Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Monday, June 27, 2011

Tergendala sebentar...

ooh.... lama jugak tinggal kan blog ni. hantar pc ni pergi 'klinik' untuk update program dan tambah RAM..... pg tadi baru amik semula.....
tp wedding preparation memang akan tergendala (betul ke ejaan ni...?) sebentar coz tengan bizi wat preparation untuk company event... banyak benda nak kena buat lagi... banyak yg tak finalize lagi... hhuhuhu T_T
jd, entry pendek saja.... till next time. bubye....

Thursday, June 23, 2011

muncul kembali...

senyap sunyi seketika coz siapkan kerja2 yg tertangguh.... hm... lotih den... tp rndu nak ber'blogging'.....
now, sesi blogwalking dulu sebelum update dgn cerita baru...... hahahha

Friday, June 17, 2011

kembali lagi...

ok lega dah selepas bercuti lama. \(^o^)/
hari ni still tak kerja lagi, tp saja masuk ofis sat tengok kerja yg bertimbun ni. banyak report nak kena check... ingat nak buat tadi, tp bila pikir2 tak salah kerja tu tunggu lagi sampai isnin ni, hoohohohoh. so, balik umah lah....
hari ni takde cerita apa... cuma nak blogwalking jer, nak tengok ape cerita member2 yg lain...

Monday, June 13, 2011

on vacation

bubye... i'm on vacation.
just want to get some rest for couples of days....

Wednesday, June 8, 2011

Paranoia



am i paranoid or just too sensitive? hahaha? well currently find solace in reading sandra brown book "demon rumm"....


i'm just like that. find simple pleasure in reading other people life story or let myself been carried away in good book. reading always calm my nerve.

Sunday, June 5, 2011

3 in 1

this is another long entry... hahaha. well, malas nak buat entry baru, so combine all three.



1st: an apology


after read a comment by anonymous in my previous entry, i cried my heart out (T_T)... hahahaha silly me. this is my first time getting such a harsh negative (from my point of view) comment from someone i didn't know. well, first time was always harder. and i'm sure will be getting it again next time.



from the start i always knew that i'll be getting a comment that different from my point of view. and that the purpose of me setting the blog like that. and look at me now. hahaha getting silly over some comment.



it partially ruin my day because i read it very early in the morning while preparing some food for our picnic and it bothered me much. i nearly cancel our picnic because of that, but luckily not. and i have much fun today until it heal my open wound V(^__^)V.



well, aku promise dgn anak buah en.bee nak bawa mereka pergi zoo, berkelah dan tengok wayang. maybe ada hikmahnye bila kita tak mungkir janji yg kita buat dengan budak2 (kalau dengan en.bee sorg, mungkin aku dah cancel tadi, huhuhu). patut la ada yg kata bila letih2 balik kerja, tengok muka anak terus hilang rasa penat tu.... it really true. i had fun today and happy, and rasional back.



ye la kan... mula2 tu emo gile masa baca komen dia. tipu la kalau tak rasa marah. but then, why should i. if i want to get a bold comment (that maybe can improve me and makes me a better insan), i'll better be prepare.... it's my goal.



yes, i admit there (in my reply comment) maybe aku ni manusia yg bertalam dua muka or hipokrit.... hm, i'm not like others who can speak-up and stand-up for themselves, truly i'm not. i'm a person who avoid confrontation (especially face to face) because i'm afraid to hurt someone feeling. if that you call hipokrit, then yes, maybe i'm. but then, if you accuse me of jealousy.... i don't know. i'm not....



am i jelous of her getting a man of her dream? definitely not. coz my dream man type was different from her (and i'm half way to him).

am i jelous of the attention she get from everyone? well. i think not. because all the attention makes me uneasy.

am i jelous of her life? i do not know. maybe in my subconscious mind i've been jelous. it's really bother me because i do not want to.... why would i? some of you know how i love my life now. memang la there is always some part that i want to change to be a better person of course.



back to the real bussiness, if by writing like that i hurt someone feeling, i really apologise. apology the person related to that, or others....



i admit, by writing like that, i break my own rules that "never to say bad thing @ comment to other that may hurt him/her. if i don't have anything good to say just shut my mouth".



but writing is like a therapy to me (and some other people). people like us tend to pour out heart out by writing than raging it out to others. different people have different way to unwind. but then, friends, don't be affaid to comment on me if you think i'm wrong. i welcome an honest advice. i'm a person who said @ write all, and then forgive and forget (unless the same things happens again). hahaha, same like when i have disaggrement with my parents.... after write about it and it out of my system, i'll be fine. i love them again.... it better to rave it here to the people who do not know me or them, than fight with my parents. it's my method to release the stress...



to anonymous, why don't you leave a link. what are you afraid of? do we know each other personally that you want to avoid face to face confrontation? hahaha, we have a similarity here you know. anyways, thanks for the advise.



okeh, been said all that, lets move to other story.




2nd: a movie review.



td tk cerita x-men. at first aku nak tengok kungfu panda2 sbb cerita tu definitely sesuai untuk kanak2 bawah 10 tahun. tp en.bee malas nak tunggu sbb lambat lagi start. jd dia beli la tiket x-men. kesian budak2 tu. aku ni tak pe la sbb memang kipas-susah-mati cerita ni..... hahahah



rating aku bagi: 9.5 out of 10.



hahahaha. tolak 0.5 tu sbb banyak cakap dari aksi, ramai yg bosan. tp aku suke, sbb by that, i can understand the story better... huhuu, plan to buy the DVD untuk melengkapkan koleksi x-men ku. oh, dari movie ni kita tahu the begining of magneto and profesor x. tp wolverine (i'm die hard fan wolverine) kuar sikit je. 1 scene dgn 1 baris ayat. tp tak pe. aku tetap suke....



balik2 lepas tu terus tengok astro ceria cite ni...... best. banyak kali dah tengok, tetap tak bosan.... mcm home alone jugak, dennis the menace memang fun.


aku memang suke this kind of story tau... tentang telatah kanak2 yg bijak. this kind of story makes me laugh and forget all the problems.




Last: wedding progress



sekarang tengah DIY brooch bouquet. but very slow. hahahah. i was inspired by cik lijah. hehehe. slow2 pun tak pe la. janji boleh siap (*_*") , harap2 lah siap. hahaha.




thats all for today. thanks for reading.

Thursday, June 2, 2011

luka lama berdarah kembali.... itu yg kau panggil kawan?

hm... tajuk agak sensasi ye.... dan entry akan panjang berjela ari ni....

sebenarnye semalam menerima kunjungan seorg 'rakan' lama & juga teman sekerja (and soon going-to-be ex-colleague). dia datang sini nak hantar kad kahwin dan amik recommend letter from bos.

panjang ceritanye kalau nak story dari awal. tp kena gak luah kan rasa sedih ni....

kiteorg dah kenal lama sejak zaman U lagi. tp rapat masa duduk serumah tahun 2006. dan decide going job hunting together. so, kami ber2 diterima bekerja di syarikat yg sama dan tempat training yg sama. supposedly, aku kena bertugas kat area lain lepas habis training, tp tempat tu tak fit for ladies (rumah yg disediakan ok cuma kawasan area tu tiada perempuan), so my place was replace by another male colleague. and i stay with her-who-i-call-friend and the trouble begins.

tak tau la kat mana cacat dan celanye aku ni, tp like i said before, aku ni memang cepat cemburu. so, yes, i admit aku memang cemburukan dia. amongst us trainee, memang dia yg paling cantik + peramah + pandai berkata2 + bijak + pandai amik hati bos. so, memang aku cemburukan dia. tp takde la sampai nak tikam dia dari belakang. i still consider her as one of my few friends.

per'musuh'an kami start sejak aku ber'couple' dengan en.bee (tp bukan bergaduh bagai, cuma kurang rapat). dia memang terus terang cakap, aku tak sesuai dengan en.bee, tak setaraf katanye. well, aku tak marah. sbb prinsip aku, KLAU ORANG NASIHAT, AKU BOLEH DENGAR, TP BELUM TENTU AKU IKUT KATA DIA. Aku memang tak kisah..... sbb aku tak penah amik campur hal dia bercouple2 wpun aku tak suke kadang2 dengan tindak tanduk dia. aku tau, aku takde hak nak larang dia, dan walaupun dia pilih lelaki yg salah, it's her choice. kalau dia terluka, aku akan tetap ada kat sisi dia dan menyokong dia. to help her heal (without prejudice, i hope)

nak jadi kes, satu ari kami plan balik kg bersama masa bulan puasa, sbb nak shopping di sogo dulu. dia call pakwe dia, nak jumpe. serious aku memang tak kisah. tp pakwe dia bangsa asing (sbb dia memang TAK SUKE lelaki melayu yg kasar, tak caring, tak gentleman & selekeh <---- itu pendapat dia lah. sbb tu aku tak nak start, bila aku start, dah jadi mengumpat pula). korang faham kan? ok, sape yg tak nak dapat dosa, sila lah berhenti membaca, aku bila dah start umpat, susah nak stop. part ni aku tak penah nak cerita kat sesiapa pun kecuali kat en.bee dan one of my close friend.

kali ini bf dia yg aku jumpe tu 'negro' (sebelum ni ada pak arab, mat salleh atau mix2 aku tak pasti). maaf juga kepada yg pernah ber'balak'kan bangse negro, bukan aku nak keji bab bangsa atau apa, ini cuma pendapat umum aku. sorry again.

berbalik pada cerita tadi, dia ajak bf dia jumpe. bf dia lak bawak sorg lagi kawan. untuk di introduce pada aku ye. from this part i feel insult okey.... bukan sbb dia nak introduce aku pada bangsa yg dia suka, itu aku tak kisah berkawan2, as-long-as they respect me. dah le dia sibuk berkepit2 or boleh aku katakan berpelukan di khalayak umum di waktu siang di bulan puasa, kawan nye yg jahanam itu pun sibuk tanye aku ni dara lagi ke tak? hello.... ape ke hal nye ko nak tau... if i say no... so what? (sorry, itu bukan hal nye yg buat aku sangat bengang) dara or not, tu bukan hak dia nak tau. itu hak suami aku.

dia boleh pulak cakap wpun aku dah ada boyfriend (sbb dia tanye, aku cakap terus terang aku dah ada bf, and aku tak interested nak berboyfriendkan dia... uweksss), dia lebih hebat dari segi zahir dan batin dari en.bee..... helloooo, perasan tul mamat negro tu. padahal en.bee jauh lebih kacaks dari dia ye. dia cakap bahasa omputeh la. tu ala2 interpretasi aku. pastu dia ajak aku p umah diaorg pasal malu la org lalu lalang tengok (helo... memang la org tengok, dah 'kawan' aku dgn balak dia dok berkepit sakan bulan puasa). masa ini aku memang nak naik marah.

kalau korg rasa terhina tak? rasa macam perempuan jalang tak diperlakukan macam tu? korg rasa macam mana bila kawan korg buat mcm tu kat korg....?

aku memang cakap direct, kalau korg nak p, p la. aku nak balik. balak si perempuan who-i-call-friend tu pulak pakse2. ajak gak p umah dia. masa ini aku memang nak cabut dah. sebab takut. aku kata tak nak juga. aku suh diaorg p je, sbb aku memang nak shopping kat sogo. lama2 diaorg mengalah la kata dan kata lepas kami shopping dia janji nak jumpe dengan 'kawan' aku tu.

aku lak siap shopping, angkut beg dan blah. tak tau le dia jupe ke tak dengan 2 org tu.... balik2 mase cerita kat en.bee atas bas, aku siap aku nangis2 lagi tau. en.bee pun punye la marah, tak bagi aku terus kawan dengan dia..... tp aku ni degil, aku kawan jugak lagi.....

kan aku penah cerita dulu en.bee dan aku keja 1 kompeni, lepas kes tu en.bee terus hostile dgn 'kawan' aku tu... ye lah, aku faham. memang patut dia bersikap mcm tu. patut aku yg lebih2 bersikap mcm tu. tp bila pikir dah kawan lama, aku pendam jer.

kes ke2 lak, masa ni kompeni kekurangan upper managemant staff. so, salah seorg dari kami diarah kan untuk berpindah. aku memang tawar diri untuk pergi atas beberapa sebab peribadi. di tambah lagi 'kawan' aku tu memang tak nak pergi langsung, so aku ambil peluang ni untuk menjarak kan diri. dan memberi pengajaran untuk bos aku (salah satu sebab), nak tunjuk kat dia, wpun aku ni senyap, masa meeting tak bg banyak input, tp kadang2 input dari 'kawan' aku tu datang dari aku. cuma aku tak le poyo nak cakap kat bos, "eh, idea saya tu dia sebut." tak ke bangang nama nye tu.... so, aku nak biar bos tau sapa yg banyak buat kerja, sapa yg banyak bercakap. maksud aku, bukan dia tak buat kerja. tp selalunye kalau ada tugasan, kami akan brainstorming antara kami dulu. compare info & idea. tp bila meeting dgn bos, dia bijak bentangkan hujah2, aku jd mcm org bodoh. senyap je. tak boleh nak mencelah.... jadi aku nak pergi la ke tempat baru memandangkan tu cuma temporary je until dapat staff baru. nak biar bos tau, aku ni pun berguna juga.

masa aku takde, en.bee lak berperang besar dgn dia (ditambah2 lagi atas cucukan di sekeliling). ramai gak yg berperangai setan di sekitar kita (bak kata pepatah, syaitan bertopengkan manusia). aku terus suruh en.bee resign. rezeki ada kt mana2, bukan nye susah nak cari, antara nak dgn tak je. sbb perang besar antara en.bee dgn dia tu aku rasa memang dah tak boleh nak bekerja lg dgn 'kawan' aku tu. lebih2 lagi dia sendiri call aku bg tau dan ungkit2 pasal taraf en.bee dan ugut nak lapor polis. masa tu aku terus snap, and that's it. sampai sini je la persahabatan kita.

selepas temporary period, aku kembali ke tempat asal, but memang aku cakap terus terang kt bos aku tak boleh kerja dgn dia.... jadinye kat sini secara rasmi nye aku la yg jadi org jahat. semua kata, isk kesian nye 'kawan' aku tu..... semua simpati kat dia, pasal dia kena pindah department lain. aku tak nak berganjak. aku nak posisi aku gak. padahal dia pindah tu naik gaji lagi hampir seribu, takde sape tau kecuali aku sbb aku ada masa meeting tu. memang org semua cop aku ni jahat. aku malas nak explain lebih2 kt bos, kat semua. no point. aku pun takde mood nak cerita keburukan org.

last sekali yg agak mengguris hati aku, lepas kami g chiang mai. aku memang la tumpang dia masa pergi dan balik airport. aku ni sedar aku menumpang jer. tp kami gerak dari KLIA agak lewat. singgah rumah adik dia dulu. dah lewat baru gerak balik. aku dah sense dia cam berat hati nak hantar aku balik, tak sampai rumah aku pun, sampai tol je. coz dari tol tu ke rumah aku ada la dalam sejam setengah lagi. dari tol itu juga sampai rumah dia ada la 15minit. tp itu pun dia berat hati, dia tanya; boleh ke dia drop aku kat stesen bas ipoh? sebab? mlm ni dia nak tdo ipoh nak jumpe pakwe dia dulu (oh, yg ni pakwe yg lain, kalau tak silap pak arab pula). aku cakap ok la, fine, takpe.

aku berhenti kat stesen bas gopeng. masa tu malam. dekat kul 8. nasib baik ada bas lagi dekat ipoh. dari ipoh ke umah aku ada la 2jam setengah. nasib tak baik lak dapat tiket bas kul 10. sampai umah dekat kul 1 okey. kalau aku lelaki takpe. tp aku ni perempuan. bahaya tau tak...? aku memang la tak bising2, malas nak ungkit2 sbb aku ni menumpang. aku malas gak nak sentap2. aku tak cite pd siape pun hal ni kecuali en.bee sbb dia yg amik aku kt pekan. bas ke area umah aku dah takde dah masa tu.

sbb tu aku marah. aku tak bercakap dengan dia kecuali hal kerja. semalam jumpe dia lagi. datang nak bagi kad jemputan (dengan rasa bangga nye dia hulur kad). kahwin juga dia dengan bangsa asing dan akan berpindah ke luar negara ikut suaminya...... aku tak cakap banyak, ucap tahniah je. tp memang aku tak akan datang le.... faham2 je la, aku masih rasa sedih.

kepada sesiapa yg bersuamikan atau berpakwe kan org asing, tolong lah jangan berlagak lebih. tak bermakne korg tu ada pakwe bangsa asing kira tahap korang lebih tinggi dari yg bersuamikan lelaki melayu ni.... tolong la jangan eksyen lebih.... aku bukan jeles, langsung tak... cuma rasa simpati je dengan mak bapak dia. ada gak kenalan aku yg lain bersuamikan bangsa asing, tp tak kerek pun... tak penah perlecehkan bangsa melayu pun.... tetap akan kembali ke tempat asal. menjunjung adat dan budaya melayu juga akhirnye....

cume aku rasa bos aku pandang aku semacam je. macam le aku ni penyebab dia berhenti....

"ala, kalau bos nak, saya pun boleh berhenti keja la. tak hingin la saya nak rampas jawatan dia. tak kebulur. dia nak berhenti tu hal dia. jangan salah kan saya...."

teruk betul bos aku ni.... asik aku je yg jahat. cuba la sekali-sekala pandang kes ni dari sudut aku lak. selidik kenapa aku bersifat mcm ni dgn dia. bukan sebab aku jeles la... kalau kena kat anak pempuan dia. ha, baru la dia faham perasaan aku ni.....