marghrib, dan niat mandi hadas. sekejap je, mungkin sebab org ramai....

10) lepas siap bawa borang temuduga tu dan hantar ke kaunter 1@2 semula.... bayar RM17. settle. nanti dia bagi borang lain untuk di isi dan serah pada tok kadi.

jelas?

untuk pengetahuan, di batu pahat (dan seluruh johor rasanya) tidaklagi digalakkan untuk menikah di masjid. kata ayah, bukan tak dibenarkan, tp tak di galakkan, pasal nanti lepas nikah, nak pegang2 cium2 gambar2 dalam masjid, jd tak elok pula.... jd lebih baik buat di luar masjid (di rumah ke, dewan ke, hotel ke)....

mas kahwin nye= tak pasti. dengar kata ada ura2 nak naik kan mas kahwin. tapi tak confirm lagi.
upah nikah= tak pasti juga. pihak lelaki kena standby RM150.







5 comments:

Fasilitator Schoolnet SMK Bukit Gambir said...

TQ 4 SHARING..... ;-)

AZIE said...

Salm.. Nk tnye.. Kenapa hiv tu jgn ke hospitl? Hospital tkde hiv test ker? Awak walk in tu klinik kerajaan mane ye?

Glory jane said...

hai Azie...
masa saya g hospital, diaorg kata hospital takde buat HIV test. sbb diaorg kata sibuk... nurse suruh saya ke klinik kerajaan je (kk)
mcm saya, since saya keja kat perak, saya buat kat kk kt perak je...

Unknown said...

salam..juz nk tye..kalau bakal lelaki asal sarawak..tapi alamat johor..surat akuan bujang 2 nk amek kt mane? majikan plak non muslim..
ape beza saksi borang dan saksi mase akad nikah nnt..

Glory jane said...

sorry feeyka Khadeejah... tak perasan komen ni sbb tak buka komen lama...
kena tgk IC. kalau IC johor amik kt johor. kalau IC sarawak amik kat sana. tp kalau nak amik kat johor, kena amik surat akuan bermastautin je kalau tak silap akak...
kalau surat akuan bujang majikan non muslim, baik amik kat ketua kg jer...

saksi pada borang ialah saksi yg kenal kita ni dan lebih baik kalau org2 masjid (tapi bukan saudara & adik beradik), saksi masa nikah pulak boleh je nak amik siapa2 yg datang (tapi akak tak sure adik beradik boleh tak, tapi adik ipar boleh)