Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts
Showing posts with label Pelamin. Show all posts
Showing posts with label Pelamin. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Reception (belah suami)


Reception kat Perak

Amik bridal dgn de Qaseh....

Servis: 3.5 Bintang (staff sangat2 baik dan helpful. aku try lebih 10 pasang baju okey, tapi staff dia layan dgn baik jer)
Pelamin: 3.5 Bintang (cantik, but too big. i request simple2 jer sebab buat atas rumah. sekali besar hampir separuh ruang tamu umah mak mertua saya... hhohohoh)
MUA: 1 Bintang (please avoid her)
Baju: 4 Bintang (cantik2, ada banyak pilihan... nak buat baju baru pun boleh)

handbouquet takde.... mintak dgn owner butik de Qaseh ni masa make-up, tapi dia kata pekerja dah bawak. tp takde pun... kipas pun takde. padahal bayar sekali pakej. nasib baik insist nak payung masa makeup pagi tu gak....

Butik ni, kalau nak amik baju & pelamin jer. tak yah amik pakej dia ye....

ada kisah amik butik ni.... mula2 nak pergi butik Sri Inai atau Renjis tapi.... :
1) Sri Inai: meluat dgn owner dia... owner ada kat situ, tgh baca majalah ke apa tah. kami masuk nak tgk baju, staff dia yg layan.
bila aku buka cerita nak pelamin simple jer mcm pelamin nikah (siap tunjuk 4-5 keping gambar lagi), staff dia bawak la dkt owner dia ni, padahal dia duduk kat meja yg jarak tak sampai 5 kaki pun. owner dia sikit pun tak pandang kami sambil ckp, "pelamin mcm ni pun harga sama jer dgn pelamin biasa tu buang kerusi jer (sambil buat muka)...." pastu terus sambung baca majalah... langsung tak pandang kami...
eh eh eh, suka ati kami la nak pelamin extravaganza ke, nak yg simple2. staff dia pun dtg la kat kami semula nak bagi tau (ala, tak payah nak ulang pun, kami dah dengar apa dia kata). aku pun ajak en.bee angkat kaki... baju langsung tak tengok pun.... ye la kami ni pengantin budget, takde la nak spent kat baju pelamin sampai 3-4k, kan? tu dia layan lebih kurang jer.....

2) Renjis: meluat dgn staff dia... bukan sbb tak layan kami... masa masuk tu staff dia tgh duk berdua2an dgn budak lelaki atas kerusi pengantin tu yg spoil the mood. dah ler cermin kedai tu gelap, nak bersangka baik pun tak boleh dah... masuk2 tgk mcm tu, terus punsing keluar semula.... grr...


Veil: 5 bintang.... sgt cantiks dan gorjes okey.... saya sewa pada Cik Lijah. berbaloi2 (highly recommend). Harga murah tau. sampai masa bersiap kat butik pun ramai yg puji....^_^ haha kembang....

Tudung: 3 bintang. beli dari Tudung Mania http://preloves-tudung.blogspot.com. cantik, tapi mahah T__T... simple je dari kain chiffon, ada manik kat keliling hujung2 kain tudung, awning kosong. harga RM150 (macam tudung fareeda lak.... kakaka). takpe la, masa tu terdesak sgt. sibuk tak sempat keluar cari tudung. hari jumaat tu pun keja lagi sedangkan sabtu tu dah majlisnya....

itu jer review nye... dah berabad dah.. gambar still kat cd, tak cuci pun lagi.... tak masuk dalam komputer pun... sbb badan sangat2 lah tak larat okey. balik2 keja jer, terbaring je.... huhuhuu

maaf la ye. blog mungkin akan sepi seketika.... sbb saya hanya akan sambung menulis setelah badan ni okey sikit. skrg amat la tak larat.... till next time.




Sunday, March 4, 2012

Wedding review: Part 5

Pelamin

Vendor aku biasa2 je. Bkn nama gah pun. Vandor kampung je. Orang lama. Fb takde, website pun takde.
Nama dia: kak milah (kawan mak). Haha. Serius tak tau nama penuh. Apa la aku ni kan?





Tempah dgn mak andam ni:

1) pelamin
2) baju L&P
3) tempat mkn beradap
4) hiasan bilik
5) plus assesory2 lain.

Total damage: tak sampai pun 1.5k ok. Dkt aku dia bg diskaun cket la. Harga biasa dia bg tau tak smpai pun 2k.
Servis tip top.

Rate: 4star.