Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight charts

LilySlim Weight charts

Wednesday, November 27, 2013

Malware detected.... how to removed it?


Adoi... berpeluh2 tadi.... pasai pa? sbb ada Malware kat blog ni.... puas cari camne nak buat bagi ilang... siap tukar pasword lagi... jenuh... nasib ada cara dari blog ni: 

rupenye senang jer nak buat dia... hehehhe. nasib dah ok.

Usah biarkan tindakan kita dipengaruhi oleh tindakan orang lain..( ibubapacemerlang)


Sepasang suami isteri bersama-sama pergi ke sebuah butik pakaian yang menjual pakaian lelaki dan perempuan. Niat mereka untuk membeli baju kerana syarikat tempat mereka bekerja akan mengadakan majlis makan malam.


Entah kenapa hari itu, mood pelayan di butik tersebut tidak begitu baik. Wajah masam mencuka dan layanan yang diberikan kepada pasangan suami isteri tersebut tidak begitu mesra.


Si isteri merasa geram kerana dilayan begitu sementara si suami tetap berwajah manis dan tenang malah bersikap sopan kepada pelayan tersebut walaupun setelah dilayan dengan kasar.


“Saya geram betul dengan pelayan tu.. cakap kasar bukan main. Tapi abang ni relax aje. Dah tu boleh cakap baik-baik pulak dengan dia” sang isteri merungut.

“Pelayan tu tengah moody, kenapa pulak kita yang turut sama jadi moody.” kata si suami

“Tapi pelayan tu tak sopan langsung melayan kita”

“Itu masalah dia. Kalau dia bad mood, tidak sopan, kasar dan sebagainya..itu tiada kaitan dengan kita. Jika kita terpengaruh dan marah-marah dengan tingkah lakunya itu, bermakna kita membiarkan dia mengatur dan menentukan hidup kita padahal kita yang bertanggung jawab atas diri kita sendiri..” kata si suami.


Tindakan kita selalu dipengaruhi oleh tindakan orang lain. Jika orang lain memperlakukan keburukan kepada kita, kita pula membalas dengan tindakan yang sama begitu juga sebaliknya.


Kalau orang tidak sopan, kita balas dengan tidak sopan. Kalau orang marah-marah, kita balas dengan kemarahan. Kalau orang mengejek, kita balas dengan ejekan. Jika orang senyum, kita balas dengan senyuman. Jika orang bersopan dengan kita, baru kita pun akan bersopan dengan orang. Ini bererti tindakan kita dipengaruhi oleh tindakan orang lain.


Jika direnungkan, sebenarnya  tindakan kita itu tidak berapa cerdik. Kenapa untuk berbuat baik, kita harus menunggu orang lain berbuat baik  terlebih dahulu? Jagalah suasana hati kita sendiri. Jangan biarkan sikap buruk orang lain menentukan cara kita bertindak. Kita yang bertanggung jawab atas kehidupan kita, bukan orang lain. 


Jadilah kita…
orang yang tetap sejuk walaupun berada di tengah situasi yang panas,
orang yang tetap manis walaupun berada di tengah situasi yang pahit,
orang yang tetap tenang walaupun berada di tengah badai yang hebat.

Mendidik Anak

Pendidikan Anak, something to ponder:


https://www.facebook.com/ibubapacemerlang?hc_location=stream



Hasnidarwina Hasim Salam.. Sy juga seorang suri rumah dan mpunyai seorg anak perempuan yg baru berusia setahun. Pada mulanya sy juga lebih fokus utk ajar anak sy a few english word since she was 4 months. Tp memandangkan background pndidikn sy adalah diploma penulisan artistik, jd bahasa melayu tetap mjadi keutamaan dan amat dititik beratkan semasa proses pembelajaran bsama anak sy. Kebetulan masa anak sy berusia 9 bulan, takdir Allah temukan kami dgn seorang lecturer berbangsa cina yg bidang kepakaran dia ialah PENDIDIKAN AWAL KANAK2 semasa sdg dinner. Meja kami bsebelahan. Dia sgt bminat dgn anak sy dan smpat test anak sy dgn bermcm kaedah. Dlm masa yg sama juga, byk ilmu yg dia kongsikan dgn kami sekeluarga ttg cara mdidik anak kecil ni. Bila diberitahu, baru sy sedar ada beberapa kesilapan yg harus sy perbetulkan. Antara pesanan beliau ialah, 
1) JGN SESEKALI ajar anak kita ABC atau membaca selagi dia belum bsedia utk ke sekolah. Kerana inilah masalah yg guru2 hadapi di sekolah, budak2 dah bosan sebab dah tahu semua yg cikgu nk ajar. Terus mematikan minat belajar sekaligus dan masalah ni boleh berterusan hingga anak kita dewasa. 
2) Antara pesanan yg lainnya, JGN AJAR ANAK BAHASA SELAIN BAHASA IBUNDA SELAGI ANAK BELUM BERUSIA 3 TAHUN. Cthnya, kita org melayu, ajar anak bhs melayu dulu. Ckp bahasa melayu. Kalo kita org cina, praktikkan bhs cina, kalo kita org india, praktikkan bhs tamil.. Kalo kte org kelantan, org penang, org kedah, org tganu, org n.9, dan lain2, ajar anak2 kita dialek atau loghat daerah kita. Alasannya, dlm pembentukn umur sehingga 3 tahun, anak hanya mampu mendengar dan meniru tanpa memahami maksud sebenar sesuatu pkataan itu.. Masalah ini juga yg byk dihadapi oleh guru2 sekolah utk mengajar bahasa sama ada bm or english sbb dari mula lg anak2 dah confuse x tahu itu pkataan bm or english.. Lg satu, katanya otak budak2 mcm sponge, kalo ajar lmbt sket pun xpe, otak dia tetap mampu menyerap bila kita ajar bhsa lain tp penting utk dia tahu kegunaan dan maksud pkataan dgn betul. 
3) Beliau juga bpesan supaya kami suami isteri bykkn bmain dgn anak, ajar nombor, ajar dia kenali warna, bentuk, & rasa, 
4) juga selalu bawa buat aktiviti outdoor utk develop motorskill anak. 
5) Selain itu kami juga dgalakkn utk ajar anak kami membina bangunan atau apa sahaja mgunakn lego kerana ianya sgt pnting utk pkembangan minda anak kita. 
6) Wpun berbangsa cina, lebih dari 5 kali dia bpesan kpd kami, bhwa kami org islam, paling penting utk kami ajar anak kami mengaji al-quran wpun dari kecil lagi. Anak dah 5-6 months, u alls dah boleh ajar dia mengaji quran.. Ajar dia mengaji.. Ajar dia mengaji.. Mcm tu lebih kurang ayat dia. Kerana katanya mengaji boleh menerangkan hati.. U jgn risau pasal membaca semua tu, kalo anak u bijak, u hantar sekolah tnpa masuk tadika pun dia boleh tangkap apa yg cgu ajar. Believe me. 
7) Tp paling penting, bentuk jati diri dia dulu. Ajar dia bkawan, ajar dia bdikari.. Bdk2 skrg semua dah x pndai nk bkomunikasi. Ralit dgn gadget je kt mana2 pun. Bahaya utk pmbentukan generasi masa dpn. 
Itu antara hujah2 lecturer tsebut. Alhmdulillah.. Sy dah pbetulkn kesilapan sy & sy dah x ajar anak sy ABC lg tp sy tekankn utk ajar dia rupa, bentuk, warna, & nombor. Sy juga ada ajar iqra'.. Sy juga dah kurang ajar english words tp anak sy ttp faham ble sesekali sy tersebut pkataan2 mudah dlm english semasa mberi arahan kpd dia. Betul atau tidak, tpulang kpd cara kita bfikir & menilai. Tp bdk2 skrg kbyknnya bijak2 dan mudah faham.. Tpulang kpd cara parents masing2.. Asalkn anak2 selesa dgn cara kita.. X salah nk ajar 2nd or 3rd language, lg byk manfaatnya kalo anak kte dpt kuasai byk bhs.. Wallah hu alam.. 

Tuesday, November 19, 2013

Permata Hati Mama dan Baba (Part 2: Hospital Batu Pahat)

Salam,


My tired look 12hours after czer


My baby 4days old


My baby 1 month


My baby 45days (lepas bercukur)


Ok, back to our journey.....

My review tentang hospital Batu Pahat (Wad Kelas 2):

1) Keadaan bilik: ok la. so-so. but no complain from me. coz you get more than what you pay la...
But nasihat bagi org yg nak keselesaan & privacy. this definitely not for them. opt for 1st class or go private hospital. sbb bilik ni suppose 6 org per room tapi nurse letak 8 org, so tirai tu tak leh nak tarik kena kat org la. tirai sentiasa buka. dan sempit sikit dgn katil la, bby cot la. dgn laci lagi..

TAPI nak komplen sikit sbb tak leh nak charge hset.... aduh... tahu la plug tu n guna untuk brg2 hospital, tapi plug yg kosong tu bg la guna unt cas hset jap... kalau ada emergency nak plug brg hospital, kami patient mmg faham tu keutamaan nye. kami tak kan argue punye. tapi bg la kami nak cas hset kejap je... hset aku masa ni bleh la pulak bateri tinggal 1 bar je masa ni (ye la tak expect nak terus admit ward kan mmg tak prepare la). so pesan kat ayah unt bawak kan charger. sekali nak cas tak leh pulak nurse tak bagi...

aduh... dah la kita nak call suami lagi, pjbt nak call sbb dah janji dgn boss unt sentiasa on coming call incase ada emergency kat farm, nak sms dgn anak buah unt clarify small2 matter working related, nak baca surah2 dlm aplikasi hset, nak semak check list brg baby, nak baca zikir2 sambil letak earphone kat perut, nak inform kawan2 dah masuk ward, sedara mara dll, nak tangkap gambar nak masuk dlm fb, blog... hehehe... skrg ni zaman IT, tak kan nk guna getget kecik pun tak leh? tak kan nak kena ada simpan extra bateri? ala, masa tu tak femes lagi powerbank bagai... aku tak tau pun ape benda tu masa tu... kalau tak mmg dah beli dah...

2) Layanan nurse: pun so-so.
Lucky for me masa ni ada adik2 nurse praktikal... diaorg ni mmg la helpful. ok 1 aku nak pesan kat mummy2 to be tu, TOLONG lah cari tmpt2 yg buat kursus untuk ibu2 mengandung tentang delivery & breast feeding. aku nye knowledge 0. Teori ada la tu pun dari pembacaan... takde aplikasi amali or tmpat rujukan untuk bertanya...

aku penah tanye nurse kat KK masa aku week 25, then masa week 36 pasal ni, dia leh jawab nanti bila dah dkt nak bersalin dia terangkan pasal ni... heloooo, masa tu aku dah 36 minggu dah, doc kata bila2 masa je. memang takde penerangan apa... nak cari kelas2 berbayar masa tu mmg payah la kat area Selama ni.... yg aku respek kat KK Bagan, BP sbb dia ada je sentiasa wat presentation kat wad ibu2 mengandung tentang ni (masa aku check up kat sana ada tgh bagi penerangan pasal BF).

Lg pun masa tu mmg tak tau mana nak cari peer bf counsellor la, group KIM la, memang tak tau.... skrg ni dah ada la... tp tu yg aku kesal, knowledge masa tu mcm 0.

Adik nurse praktikal ni la yg ajar aku cara nak menyusukan baby... masa ni aku baru kuar bilik surgery (dlm 1jam) so lps doc check dia kata after 8 jam baru leh gerak2. tapi masa tu dah immediate letak baby kat sisi, dan my baby nangis nak susu... aku lak tak leh nak gerak lagi, baby dah jerit kuat.... nurse buat dono je... so, call la hubby suh masuk dlm untuk tolong... hubby angkat nak baby, aku pun terus je duduk nak nyusukan sambil duduk (err mmg tak tau nak susukan camne sambil baring), nasib ada adik2 tu nampak dan tak bagi aku gerak2 sgt lagi dan ajar nak nyusu sambil baring...
ajar camne nak latch dgn betul...





adeh... sengal aku ni... teoritically aku tau, tapi nak kena org tunjuk dan betulkan posisi kita masa tu baru konfident....

tu pun adik tu ajar kejap je sbb dah nak kul 8 diaorg nak balik.... aku terkontang kanting la.... dgn susu lak tak nak kuar, Mohammad Rizq lak jerit tak puas hisap... sampai luka teruk nipple. Nurse dtg tgk marah sbb latch salah nipple dah luka, then marah2 suh buat betul2 baru baby leh isap susu.... Heloo.... i'm first time mother la.... teknik tu tak mahir lagi...

aku tak tunggu 8 jam dah bangun duduk bangun duduk angkat dan letak baby sbb masa ni suami dah tak di benarkan masuk lagi..... nasib la... demi mu anak mak rela wpun nak bentan dah masa tu... senak kat tempat czer tak leh nak cakap la... tapi tahan je.

ok, ni tips nak tau betul tak cara kita bf tu:
http://www.parents.com/baby/breastfeeding/tips/breastfeeding-latch/

Masa tu ada la ibu depan aku mmg tak larat bangun, dia dah kuar bilik surgery (emergency sbb tak leh nak push kuar wpun dah ada bukaan 6-8cm) awal beberapa jam dari aku, bila dah cukup 8 jam, nurse paksa dia bangun duduk kat kerusi... tgk pun tau dia mmg tak larat lagi, mcm nak terhuyung hayang dia duduk.. mmg tak larat sungguh. nurse marah sbb manja sgt... duh.... kami (aku dgn geng elektif czer yg lain) tolong dia bangun, basuh muka tukar baju... sian kat dia. masa ni dah kul 11pm dah... then kami tolong dia naik atas katil nak tido... mlm tu dia nak bangun ke tandas, dia panggil nurse, diaorg leh buat tak dengar je.... aku pun masa ni baru tido sbb Rizq asik nak ngempeng je (dia lapar, susu tak kuar, cian sgt my baby), aku tak dgr dia panggil. sampai terkencing atas tilam ibu tu, then ada sorg kwn terjaga dan tolong dia bangun tukar baju semua dan panggil nuse.... masa dia cerita kami ni geram sungguh kat nurse masa tu....

i have a very painful BF journey at a beginning. next time kita story mory bab tu lak....

now, aku nak cite bab nurse... hehehe. ok, now the memory not so painful mcm masa 2-3 months awal dulu... skrg dah setahun, aku cm dah rasional sikit. cuma terkilan dgn sikap2 nurse mcm tu.... Bukan manja sbnarnye, cuma ada mommy yg lembut sikit & delicate nature... mmg diaorg mcm tu.... bukan semua org tough ye... At-least tolong la bantu sikit2... kami bukan nye selalu panggil pun... in fact, tak berani panggil pun sbb takut kena marah.... ada sekali tu dia marah, "you all ni asik nak suh nurse tolong je.. usaha la sendiri... kat sini takpe la ada nurse, nanti kat umah,youall buat la sendiri" buek... tipu... kat umah ada suami, ada mak nak tolong la... bukan berpantang sorg ye....

then, sblm ni (part 1) aku ada cite kan ada sorg ibu chinese yg pecah air ketuban masa daftar kad wad bersalin kan? ibu tu masuk wad lepas aku dah sehari czer... dia menangis, so kami tak berani nak tanye. nurse marah2 dia sbb ckp dia lembik asik nak menangis je... ape la ckp mcm tu... sbnarnye aku tgk she was trying very hard not to cry, tp tak lepas.... kami tanye la kat suami dia, suami dia ckp tak dpt tgk anak lagi, doc tak bagi. anak kat NICU... ptg tu dia nangis tak nak mkn nak tgk anak, tapi nurse tak bagi... so kami suh suami dia g tanye doc sendiri... then tah camne tah esok pagi lagi dia dah takde... dia nak g tgk anak gak wpun patut nye masa tu nurse tak bg sbb doc nak round kul 7... tgk2 kul 7 lebih tu dia blk meraung2 so tanye la kat suami dia kenapa, suami dia dgn air mata meleleh ckp anak dah takde dia dpt tgk kejap je... alahai, sedih nye.... nape la nurse tak bg tgk awal2, cian mummy tu....

ada lg 1 kes aku tak puas hati (ewah kes org lain, aku yg tolong tak puas hati nye, hehehe). ada la satu amoi chinese ni muda lagi umur 16 beranak, yg respeknye boyfriend dia (aka bapa baby dia) yg tolong jaga anak tu, asal nangis je dodoi2 kan, si ibu ni main i-pad. so, tiap kali baby dia nagis, amoi dia suh boyfriend dia masuk tolong la, tapi nurse lak marah2... mmg la org lain tak senang nak rehat, tp pada aku biar la, dia tak kacau org lain, dr dia biar baby dia nangis, anak aku pun bangun nanti (dah la susah nak bg Rizq tido). tu takpe lagi... Nurse siap ckp, "tu bukan nye laki u, eh u dgn dia takde apa2 tau, boleh break lagi. u ni kecik2 lg nak beranak, tak tau apa lagi, asik main game je. jgn harap kan lelaki tu je tau. dia bkn laki u lagi." Boleh? adoi, tu dah langgar batas2 tu, sampai semua org tau diaorg tu tak kahwin lagi. malu la amoi tu...

tolong la pertingkat kan sikit layanan/ kesopanan dlm layanan tu... bukan semua, tp kebanyakkan nye mcm tak ikhlas je keja... ada yg siap gossip pasal doc, ckp kuat2 sampai patient dengar & tahu diaorg bg gelaran kat doc mcm...

1 lagi, jgn la berkira dgn wad. tau la wad biasa ni selalunye org miskin... tp kami pun manusia gak kan...? tak layak ke kami dpt layanan yg elok sikit...  bukan nak dilayan mcm puteri, tak tak, tak perlu... layan je kami sebagai ibu yg dah keletihan berjuang untuk lahirkan sorg lagi khalifah Allah di mika bumi ni...

3) Layanan Doktor- ok je doc kat wad ni... cuma doc kat wad paed je aku tak berkenan... hehehehe (sbb Baby Rizq masuk balik hospital masa umur 20 hari nanti). Doc semua muda2...

4) BF friendly- definately breastfeeding friendly, or sometime too friendly....

sampaikan biar je baby dgn ibu. wpun baby menangis tetap paksa ibu susukan, dgn alasan semua org ada susu... tapi, tak nak spend masa unt ajar ibu2 ni... ops, sory bukan tak nak spend masa, tp ajar kejap, contoh nye, picit nipple ckp ha, ada ni susu, dah try susukan baby... owh, mcm tu je ke? atau tgk nipple dah crack, hm ni salah latch la ni, cuba awak bg latch betul2 bg masuk semua mulut kat kawasan hitam tu. ha try nipple yg lg satu... hai, nipple pun mcm tak kuar je cmne nak bg susu kat baby ni... boleh?

if you decide to be BF friendly hospital, please2 get a bf counsellor / peer untuk ronda2 wad bersalin dan ajar ibu2 ni... we need support, not scold.

Jangan sampai terlalu bf friendly, sampai ada ibu2 bagi anak minum air kosong dgn sudu sbb tak sampai hati tgk anak meraung menangis.... terlalu nak bf friendly sampai ada ibu seludup botol dan formula milk untuk bancuh dlm laci nak bg kat anak. ini bukan cerita di buat2, aku tgk dgn mata kepala sendiri... sedih....


Permata Hati Mama & Baba... (Part 1)

Salam,

Baby Rizq dah nak dekat setahun, baru nak kongsi detik kelahiran dia.... kui2.... teruk kan mama ni.... bizi sgt sampai tak sempat.... tapi bila dia dah setahun ni rasa mcm cepat nye masa berlalu... dah nak sampai birthday anak mama ni......

Aku start cuti awal.... Maklum lah, masa tu ada prob hydroamnios, so mmg takut TERbersalin awal... So cpt2 amik cuti nak bersalin... pastu ada prob megasonic baby lagi.... heih, mcm2 la... Kalau tak silap minggu 38 tu aku dah start cuti dah.. then hubby terus hantar balik BP, Johor.
Mula2, En Bee suh bersalin kat Hospital Kulim jer. Then, mak lak asik taye bila nak blk sana.... So, in the end buat kptsn nak balik Batu Pahat after check-up kat Pakar di Hospital Kulim, dia benarkan balik ke BP. ptg tu gak terus kemas brg, g pjbt isi borang cuti then esok nye berdesup balik kg.... hehehehe.

Sampai kat BP, after 2-3 ari report kat KD sana, then check-up kat KK Bagan lak... adoi, boleh kat Johor ni kelengkapan klinik dia mcm ketinggalan dari di Perak.... KD Perak ada dah alat gema untuk dengar jantung bby (Fetal Dopler) tapi kat Johor pakai corong lekap kat perut je.....
Then kena jumpa Doc kat KK Bagan, leh takde ultrasound kat sana. kalau nak kena g klinik besar kat bandar or g klinik swasta.... what???? KK kat Sg Bayor Selama ada ultrasound, canggih lagi dgn flat screen unt ibu tgk sekali baby.....

Aduh, dah le sistem kat Klinik Bagan tu tak teratur... nak jumpa Doc je, tapi punye la lambat..... Kejap ke sana, kejap suh ke mari.... tak tersusun sikit...... En Bee suh bg cadangan kat KK tu tntg cara2 nak improve perkhidmatan KK tu tapi sampai ke sudah nye aku lupa nak buat sbb selang beberapa ari lepas tu aku terus admit ward kat hospital...

End of week 39 aku g check-up dgn Pakar kat Hospital Batu Pahat dgn ayah, bila scan Doc kata berat baby dah 4kgs. Then Doc cakap still lagi leh deliver normal AND kalau bahu baby tersekat tak lepas keluar, doc still boleh seluk dan patahkan bahu baby unt assist dia keluar. WHAT??? No no no no, definately no. i ask for a czer. Bukan takut kena seluk... i is ok... tp takut anak kena patah bahu... cian kat baby.... no... then di refer ke head Doc. Masa kat head Doc ni kena scan sekali lagi. Doc estimate berat baby 4.2kg. Then doc offer kalau nak czer, leh terus operate esok ada kosong 1 OT. Suh call En Bee dan decide terus yes or not. kami terus decide yes, dan aku suh En Bee terus gerak dari Perak unt teman aku... Yes i need him to be by my side.

Actually aku di kelaskan sbgai elektif czer. bukan emergency la... Kalau ada bilik kosong esok kita masuk OT, kalau tak, tunggu la ye.... Aku daftar sendiri masuk wad. G ke wad sendiri. Dan minta ayah aku blk unt amik kan brg2.... Aku masuk wad kelas 2. Ah, tak kisah la. Janji ok, lg best ramai org leh sembang2... Tu yg aku pikir mula2, but duh.... Double standard dowh.... Nape la tmpt kerajaan mcm ni....

1st think aku kena tegur sbb aku cas hset kat plug... tak bleh cas... Aik? abis camne nak bg tau keluarga aku duk wad mana? teruk sungguh... Kedekut. Tau la saya bayar murah, tp jgn la mcm ni. Wad kelas 1 leh la pulak bawak masuk laptop.

2nd, layanan dari nurse yg kurang memuaskan... noted here, aku tak cakap hampeh ye... sbb ada yg ok ada yg tak.... ok yg tu aku cite nanti (2nd part). Amboi ber sequel bagai... hahahah

K la. Aku masuk wad kul 12. then keluar g mkn nasi dulu sbb prosedur nak masuk punye la lama. Mula2 daftar kat ofis dan buat bayaran, then g kat wad bersalin lak. Masa tengah tunggu duduk kat kerusi untuk daftar kat wad lak ada pulak seorg wanita cina ni pecah air ketuban masa tengah tunggu nak daftar masuk wad. Dia menangis terisak2... Nurse marah2 sambil panggil org dtg mop lantai. Then suh suami dia tunggu kat luar... Alahai, sian dia.

Aku masuk wad, terus nurse pasang IV port. then aku pun rest la dgn org2 lain yg tengah tunggu nak deliver... Masa time tu la, ramai la yg nak bersalin, so aku dgn geng2 czer di pindah kan (dari wad 10) ke wad lain pula ke tempat yg org dah lahir kan anak (wad 11). punye la ramai rasanya patut tmpt tu unt 6 org tapi di jadikan 8 katil... nurse ckp kdg2 sampai letak 10 katil... alahai... kesian... Tapi aku no hal bab2 camni...

Kitaorg geng czer ni ada 4 org tunggu la dgn penuh debar jadi ke tak nak operate esok ni... sorg kes high blood pressure. sorg kes diabetic. sorg lagi intrauterine pregnancy. aku lak megasonic baby... semua 1st baby kecuali yg intrauterine preg tu 3rd baby. 1st baby dia intrauterine gak sampai rupture dan dia koma seminggu. anak kedua meninggal dlm kandungan or terpaksa D&C atas faktor risiko. yg 3rd ni dia nak gak wpun tau risikonye... tabah sungguh dia. kalau tgk dia mcm budak punk dgn rambut berwarna, tindik kat hidung, subang kat telinga bersusun2, tapi matang sebenarnye dia, respek aku kat dia.... Salute. tu la Don't Judge A Book By Its Cover kate omputeh....

Patut nye aku masuk OT kul 11. tapi ada kes kot, tu yg aku nye delay sampai kul 1. kul 1 tu nurse dtg prep masuk kan catheter bla bla bla... then tolak masuk OT masa tu En Bee ada kat sisi aku. Aku sempat mintak ampun dan bg pesanan terakhir kalau2 aku tak selamat, jaga baby baik2... dia pun aku tgk cam nak meleleh air mata... hehehe. ok skrg ni mmg boleh gelak, tapi masa tu aku mmg betul2 takut tak survive. mengucap dah banyak kali. doa tak putus2.... sbb aku tau ada yg tiba2 ada complication masa surgery, ada terus tak sedar sbb anaesthetic. So, yes, i'm scared. terrified.

I was given epidural. so spjg procedure aku sedar dan leh tgk sikit2 dari reflection cermin lampu kat OT tu. paling aku ingat masa nak tarik kuar baby Rizq... Head Doc yg check aku tu siap wink kat aku then ckp kat doc yg perform czer kat aku, "yes you can do it Sabrina, you can do it" sambil Doc Sabrina tu try tarik & push my baby... hehe, bila keluar, zusss.... rasa kosong terus perut ni.... Then after that nurse bawak baby kat aku bagi tgk... 1st thing aku perasan my baby having hydrocele. ape punye mak la aku ni. bukan nak cium bayi pun... i regret that the first thing i notice. then nurse terus bawak kuar tak sempat aku dgn baby nak bonding pun.. Sedih. Asik teringat kat baby je masa tu harap2 baby ok sepanjang tgh jahit tu dan masa tgu anaesthetic effect wear off.

After masuk wad, baby di letak kat sblh wapun belum 8 jam after surgery, but it's ok. 1st time tengok baby Rizq. MasyaAllah, tak leh nak gambarkan perasaan ni. Cinta ksih sayang bertimbun2... Rasa shahdu sangat2... Ya Allah, Syukur Alhamdulillah....




Saturday, November 16, 2013

Masak & me....

Salam,

Sadly speaking, i think cooking is not my forte.... It's true... Neither my father nor my brother, nor my husband like it... hehehe. Tp husband selalu kena paksa makan... hhhahaha. And now, i suspect my baby pun tak suke.....

Actually masa aku suap, baby Rizq mkn jer, tp MIL kata Rizq tak nak mkn apa yg aku bekal kan.... suami kata sbb tawar tak letak garam dan gula..... I purposely tak letak sbb nak minimise salt & sugar intake before 2 tahun......

Everyday buat sup untuk Rizq... Sup ayam sayur, or sup tauhu sayur. Then gorengkan/ kukus ikan or buat scramble eggs... then siap buatkan bake pumpkin, or potato. dgn fruits lagi... bila kat umah aku suap dgn nasi or mi suah wah bukan main lagi berselera mkn... tapi MIL ckp bila dia suap tak nak mkn lak... Atlast MIL bagi dia mkn sumi jely dgn air kotak soya or bg roti kapal cecah air teh.... Hwa... Memang menangis la.... Adoi... Aku suh EnBee ckp kat MIL, dari bg mkn sumi jely baik tak yah bg mkn, bg EBM aku je.... Nak ckp sendiri takut kecik ati.... Sbb dia dah tolong jagakan Rizq.... Penakut la aku ni... Sory syg... Adoi, teringin nak jadi firm... Teringin sgt nak jd tegas.... Tapi.....

Kdg2 aku buat gak sup labu or sup jagung takut2 Rizq bosan mkn benda yg sama tiap hari.. kdg2 buat pancake pisang dgn kurma, or pisang dgn cheese... tp still sama... dkt umah dia mkn, tp dgn MIL dia tak nak pulak.... Anak owh anak... Kenapa kamu cerewet....

Harap2 sangat MIL tak bg yg tak sepatutnye kat Rizq.... Owh anak mummy....

Sbb takut dkt umah MIL dia dpt mkn mcm2 tu yg dia cerewet tak nak mkn bekal yg aku sediakan....?

Next week nak buat pasta lak... Harap2 lah dia berselera nak mkn.... Please ye syg mummy, jgn mkn yg tak sepatutnye la ye....

Thursday, November 14, 2013

Monday, November 11, 2013

janji Allah itu pasti

Ajal, maut, jodoh, pertemuan
Semua di tangan Tuhan....



Astaghfirullah, Subhanallah....

Keep reminding myself yang Janji Allah Itu Pasti.... Walaupun org buat jahat kat kita, kita tak perlu la balas... Sbb Allah ada. Kalau tak di balasnya kat dunia, akhirat menanti dah....