Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Wednesday, December 18, 2013

Breastfeeding

Susu ibu anugerah Allah yg sangat indah.... ini lah jambatan (bonding) antara anak & ibu yg kuat. Alhamdullilah, syukur bagi mereka2 yg di kurniakan susu ibu yg melimpah, lebih2 syukur bg mereka yg mampu untuk menyusukan anak sepenuhnye sehingga 2 tahun....



kebaikan susu ibu

Apakah Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi?

  • Bayi menerima nutrien yang paling lengkap dan optimum untuk tumbesaran bayi.
  • Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula, mengurangkan risiko sembelit kronik, kolik, dan gangguan perut yang lain.
  • Sistem imun bayi lebih kuat dimana bayi dilindungi daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesity dan penyakit lain-lain.
  • Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu.
  • Tidak mengandungi bahan2 kimia merupakan salah satu kebaikan susu ibu.
  • Bayi yang lebih cerdik di mana susu ibu meningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf.
  • Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan dimana susu ibu mempunyai suhu badan yang sama dengan badan bayi.
  • Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang ibu makan. Oleh itu, ia membantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi melalui susu.
  • Mengerat ikatan emosi di antara ibu dan bayi.
  • Penyusuan susu ibu memainkan peranan penting dalam pembangunan emosi dan rohani bayi.

adakah susu DHA (formula) lebih baik dari susu ibu?
Susu ibu lebih baik dari susu formula ini kerana:
  1. Susu ibu mempunyai kesan yang sangat baik pada perkembangan mental jika diukur mengikut ‘Index Perkembangan Mental’ pada umur enam dan dua belas bulan.
  2. Susu ibu mempunyai skor yang tinggi pada ujian kemahiran pergerakan (psychomotor) pada umur enam bulan berbanding dengan susu formula.
  3. Bayi yang disusukan ibu mempunyai skor penguasaan bahasa yang lebih tinggi pada umur tiga dan enam bulan. Oleh itu susu ibu haruslah dianggap sebagai susu yang terbaik, walaupun pengeluar susu formula berusaha untuk menandinginya dengan menambah pelbagai nutrisi yang lain.

risiko tidak beri susu ibu
risau payudara kendur? itu fakta yg tak tepat.
tanda awal kanser payudara
susu tersumbat
merawat bengkak susu
mitos dan fakta susu
penyusuan bg ibu bekerja
petua tambah susu
cool fact about breast feeding

MPH Christmas Sale....


Salam,
suka baca buku? suka beli buku? MPH tgh wat sale.... baru je beli beberapa buku untuk anak & mak.. hehe... nak g Big Bad Wolf , jauh sgt... beli online je la....


The Great Christmas Shopping Dash

sbnarnye nak cari buku kisah nabi2 untuk di baca pada Rizq... dapat la 2 buku... nanti dah sampai I share ye.... mummy nye pun klik la beli 3-4 buku cerita untuk diri sendiri.... skrg ni pun pikir nak beli lagi buku masak2 lak... err... hm.... beli ke tak ye????

Tuesday, December 17, 2013

Mendidik anak lagi

(credit to mamapeduli.blogspot.com)
Mendidik anak cara Rasulullah 

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita. 

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. 
Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). 
Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab. 

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Elakkan mengherdik atau memarahi mereka tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. 



4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. 
Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Mengajar anak dari bayi
1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. 

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. 

3. Ganjaran
Bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. 

4. Bacakan Buku
Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. 

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. 

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. 

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. 

9. Permudahkan
Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Rotan anak?

Tips didik anak

kesilapan dalam didikan
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. 

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak

lagi 6 kesilapan

doa mudah untuk anak
Doa itu adalah : 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak) 

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya: 

1- ASSALAM : SEJAHTERA. 
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu. 

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH. 
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan? 

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH 
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya. 

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. 

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan. Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah. Aminn

tips keibubapaan dari Prof Muhaya
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

(credit to http://bloompsyc.blogspot.com)

KEEPING THE PRESSURE AWAY AND STAYING EMOTIONALLY POSITIVE IN YOUR PARENTING JOURNEY

Stay strong and positive about your own children despite the constant updates from other parents.

Remember is that every child is unique, has his own strengths and weaknesses.

Whenever you read or observe something that effects you, makes you feel down, quickly recall the wonderful things your children have mastered and achieve. 

Learn to embrace and celebrate each child's uniqueness and abilities


(credit to http://www.ahaparenting.com)
Parenting Your Strong-Willed Child
Ten Tips for Positive Parenting Your Strong-Willed, Spirited Child
1. Avoid power struggles by using routines and rules.  
2.  Your strong-willed child wants mastery more than anything. 
3.  Give your strong-willed child choices.  
4. Give her authority over her own body. 
5. Don't push him into opposing you. 
6. Side-step power struggles by letting your child save face.  
7.  Listen to her. 
8.  See it from his point of view.  
9. Discipline through the relationship, never through punishment.
10. Offer him respect and empathy. 

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

2. Don't expose to too much things in a box. 
3) Stimulate their imitation skills.
4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.
6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.
7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.8) Overly-attached to one person is not a good sign.
9) Bila bermain, follow his interest. 
10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.


Sunday, December 15, 2013

Wish list 2014....

Salam,
haha... org lain buat azam untuk new year... aku wat wish list lak....


Ala, list biasa2 jer yg agak2 leh dapat...
1) Laptop / notebook baru (target Jan)
Ciri:
  • screen luas 14" to 16"
  • ada camera
  • Ram power (need more than 4gb RAM)
  • ada wifi & bluetooth
  • price range below RM2500. prefer below RM2000

anyone can suggest?
Fancy Asus-N56Vz but a bit higher than budget....


2) Hset Samsung Galaxy S3 (Target March)
Harap2 by next year turun harga lagi.... Now leh dpt RM1075 kat Lazada....
ni nak gantikan hset yg dah masuk air.... huhuhu....
120504-samsung-galaxy-s-III-02 - Copy.jpg

3) Samsung Tab 3 (Target Feb)

Nak hadiah kat En Bee February nanti.... Budget below RM1k.

4) Oven (target Jan)
but still thinking oven or microwave oven... hm....

Different oven vs microwave oven:
http://www.usj.com.my/bulletin/upload/showthread.php?16090-Microwave-vs-Oven
Reply from layman:

A convection oven (regular oven) uses heat to cook. It generates heat from electricity, or gas and the heats up the oven chamber. You need to use containers that can withstand the heat without breaking: metal or heat resistant plass (e.g. pyrex).

A microwave oven does not use heat. It gives out small waves (micro) in high frequency. These waves penetrates into your food (e.g. meat). The cells move about because of the waves which then generates heat. Hence the food is cooking from within, if your may. The container you use must not reflect the waves ie. you cannot use metal. Else the waves would be reflected and you get sparking.

In the microwave, you actually can use plastic or glass or ceramic. The container get hot only because the food gets hot which then transfer the heat to the container. (I won't open up the discussion about safe plastics and paints et al but I'm sure someone will point you to a website that will have all the dos and don'ts).

I normally use normal tableware when I can just reheating food and pyrex if I am cooking or baking with microwave.

Note that the external/sides tend to get dry when you cook or reheat with microwave. You need to add a little more water and cover partially for best effect.

Please also be warned: do not cook anything in a tighly sealed container in the microwave. It will explode due to the rising pressure inside. Same with eggs (unless you have pierced the egg yolk) and whole unpeeled potatoes. Bread or pau becomes very hard when heated in a microwave oven and not consumed soon after.


http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20101001091209AAeAfZB
. Microwave ovens are miniature versions of a real oven, and they use heat coils to heat food. You can't boil anything in them, but you can heat stuff. They are literally mini ovens. They are two TOTALLY different things, and people who said they are the same obviously have never used one. I just wish people could care about their answers and not give people bad information. I really think you'd be better off doing the research yourself, because people will give you horrible answers, and you can't do a thing about it. Be careful on this site.

http://www.kiasuparents.com/kiasu/forum/viewtopic.php?f=49&t=41468
I've tried all types over the years. The combination microwave/convection ovens take a long time to pre-heat, so if you bake often, go for a conventional oven as they heat up faster (under 10 mins). Toaster ovens are small and usually don't have temperature controls, so they are only good for small items which can take high temperatures. Anything else will burn outside and be cold inside. I have used gas ovens before, but a long time ago and not often, so can't really compare with modern electric ovens.
But after read some comment, maybe i decide for some simple oven first to bake cakes or grill fish or chicken... hm save my money. the price should be RM100-200.


5) New Matress.... (target April)
Hehe... of coz la. sbb yg ni cam spring ah tak ok... err sbb En Bee suka lompat2 sambil dukung baby Rizq....

Best nye.... hehe tapi budget so-so je....

Ingat nak bli sofa sleeper pun best gak... org dtg senang

yg ni tak tau la beli ke tak.... heheheh. masuk je dlm list.....

6) Nak beli banyak jenis mainan untuk Rizq




  

Wednesday, November 27, 2013

Malware detected.... how to removed it?


Adoi... berpeluh2 tadi.... pasai pa? sbb ada Malware kat blog ni.... puas cari camne nak buat bagi ilang... siap tukar pasword lagi... jenuh... nasib ada cara dari blog ni: 

rupenye senang jer nak buat dia... hehehhe. nasib dah ok.

Usah biarkan tindakan kita dipengaruhi oleh tindakan orang lain..( ibubapacemerlang)


Sepasang suami isteri bersama-sama pergi ke sebuah butik pakaian yang menjual pakaian lelaki dan perempuan. Niat mereka untuk membeli baju kerana syarikat tempat mereka bekerja akan mengadakan majlis makan malam.


Entah kenapa hari itu, mood pelayan di butik tersebut tidak begitu baik. Wajah masam mencuka dan layanan yang diberikan kepada pasangan suami isteri tersebut tidak begitu mesra.


Si isteri merasa geram kerana dilayan begitu sementara si suami tetap berwajah manis dan tenang malah bersikap sopan kepada pelayan tersebut walaupun setelah dilayan dengan kasar.


“Saya geram betul dengan pelayan tu.. cakap kasar bukan main. Tapi abang ni relax aje. Dah tu boleh cakap baik-baik pulak dengan dia” sang isteri merungut.

“Pelayan tu tengah moody, kenapa pulak kita yang turut sama jadi moody.” kata si suami

“Tapi pelayan tu tak sopan langsung melayan kita”

“Itu masalah dia. Kalau dia bad mood, tidak sopan, kasar dan sebagainya..itu tiada kaitan dengan kita. Jika kita terpengaruh dan marah-marah dengan tingkah lakunya itu, bermakna kita membiarkan dia mengatur dan menentukan hidup kita padahal kita yang bertanggung jawab atas diri kita sendiri..” kata si suami.


Tindakan kita selalu dipengaruhi oleh tindakan orang lain. Jika orang lain memperlakukan keburukan kepada kita, kita pula membalas dengan tindakan yang sama begitu juga sebaliknya.


Kalau orang tidak sopan, kita balas dengan tidak sopan. Kalau orang marah-marah, kita balas dengan kemarahan. Kalau orang mengejek, kita balas dengan ejekan. Jika orang senyum, kita balas dengan senyuman. Jika orang bersopan dengan kita, baru kita pun akan bersopan dengan orang. Ini bererti tindakan kita dipengaruhi oleh tindakan orang lain.


Jika direnungkan, sebenarnya  tindakan kita itu tidak berapa cerdik. Kenapa untuk berbuat baik, kita harus menunggu orang lain berbuat baik  terlebih dahulu? Jagalah suasana hati kita sendiri. Jangan biarkan sikap buruk orang lain menentukan cara kita bertindak. Kita yang bertanggung jawab atas kehidupan kita, bukan orang lain. 


Jadilah kita…
orang yang tetap sejuk walaupun berada di tengah situasi yang panas,
orang yang tetap manis walaupun berada di tengah situasi yang pahit,
orang yang tetap tenang walaupun berada di tengah badai yang hebat.