Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts
Showing posts with label It's your life tp aku nk menyebok. Show all posts
Showing posts with label It's your life tp aku nk menyebok. Show all posts

Monday, November 24, 2014

Biar pesan berkali-kali, asal tak menyesal di kemudian hari.

Salam....

Aduh sedih rasa hati bila baca berita macam ni...
Kes terlanggar anak, kes tertinggal anak dalam kereta, kes anak hilang, kes anak di dera pengasuh dan yang sewaktu dengan nya... Aduh, sayu....

Tiba-tiba rasa teringat kat anak sendiri... Ya Allah, minta di jauhkan segala bala dan bencana tu...
Ada tengok video yang bapa undur kereta terlanggar anak kat fb, tapi tak sampai hati nak tengok sampai habis. Sayu sangat, rasa macam nak pecah hati ni tengok....

Moga kita semua di jauhkan dari pengalaman ngeri macam ini. Moga mana-mana kejadian yang terjadi pada ibubapa di luar sana agar tabah. 


Friday, November 21, 2014

Trend....

Salam....

Banyak sangat sosial media sekarang ni... aku yang dah tua ni tak terikut semuanya.... hahaha.



Friendster (gambar ikhsan google)


ICQ chatroom (gambar ikhsan google)

Dulu zaman aku ada chatting, friendster dan blog sahaja. Kemudian timbul facebook. Facebook ni 'user-friendly' sikit berbanding yang lain. sebab itu lah terkenal...


Facebook (gambar ikhsan google)

Sekarang ni timbul pula Instagram, Twitter, WhatsApp, Telegram, WeChat dan lain-lain... Serabut la pulak... Ok, aku ada Email, Blog dan Facebook je. Instagram ada juga, tapi tak aktif. Sebab utamanya ialah tak reti nak guna.... WhatsApp ada juga untuk mesej adik-beradik... Dan kawan-kawan rapat sahaja...

Sekarang ni trend yang aku lihat kat Malaysia ini, follow Artis yang di benci dalam Insta, kemudian kutuk bila dia muat naik gambar atau status. Contohnya macam Che Ta (ni aku baca dalam facebook la). Korang ni dah kenapa? Kalau tak suka tu, jangan la ikuti Insta ke Fb dia... Buat dosa saja-saja je main kutuk kawan tu kaw-kaw. Tak ada kerja dah ek?

Aku ni facebook pun follow artis yang aku minat je, macam Aaron Aziz, Erra Fazira, Nora Danish... Dah itu je. Itu pun pengikut senyap (sillent follower ^__^) sahaja...

Kenapa nak follow yang kita tak minat? Kenapa aku kata tak minat, sebab gaya kutuk tu sikit punya kaw2 memang aim untuk menusuk ke jiwa raga lah... Kalau kita suka seseorang tu, dia buat salah pun kita senyap je, tak pun tegur perlaha-lahan atau secara peribadi (macam private massage ke...). Kalau dah tak suka tu, tak salah pun nampak macam-macam cacat cela... Haish... Takut tengok dengan sifat zaman sekarang yang terlalu berterus terang. Seram i....

Monday, May 5, 2014

Don't judge a book by its cover....

Kegilaan apakah ini... argh.....

Astaghfirullah. Keep reminding my self... Don't judge a book by its cover.... And everybody entitle to have their own way which they think was right. Paku dulang paku serpih.

Benda pertama tu:

Jgn pandang org sebelah mata... kalau kita aku tgk org pakai less islamic then us me, aku buang sangkaan jauh2 dlm hati ni nak nilai peribadi dia mcm mana or ckp2 dlm hati yg dia ni tak berubah lagi sampai skrg.... keep reminding myself, aku n pun bukan baik sgt, so jgn la nilai2 org dari pemakaian nya.... hati budi org kita tak tau.... mungkin hubungan dia dgn Allah lebih baik dari diri aku ni..... T___T
Mungkin dia lebih menjaga solatnye dari aku. Mungkin hubungan dia sesama manusia lebih baik dari aku... So, buang sikap ujub dlm diri okey....


Benda ke 2:

Setiap org ada pendapat / cara dia sendiri yg dia rasakan betul (atas alasan masing2).... Selalu ingatkan diri ni yg jgn la terlalu pikir diri / cara sendiri yg terbaik, cara org semua salah. banyak bab hal ni:
Vaccine vs Non-vaccine
Breast Milk vs Formula Milk
Home Cook vs Factory Product?
Babywearing vs Non-babywearing?
Conventional medicine vs Homeopathy
Hospital birth vs Home birth.
Aku rasa dlm dunia ni takde 100% yg tepat or takde just Black&White... MESTI ada gray area....
Misalnye nak kata process food 100% tak elok, mkn yg natural lg elok sbb ciptaan Allah.
Iye betul, tapi yg process food ni pun ciptaan Allah juga, dgn manusia sebagai medium dia. bukan ke Allah yg kurniakan ilham tu....
Entah la. sbb bagi aku, takde la 100% buruk nye. ada juga kebaikan nye. mcm pasta la. kalau nak buat sendiri mmg takde la kan, so pakai je la pasta ready made.... benda2 tu pun dah di proses... betul tak? nak 100% natural? owh... aku tabik spring pada org yg boleh buat mcm tu.... huhuhu. bukan nak kata process food ni elok la sgt, tp kalau nak kutuk kaw2 org yg bagi anak mkn nestum, nak kata mak pemalas bla2, bg aku tak elok la. kan?
anak aku pun tak mkn nestum, tapi aku pun bukan mak yg rajin sgt nak homecook 3 kali sehari.... Lebih2 lagi my son agak picky. skrg ni suka nak mkn apa yg mak ayah mkn or apa yg dlm pinggan mak ayah.... huh, kalau dia dah rasa tak sedap, dia luah balik... kalau sedap, mesti mintak nak lagi.... tak kan la anak nak mintak mknan mak sampai hati nak menidak kan? atleast bg rasa sikit. kalau tak nak bagi, jgn tunjuk benda tu terus.... senang. dan snack pun anak aku tak nak buah selalu sgt. dia nak gak biskut... mak lak tak reti baking. terpaksa la beli biskut or kdg2 goreng bagi keropok ikan or papedum bulat tu. kdg2 gak bg baulu yg dibeli... ops, aku takde la rajin sgt nak buat keropok ikan or papedum tu...
Aku pun kdg2 terlepas ckp juga bangkang pendapat org sbb emo, tp keep reminding myself yg cara org lain tu bukan nye 100% salah.


Benda ke 3:

Mengata org dia yg lebih.... kan? Kata kat org sikit punya sedap... dia songlap duit tu. dia mkn duit haram. bla.... dia tak buat keja la. dia selalu balik tido kat umah waktu keja la...tiba satu hari nanti kita pula yg jadi lagi teruk dari org lain. Nauzubillah. minta di jauhkan la.
tapi mmg dah tgk dpn mata sendiri mcm ni.... selalunye puak yg mengutuk lebih2, kita tgk bila dia dpt kuasa, dia jadi lagi teruk lagi.... sbb u bila ada hal, aku lebih suka diam diri. malas nak g canang merata kesalahah si polan si polan, takut2 makan diri.... cukup sendiri tau dah le jadi pengajaran....

the end.

Thursday, November 14, 2013

Thursday, September 29, 2011

hai again....

lama tak update blog..... banyak benda nak story tp ada hal tergempar lak terjadi sehari 2 ni buzy amat... sempat lg blogwalking, cuma tak sempat nak karang tulis blog jer..... hahahaha.
mcm2 hal berlaku kat dunia ni.... aku tak tau yg aku ni naive or memang dunia ni penuh dgn manusia durjana.....? bila dah berlaku dpn mata or pd org yg kita kenal, baru terbukak sikit mata tu.....
okey la, enough of that. till we meet again. bubye....

Saturday, March 5, 2011

mandi bunga....

well... well... well... sape yg penah mandi bunga? sila angkat tangan..... hahahahah

"Mandi bunga merupakan ritual org Melayu tradisional yang mempunyai unsur2 yg sudah bercampur aduk antara kepercayaan Dinamisme, Hinduisme dan 'Popular Islam'" from Hazman Hassan

Kata dia lg, tujuan mandi bunga ni adalah untuk buang sial, menjauhkan gangguan makhluk halus, menaik kan seri, dan mendatangkan tuah..... so, apa bahan2 nak mandi bunga ni? em, limau, sirih pinang, daun dan bunga2..... ada yg disertakan bacaan mentera2 @ doa2. ada pulak yg tak ada baca papa2 pun...

aku ni tak penah nk mandi bunga... tp nak jd alkisahnye, housemate aku ni boleh kata setiap minggu mesti mandi bunga. sampai kadang2 2 kali seminggu (>_<).... aku ni dh duk dgn dia lebih setahun dah..... tp sejak 3-4 bulan ni aku baru perasan.... creepy gak tau... sbb apa seram? nak kata dia nak kahwin ke apa, tak pun.... tak kan saja2 je kot mandi bunga nak feel2.... kalu korg seram tak? hahahaha....
okey, tp aku ni jd cm penyiasat lak baca mcm2 pasal mandi bunga ni, hahaha mcm aku yg nk test, err.... creepy2...hahahah.

bunga bukan sebarang bunga hokey.... ada yg kata jgn bunga berduri, atau pun yg beracun, dan ada pulak kata kena petik jgn bg berembun.... em, entah lah....

okey berbalik pada kisah mandi ni. selain mandi bunga, org juga mandi susu dan mandi rempah (ini purely untuk tujuan kecantikan..... ) hahaha.... takpe la....

mandi la apa2 pun asal kan dia clear kan bilik air lepas tu....

er.... tp aku mcm nk try je... best ke? hahahaha, bukan nk buang sial ke apa... cuma nk bau wangi bunga dan limau tu jer, sbb kalu percaya boleh buang sial ke naik seri ke hapa, boleh jadi syirik pulak.... so, beware......

Saturday, February 12, 2011

Jantan Kaberet

Huh, ko memang jantan kaberet.... sory guys, aku bukan maksudkan kamu, kamu @ pun kamu.... dan bukan jua en. bee. tp ada la sorang mamat ni.....

haih, dah la x ensem, hitam, pendek (ops, tak boleh mengutuk paras rupa coz ciptaan tuhan), maaf..... aku mula sekali lg.....

haih, dah la gaji tak seberapa, kerja pun tak hebat mana...., ni ada hati gak nk menggatal a.k.a berperempuan simpanan.... tak kesian ke bini kt umah tu dok bela 3 org anak yg agak nakal....?
ko pulak wt onar kt luar (kt tempat keja pun). padahal bini kt umah tu pun tak kurang cantik nye.... (ko tgk, bini ko kerek2 dgn aku pun aku puji dia cantik, cuma kdg2 citarasa tu kolot cket).

watdehel aku menyebok2 hal org ni....?

aku bukan apa.... kesian bangat kt pompuan2 yg di suruh suami mahupun sukarela duk rumah jd surirumah sepenuh masa, PADAHAL sang suami main cinta kat luar. kesian kan.....? isteri jaga umah, jaga anak2 elok2, siapkan makan pakai suami, tup2 suami curang.....

kalu aku memang menangis tak berlagu la..... eh, ye ke? aku menangis la kot, tp takde la sampai mcm nk kiamat dah.... sah2 aku angkat kaki je.... prinsip aku:

kalu dah sekali buat tak mustahil sebelum ni pernah buat jugak ataupun akan dibuat lagi.....

tak percaya? huh, 'percayalah....' (dgn nada lagu Dato Ct, ngeh3x)