Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Thursday, June 2, 2011

luka lama berdarah kembali.... itu yg kau panggil kawan?

hm... tajuk agak sensasi ye.... dan entry akan panjang berjela ari ni....

sebenarnye semalam menerima kunjungan seorg 'rakan' lama & juga teman sekerja (and soon going-to-be ex-colleague). dia datang sini nak hantar kad kahwin dan amik recommend letter from bos.

panjang ceritanye kalau nak story dari awal. tp kena gak luah kan rasa sedih ni....

kiteorg dah kenal lama sejak zaman U lagi. tp rapat masa duduk serumah tahun 2006. dan decide going job hunting together. so, kami ber2 diterima bekerja di syarikat yg sama dan tempat training yg sama. supposedly, aku kena bertugas kat area lain lepas habis training, tp tempat tu tak fit for ladies (rumah yg disediakan ok cuma kawasan area tu tiada perempuan), so my place was replace by another male colleague. and i stay with her-who-i-call-friend and the trouble begins.

tak tau la kat mana cacat dan celanye aku ni, tp like i said before, aku ni memang cepat cemburu. so, yes, i admit aku memang cemburukan dia. amongst us trainee, memang dia yg paling cantik + peramah + pandai berkata2 + bijak + pandai amik hati bos. so, memang aku cemburukan dia. tp takde la sampai nak tikam dia dari belakang. i still consider her as one of my few friends.

per'musuh'an kami start sejak aku ber'couple' dengan en.bee (tp bukan bergaduh bagai, cuma kurang rapat). dia memang terus terang cakap, aku tak sesuai dengan en.bee, tak setaraf katanye. well, aku tak marah. sbb prinsip aku, KLAU ORANG NASIHAT, AKU BOLEH DENGAR, TP BELUM TENTU AKU IKUT KATA DIA. Aku memang tak kisah..... sbb aku tak penah amik campur hal dia bercouple2 wpun aku tak suke kadang2 dengan tindak tanduk dia. aku tau, aku takde hak nak larang dia, dan walaupun dia pilih lelaki yg salah, it's her choice. kalau dia terluka, aku akan tetap ada kat sisi dia dan menyokong dia. to help her heal (without prejudice, i hope)

nak jadi kes, satu ari kami plan balik kg bersama masa bulan puasa, sbb nak shopping di sogo dulu. dia call pakwe dia, nak jumpe. serious aku memang tak kisah. tp pakwe dia bangsa asing (sbb dia memang TAK SUKE lelaki melayu yg kasar, tak caring, tak gentleman & selekeh <---- itu pendapat dia lah. sbb tu aku tak nak start, bila aku start, dah jadi mengumpat pula). korang faham kan? ok, sape yg tak nak dapat dosa, sila lah berhenti membaca, aku bila dah start umpat, susah nak stop. part ni aku tak penah nak cerita kat sesiapa pun kecuali kat en.bee dan one of my close friend.

kali ini bf dia yg aku jumpe tu 'negro' (sebelum ni ada pak arab, mat salleh atau mix2 aku tak pasti). maaf juga kepada yg pernah ber'balak'kan bangse negro, bukan aku nak keji bab bangsa atau apa, ini cuma pendapat umum aku. sorry again.

berbalik pada cerita tadi, dia ajak bf dia jumpe. bf dia lak bawak sorg lagi kawan. untuk di introduce pada aku ye. from this part i feel insult okey.... bukan sbb dia nak introduce aku pada bangsa yg dia suka, itu aku tak kisah berkawan2, as-long-as they respect me. dah le dia sibuk berkepit2 or boleh aku katakan berpelukan di khalayak umum di waktu siang di bulan puasa, kawan nye yg jahanam itu pun sibuk tanye aku ni dara lagi ke tak? hello.... ape ke hal nye ko nak tau... if i say no... so what? (sorry, itu bukan hal nye yg buat aku sangat bengang) dara or not, tu bukan hak dia nak tau. itu hak suami aku.

dia boleh pulak cakap wpun aku dah ada boyfriend (sbb dia tanye, aku cakap terus terang aku dah ada bf, and aku tak interested nak berboyfriendkan dia... uweksss), dia lebih hebat dari segi zahir dan batin dari en.bee..... helloooo, perasan tul mamat negro tu. padahal en.bee jauh lebih kacaks dari dia ye. dia cakap bahasa omputeh la. tu ala2 interpretasi aku. pastu dia ajak aku p umah diaorg pasal malu la org lalu lalang tengok (helo... memang la org tengok, dah 'kawan' aku dgn balak dia dok berkepit sakan bulan puasa). masa ini aku memang nak naik marah.

kalau korg rasa terhina tak? rasa macam perempuan jalang tak diperlakukan macam tu? korg rasa macam mana bila kawan korg buat mcm tu kat korg....?

aku memang cakap direct, kalau korg nak p, p la. aku nak balik. balak si perempuan who-i-call-friend tu pulak pakse2. ajak gak p umah dia. masa ini aku memang nak cabut dah. sebab takut. aku kata tak nak juga. aku suh diaorg p je, sbb aku memang nak shopping kat sogo. lama2 diaorg mengalah la kata dan kata lepas kami shopping dia janji nak jumpe dengan 'kawan' aku tu.

aku lak siap shopping, angkut beg dan blah. tak tau le dia jupe ke tak dengan 2 org tu.... balik2 mase cerita kat en.bee atas bas, aku siap aku nangis2 lagi tau. en.bee pun punye la marah, tak bagi aku terus kawan dengan dia..... tp aku ni degil, aku kawan jugak lagi.....

kan aku penah cerita dulu en.bee dan aku keja 1 kompeni, lepas kes tu en.bee terus hostile dgn 'kawan' aku tu... ye lah, aku faham. memang patut dia bersikap mcm tu. patut aku yg lebih2 bersikap mcm tu. tp bila pikir dah kawan lama, aku pendam jer.

kes ke2 lak, masa ni kompeni kekurangan upper managemant staff. so, salah seorg dari kami diarah kan untuk berpindah. aku memang tawar diri untuk pergi atas beberapa sebab peribadi. di tambah lagi 'kawan' aku tu memang tak nak pergi langsung, so aku ambil peluang ni untuk menjarak kan diri. dan memberi pengajaran untuk bos aku (salah satu sebab), nak tunjuk kat dia, wpun aku ni senyap, masa meeting tak bg banyak input, tp kadang2 input dari 'kawan' aku tu datang dari aku. cuma aku tak le poyo nak cakap kat bos, "eh, idea saya tu dia sebut." tak ke bangang nama nye tu.... so, aku nak biar bos tau sapa yg banyak buat kerja, sapa yg banyak bercakap. maksud aku, bukan dia tak buat kerja. tp selalunye kalau ada tugasan, kami akan brainstorming antara kami dulu. compare info & idea. tp bila meeting dgn bos, dia bijak bentangkan hujah2, aku jd mcm org bodoh. senyap je. tak boleh nak mencelah.... jadi aku nak pergi la ke tempat baru memandangkan tu cuma temporary je until dapat staff baru. nak biar bos tau, aku ni pun berguna juga.

masa aku takde, en.bee lak berperang besar dgn dia (ditambah2 lagi atas cucukan di sekeliling). ramai gak yg berperangai setan di sekitar kita (bak kata pepatah, syaitan bertopengkan manusia). aku terus suruh en.bee resign. rezeki ada kt mana2, bukan nye susah nak cari, antara nak dgn tak je. sbb perang besar antara en.bee dgn dia tu aku rasa memang dah tak boleh nak bekerja lg dgn 'kawan' aku tu. lebih2 lagi dia sendiri call aku bg tau dan ungkit2 pasal taraf en.bee dan ugut nak lapor polis. masa tu aku terus snap, and that's it. sampai sini je la persahabatan kita.

selepas temporary period, aku kembali ke tempat asal, but memang aku cakap terus terang kt bos aku tak boleh kerja dgn dia.... jadinye kat sini secara rasmi nye aku la yg jadi org jahat. semua kata, isk kesian nye 'kawan' aku tu..... semua simpati kat dia, pasal dia kena pindah department lain. aku tak nak berganjak. aku nak posisi aku gak. padahal dia pindah tu naik gaji lagi hampir seribu, takde sape tau kecuali aku sbb aku ada masa meeting tu. memang org semua cop aku ni jahat. aku malas nak explain lebih2 kt bos, kat semua. no point. aku pun takde mood nak cerita keburukan org.

last sekali yg agak mengguris hati aku, lepas kami g chiang mai. aku memang la tumpang dia masa pergi dan balik airport. aku ni sedar aku menumpang jer. tp kami gerak dari KLIA agak lewat. singgah rumah adik dia dulu. dah lewat baru gerak balik. aku dah sense dia cam berat hati nak hantar aku balik, tak sampai rumah aku pun, sampai tol je. coz dari tol tu ke rumah aku ada la dalam sejam setengah lagi. dari tol itu juga sampai rumah dia ada la 15minit. tp itu pun dia berat hati, dia tanya; boleh ke dia drop aku kat stesen bas ipoh? sebab? mlm ni dia nak tdo ipoh nak jumpe pakwe dia dulu (oh, yg ni pakwe yg lain, kalau tak silap pak arab pula). aku cakap ok la, fine, takpe.

aku berhenti kat stesen bas gopeng. masa tu malam. dekat kul 8. nasib baik ada bas lagi dekat ipoh. dari ipoh ke umah aku ada la 2jam setengah. nasib tak baik lak dapat tiket bas kul 10. sampai umah dekat kul 1 okey. kalau aku lelaki takpe. tp aku ni perempuan. bahaya tau tak...? aku memang la tak bising2, malas nak ungkit2 sbb aku ni menumpang. aku malas gak nak sentap2. aku tak cite pd siape pun hal ni kecuali en.bee sbb dia yg amik aku kt pekan. bas ke area umah aku dah takde dah masa tu.

sbb tu aku marah. aku tak bercakap dengan dia kecuali hal kerja. semalam jumpe dia lagi. datang nak bagi kad jemputan (dengan rasa bangga nye dia hulur kad). kahwin juga dia dengan bangsa asing dan akan berpindah ke luar negara ikut suaminya...... aku tak cakap banyak, ucap tahniah je. tp memang aku tak akan datang le.... faham2 je la, aku masih rasa sedih.

kepada sesiapa yg bersuamikan atau berpakwe kan org asing, tolong lah jangan berlagak lebih. tak bermakne korg tu ada pakwe bangsa asing kira tahap korang lebih tinggi dari yg bersuamikan lelaki melayu ni.... tolong la jangan eksyen lebih.... aku bukan jeles, langsung tak... cuma rasa simpati je dengan mak bapak dia. ada gak kenalan aku yg lain bersuamikan bangsa asing, tp tak kerek pun... tak penah perlecehkan bangsa melayu pun.... tetap akan kembali ke tempat asal. menjunjung adat dan budaya melayu juga akhirnye....

cume aku rasa bos aku pandang aku semacam je. macam le aku ni penyebab dia berhenti....

"ala, kalau bos nak, saya pun boleh berhenti keja la. tak hingin la saya nak rampas jawatan dia. tak kebulur. dia nak berhenti tu hal dia. jangan salah kan saya...."

teruk betul bos aku ni.... asik aku je yg jahat. cuba la sekali-sekala pandang kes ni dari sudut aku lak. selidik kenapa aku bersifat mcm ni dgn dia. bukan sebab aku jeles la... kalau kena kat anak pempuan dia. ha, baru la dia faham perasaan aku ni.....

8 comments:

A.N.A said...

ok..tlg menyirap jugak utk pihak jane okeh...kalu lala,dh lama kena sembur ngn lala minah tu coz lala jenis yg cpt hangin..dia ingat stakat kawen ngn bangsa asing tu org hadap sgt ke..plssssss la..tlg jgn perasan la..kalu ko dpt yg okeh,okeh la..kalu dpt yg jenis habis madu sepah dibuang baru ko rasa minah wei...adoiii..nk je aku seligi kepala minah tu ngn bos jane skali..nama aje bos tp otak letak lutut...panas jap...x pe,rezeki kita Allah dh tetap..

Fatin Fairuz said...

jane..bukan maen panjang entry ni..tp berjaya gak dihabeskan bace =)..

Bos tu slalu nmpk u salah sbb mungkin "kawan" u tu pandai jilat-jilat bontot bos kan..tu psl..bos nampak tang baek jerk kat dier..nmpk jahat jerk sume kt u..kalo me pun..mau larik kalo ape tu..bf die ajak dtg umah??mak larik dulu nyah!tak pasal jerk..hoho..

Takpe lah..selalu mesti ada something utk org yg sbr kan ;).samada lambat atau cepat..mesti ada..insyaAllah..be strong..rezeki bersepah-sepah lagi..maksud sy..rezeki ada di mana-mana..hehe=)

Cik Lijah said...

tensyen gak dgn minah ni....meh nak penampor skali.....dgn balak negro die tuu....

adduuiii...org plak sakit hati...ha3...
**mslh jiwa nih...

sabar jane......sabar lijah....
pening gak kan tgk perangai manusia zaman skrg...
macam2....

yg penting kite tau diri kite, Allah tau diri kite....kami pon tau kedudukan jane...
be strong kay...(^_^)

Anonymous said...

entry mcm budak budak, from my point of view, u yang jealous kat dia.. tak suka tapi menumpang ? what the hell? mcm talam dua muka je u ni.. seriously.. sorry i judge dr ur writings la kan.. tapi nampak sangat la kau jealous kat dia, and sumore nak kaitkan bf orang asing?? wth? mcm takde kaitan.

Glory jane said...

ana, cik lijah, fatin:
thank for your understanding & support

anonymous:
yes, maybe i'm. yup. wpun entry budak2, thanks la sbb baca juga. org asing or not tu bukan kaitan. ye la kan, org melayu pun ada perangai mcm tu juga.
saya cuma nak luah rasa bila emo. it's from my point of view. kalau awak kena benda yg sama for sure kena gak cite kat sapa2 juga kan?

A.N.A said...

jane:boleh i tlg menyirap kt anon a.k.a alien tu x?

Cik Lijah said...

wah3....this one pon org kire hipokrit komen gak la...

talam bermuka2.....if betul u nak komen dr ur point of view....be truthful, show urself..ni link pon takde...haiisssyy...org plak geram....!!!!!

Glory jane said...

hahaha, thanks ana & cik lijah.

that anoy just don't understand that i don't hate anybody, i just hate what she did to me. that's all.